SEMANIS SECAWAN KOPI YANG DICAMPUR 10 SUDU GULA :D

Wednesday 31 October 2012

chelsea mali !!

salam syg :)


chelsea ! !
go chelsea .!
malam ni de perlawanan antara manU dengan chelsea..!!
my lovely team of course la CHELSEA !!

chelsea akan balas dendam terhadap kekalahan yang lalu dgn manU,
chelsea bukan nye tak hebat.. dorng hebat la~
tengok game aritu,, walaupon pengadil tu berat sebelah and nampak sgt dibeli oleh manU, chelsea tetap menyerlah.. control game plak tu..pergh~
main dgn tak cukup player sebab 2 player kene kad merah, chelsea tetap berbisa..HAHA

game yang lepas,, manU vs Chelsea 3-2
tak de la jauh tertinggal.. tu pon sebab manU main tipu kan...

chokita please take note ya..!!
da la arsenal tak setanding chelsea,, so jgn la nak perlekehkan chelsea..haha..
mentang2 la chelsea lg hebat dr arsenal ko nak sokong manU plak.. hahaha...
kesian loser.. !!
mekaseh la jadi pemberi maklumat yang setia pasal bola..
aku tak kan penat bergadoh ngan ko pasal bola sebab memang selalu aku yang menang..HAHAHA~
ucapan khas utk orng2 loser,, selamat maju jaya :P

aiman pon sama.. tak penah nak sokong aku.. jadi fan arsenal pe yang bestnye.. ??!
da la loser.. chelsea sekarang ni ranking first.. !! pergh~
manU pon kalah..per cer ??!
hahaha~
berhijrah la ke club chelsea..
chelsea tak kan menghampakan setiap penyokong dia..
percaya la ckp aku..hahaha..

hensem giler !! damn,, aku jatuh krusi 0_o..

chelsea 2-arsenal 1

game ni chelsea vs pengadil ..!! penipuan yang jelas..haha~





seno'ol wehh~ haha,,

salam :)

seno'ol ni pe ?
seno'ol ni awek la..
cik zara de awek..hahaha
awek cik zara sangat la CUN sebab cik zara pon HENSEM..
hahaha~ meroyan pe la ko ni zara..
lee min ho nak pinang zara minggu depan :D



pergh~ kim hyun joong senyum kat zara ..!! damn !! jatoh krusi 0_o
see,, CUN kan.. zara kan da ckp..
pe jatoh hati ngan dorang ??!
sorry la beb.. da terlambat..
dorang tu zara yang punya..!!
hahaha~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
aku suka dia,
tapi aku tak tahu untuk
bilang kepadanya bila aku suka 
jatuh cinta kepadanya..

bulan tolong katakan,,
bintang bantu bisikkan,
kepada dirinya,
kalau aku mahu,
jadi kekasihnya.....


kredit to: the junas monkey _jadian
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

cat rumah ~

salam syg :)

hari yang indah kan :D
hari ni tolong mak cat rumah. bukan dalam rumah sebab dalam rumah dah cat sebelom raya aritu. cat yang lebih2 tu mak suruh cat kat blakang umah. walopon baru cat sikit,, penatnye tak payah cakap la.. terpikir sekejap mcm mne la buruh2 indon tu cat rumah kat tmn perumahan yang baru siap kan.. kalau cat bangunan shopping complex plak cm mne kan ??!! mahu pengsan satu hari..hahaha~

bilik ayah blom cat lagi.. nak siapkan arini tak mampu lahh..cat bhgian luar rumah pon da penat,, ni kan plak nak smbng cat dalam bilik.. kalau bilik tu kosong tak pe la,.. ni ada katil, almari , cermin , barang2 hiasan kat dinding tu sape nak cabutkan..haih semput~

so,, tunggu ayah je la tolong alihkan barang2 tu.. (:
anak2 dia yang pompuan ni mne larat nk angkat sume tu,,haha

owh lupe nak bagi tau,, bilik zara warne PINK..!! omg.. haha..
zara bukan taksub sgt ngan warne pink pon,, cume time mak n ayah cat bilik tu zara kat kolej. balik2 umah memang tgk bilik da warne pink.. btw,, cantik jugak warne pink ni.. DEEP PINK..!! haha~

tema warne umah mcm fairy tail !! nak tau kenapa zara ckp cm tu ??!
sebabnye kat ruang tamu ni, mak n ayah cat warne pink ngan purple..tgk la citer barbie,, bnyk warne purple n pink kan.. (:
sangat girly..!! btw zara suke..

nota kaki : ni da tak de idea nak tulis pe..hehe~ so, terkeluar la citer pasal warne umah..haih = ='

Tuesday 30 October 2012

aku yang sekarang :D


salam syg :)

kali ni rase malas nak tulis banyak2.. nak share gambar je la :D

hye aiman..

bila otak tak dapat nak pikir kan something sweet,
bila lidah terkelu nak ckp something yang comfort
dan bila hati teringin sgt nak bg tau tapi tak de word,
lagu je la yang boleh tolong bagi tau..haha~

almost for 6 months..!! hey, da setengah tahun la..

dengan aiman memang tak de rahsia pon..haha
sebab dia kawan baik zara :)

sentiasa ingat pinky promise~
biar pecah di perut jangan pecah di mulut.
kalau terbongkar,, abis reputasi budak baik ni..haha



jari menari tertulis ayat ni..hee~

salam syg :)

if you're alone , i"ll be your shadow.if you want to cry , i"ll be your shoulder . if you want a hug , i"ll be your pillow . if you need to be happy , i"ll be your smile . but anytime you need a friend , i"ll just be me :)

I love you , I love you, I love you
even if i say it a thousand times, it's not enough
i miss you, i miss you, i miss you
each moment that i miss you, i miss you more
i call you and call you and your face keeps floating up
if i hope and hope and hope, will you know how i feel someday ?





grab the chance ! !

ouch,, ! 

owh,, hensemnya.. :D


Thursday 25 October 2012

raya owh raya :D

salam syg :)

di kesempatan ini zara nak mohon maaf andai pernah terkasar bahasa dan menyakitkan hati kawan-kawan..
zara sedar zara hanyalah insan biasa yang banyak membuat kesilapan..hehe..terasa baik pulak xD
tapi raya aidiladha ni tak semeriah raya aidilfitri kan ??!! suasana raya pon tak de..mood nak raya apatah lg kan..hee~

pape pon sambut je la raya aidiladha dengan penuh kesyukuran.. bersederhana lahh dalam setiap perkara..
jangan membazir sebab membazir tu kan amalan syaitan..hehe~
nak ke jadi kawan syaitan ??!! mesti lahh tak nak kan..hahaha :D

comel kan lembuuu tu~ moo...

zara ngan aiman diboikot oleh celcom..!

salam syg :D
celcom yang pelik = =''
 kisahnye mcm ni....
tiga hari yang lepas,, zara tak dapat mesej pon dari aiman.. pelik sebab selalunya kalau zara mesej aiman,, dy mesti balas..
zara pon pelik nape aiman menghilangkan diri secara tibe2..
tak penah pon sebelom ni dy lupe nak mesej zara..haha..
zara da pikir bukan-bukan..zara ingatkan aiman tak nak kawan ngan zara dah..haha..sedih betol..

tiga hari tau zara pikir nape si aiman ni menghilang..!! lama tu..
malam semalam saje zara test hanta mesej kat aiman..
nak tau pe jadi ??!!
aiman balas mesej zara..pergh~
zara tanya la aiman npe menghilang?
then aiman cakap zara yang menghilangkan diri..aiman ckp dy ade mesej zara,, mesej2 zara pon dy balas..
tapi masalahnye,, zara tak dapat satu mesej pon dari aiman..!!!

tak ke pelik bin ajaib.. ??!!
tak kan la line celcom kat ipoh ni  tak owkay..tak penah jadi pon..
pelik sangat nape mesej2 aiman tak sampai kat zara..da la 3 hari..!
kalau sehari maybe boleh trime pakai alasan line tak clear kan..
ish3..
rasenya memang la celcom ni nak boikot zara ngan aiman ...hahaha..
kalau mesej zara sampai kat aiman,, nape mesej aiman tak sampai kat zara ??!
aiman ckp 3 hari dy mesej zara,, tapi zara tak reply pon.. cm mne nak reply kalau mesej tu pon zara tak dapat..

p/s to aiman asyrani : kite same2 cuak..haha~

celcom punye pasal~ hahaha



Tuesday 23 October 2012

hey u ..!!

salam xD

ececeh..hahaha~

nak ckp sikit je..
seronok mengGILA,, MEREPEK dgn anda..hahaha

kredit to : shah luqmann :)

just sharing :)

salam syg :D
kukuhnye :D
Dalam membina jambatan cinta, memberi dan menerima itu perlu ada dalam mewujudkan keikhlasan dalam perhubungan yang berpanjangan.

Sebagaimana kukuhnya jambatan itu, begitulah dlm soal perhubungan. Kita mahukan ianya kekal utuh hingga ke akhir hayat. Tapi pengorbanan apa yang telah kita buat hari ini?

aku hanya insan biasa (:
di sebalik kata-kata semangat yang aku berikan kepada seseorang, itu juga sebenarnya adalah sebagai kekuatan dan ingatan untuk diriku sendiri.. 
p/s : sy syg anda :D

Monday 22 October 2012

redha yea :D

salam rindu :)


belajar REDHA dan BERSYUKUR .
moga Allah lapangkan hati kita ,
apa jua yang bakal diterima ,
adalah yang terbaik buat kita . :')
 
sentiasa terus berdoa supaya Dia nampak kesungguhan kita.
jangan ingat kita keseorangan setiap kali ditimpa masalah :)

dan jangan ingat Dia tak syg kita kalau tak makbulkan permintaan kita sebab Dia dah sediakan yang lebih baik dari apa yang kita nak..
kita ni hanya manusia biasa yang selalu membuat kesilapan.
tak de manusia yang sempurna.
jangan malu nak mengaku kesilapan sendiri.
setiap orang ada cerita hidup sendiri,,.
yang berbeza cuma jalan ceritanya...

tak kesah siapa pon kita,, jangan berputus asa :D

warna dan cinta :)

salam syg :)

Warna dan Cinta



Yang mencantikkan lukisan adalah WARNA
Yang menceriakan kehidupan adalah CINTA .

Dengan cinta, kita belajar pelbagai benda. Cinta tak selalunya indah.
Seperti warna juga, ada warna pudar dan ada warna yang terang, begitu juga dengan cinta.
Dengan cinta tak selamanya BAHAGIA, dan tak selamanya juga DERITA.

p/s : copy paste :D


Friday 19 October 2012

it's friday..!! yeay (:

salam syg :)
bole tengok abng-abng hensem pakai baju melayu..wee~ haha
 hari jumaat datang lagi..!! dalam banyak-banyak hari, hari jumaat paling best..
istimewa hari jumaat ialah solat jumaat :)
memang la orng pompuan tak pegi masjid, tapi cik zara nak tengok orng laki pakai baju melayu..wee~
hensem tau bile orng laki pakai baju melayu..haha..gatal da datang..!! :p

see~ hensem kan suami saya..hahaha
skandal saya,,hee~
ni abang saya.. nak ngorat jumpa adik dy ni dulu.hahaha :P
bestkan hari jumaat ni..!! hahaha..

Wednesday 17 October 2012

perempuan tak semestinya perlukan lelaki :)

salam syg :)

 i have something that i want to share with you guys xD
 please take note ya..!! hehe~
gambar hiasan :D

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.
Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah...

panjang plak..penat membaca kan..hehe~
biasa la..copy paste saje :)

persoalan kawin awal.. !!

salam syg (:

entry kali ni zara copy and paste je dari laman web ...
tak sengaja nak baca artikel ni..maybe berguna utk kalian
happy reading ya..!! (:


Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)


Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.


1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?




2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)
 
 
 
aku terima nikahnye xD   
kau milik ku (:
 

Tuesday 16 October 2012

ready guys..!! haha

salam syg..

zara nak bagi tips sikit..

4S..!! pe ni? haha..
bukan tips sgt pon.. ni saje je nak berlawak jenaka.. xD
asyik nak sedih2 je..tak best la kan..

4S stand for " Sediakan Skandal Sebelom Single "

eh jangan silap..bukan suruh curang la..haha.. nama pon skandal..so, bukan kekasih pon..chill la..
best ada bnyk skandal.. tak caya? try la sendiri..hahaha.

jangan senyum manis-manis.. nty cik zara jatoh hati..haha
bila tiba masanya bertemu jua =D
rileks je la kalau tak de buah hati,.. tak penting pon sume tu..
kalau dia tak pedulikan kita, buat pe kita nak peduli tentang dia..
mungkin berkawan dengan semua orang lebih baik..
hati tenang..tak de pon sakit hati ke, sedih ke..kan ?

lagi satu ingat ni, jodoh kita dah ditetapkan,.
tulang rusuk tak kan tertukar..jangan risau kalau kita kehilangan kekasih buat masa sekarang (:
Dia dah atur kan sesuatu yang lebih baik untuk kita..

just move forward..!!
hidup mesti diteruskan..!!

Monday 15 October 2012

maybe i love you - lenka

salam syg (:
mmg da jatoh ati kat lagu ni.. ^_^

mekaseh bff..hehe

Maybe I love you maybe I do
Maybe this feeling inside me is true
And if I love you and if I do
Then maybe baby maybe you love me too

I knew I liked you I knew I cared
And I knew that something was brewing in the air
But I don't fall easily to many betrayed me

But maybe I love you maybe I do
Maybe this feeling inside me is true
And if I love you and if I do
Then maybe baby maybe you love me too
I wasn't feeling quite like myself
And something inside me was sitting on the shelf
But then you swam into my heart
And now the good steps starts
Oh~~woo~~~

Yea, maybe I love you
Maybe I do
Maybe this feeling inside me is true



And if I love you and if I do
Oh then maybe baby maybe you love me too
Wow~~~

How can I know for sure
That you and I are meant for something more
And I oh
I have to go on is this feeling inside
and I hope and I and I hope
that I am right

Maybe I love you
Maybe I do
Maybe this feeling inside me is true
And if I love you
And if I do
Oh then maybe baby maybe you love me
Maybe baby maybe you love me
Maybe baby maybe you love me too

Sunday 14 October 2012

hype :D

salam syg..

saje je singgah blog malam ni...hari ni seharian tak coret kan pa pe..bukan malas laa..hari ni seharian berjalan...tak terkata...tapi rajin pulak nak bukak blog...tu tandanya blog ni kekasih hati zara...jgn jelly owkayyy :D hee~

bangun pagi tadi lebih awal dari biasa..pukul 8.30 pagi da kene mandi..awal kan..!!
mak da mengamok sebab sebelom tu da kejut banyak kali.hehe..saje nak dgr mak bebel..rindu~ hew 

hari ni plan ayah ngan mak nak pegi tgk anak-anak or lg senang adik2 zara kat asrama..sampai kat mrsm pasir salak tmpat dua orng adik zara belajar,,kitorang rehat-rehat dulu..perjalanan tak jauh pon..tmbh2 ikot highway..tp saje je buat2 penat..haha..lps rehat,,mkn,, kitorng pegi outing kat kg.gajah..nama je gajah,, tapi tak besar pon..kecik je..haha.

dlm pukul 1.00 kitorng balik outing.. sembang2 kejap pastu balik..bukan balik umah terus.. kitorng pegi mrsm taiping plak sebab nak tgk adik lelaki zara..makin kurus badan dia..taun ni nak spm..ayah marah dia sebab dia nak beli ubat tambah berat badan ngan bina muscle 0_o pergh~
lepas sembng2,, mkn2 lagi,,kitorng pon balik. 

dah alang-alang pegi taiping tu,, saje la pegi makan angin kat taman tasik..makan lagi = =' haha~
bnyk anak-anak muda naik motor..bawak lelaju macam nak sangat mati..rase nak je langgar dorng..biar padan muka..haha.tp nty ko pon susah cik zara..ntah pape la ko ni.. = =''

smpai umah dlm pkl 8.30 mlm..sebelom tu ayh bawak mkn kat kedai..adoi makan lagi.
sampai umah teros solat..lepas solat bukak blog.lepas abis tulis2 ni cik zara nak pegi beradu..
best tido bila badan da penat..mesti tido mati.haha..

owkay la..sampai sini je..mlm ni tak de jiwang2..tak de citer la.haha..maybe esok ade kot..
gudnite. salam..

love; cik zara <3

Saturday 13 October 2012

cause everything starts from something..

salam syg :)
 

Believe- by justin bieber..


Believe, believe, believe
I don’t know how I got here
I knew it wouldn’t be easy
But your faith in me was so clear
It didn’t matter how many times I got knocked on the floor
But you knew one day I would be standing tall
Just look at me now
Cause everything starts from something
But something would be nothing
Nothing if your heart didn’t dream with me
Where would I be, if you didn’t believe
Believe…
There were days when out you spoken, you know
There were night when I was doubting myself
But your kept my heart from falling
It didn’t matter how many times I got knocked on the floor
But you knew one day I would be standing tall
Just look at us now
Cause everything starts from something
But something would be nothing
Nothing if your heart didn’t dream with me
Where would I be, if you didn’t believe
Where would I be, if you, if you
If you didn’t believe
Would you know, how I feel
Touch the sky, if you didn’t believe
Believe, believe
It didn’t matter how many times I got knocked on the floor
You knew one day I would be standing tall
Just look at us now
Cause everything starts from something
But something would be nothing
Nothing if your heart didn’t dream with me
Cause everything starts from something
But something would be nothing
Nothing if your heart didn’t dream with me
Where would I be, if you didn’t believe
Where would I be, if you
If you didn’t believe
Would you know, how I feel
Touch the sky, if you didn’t believe
Believe, believe
Where would I be, if you didn’t believe

trima kasih. along sayang mak..!!
trima kasih ayah sebab slalu ada untuk along <3

jumpa dah (:

salam..
ada sesuatu yang zara nak share..confirm sume suka.hikhikhik >_<

nak tau tak ?
zara saje la tgk gambar td,, pastu terjumpa gambar ni..

try lah.. mne tau kot menjadi..hee~ 


selamat mencuba..hahaha

owkay fine ! !

salam (:

sedihnya bila tak dipedulikan..
sampai hati bole buat tak tau je..
cam ni la kan..

mungkin kot.. bersabar je la..!!


pompuan kena kuat.. walaupon orng laki anggap kita ni lemah dan tak berdaya,, buktikan kat dorang sume tu salah..
kalau lelaki cakap boleh hidop tanpa pompuan,,
pompuan pon bole lahh..!!
berkeras pada diri..!! jangan terlalu pikirkan soal cinta..
phew~
betol-betol da buat cik zara ni panas..!!
menyampah la ..

cincin kawin..!!

salam syg (:

zara nak citer sikit.. tadi mak belikan cincin kat zara..cantik..comel sebab ada batu permata yang kecik.. mak ckp orng muda macam along sesuai la pakai cincin batu kecik.. nampak la ayu sikit..hahaha..yang aku ni tak abis2 dok belek jari..wah,, rasa cam dapat cincin kawin la xD

haha..tak abis2 citer pasal kawin. blaja pon tak abis lagi..haih..
ckp pasal tak nak kawin ni, semalam zara on chat ngan someone ni..dia ni lelaki..yang zara pelik,, dalam bnyk2 lelaki yg zara jumpa,, dia la orng pertama yang mengaku gila nak mati sampai bila2 tak nak kawin..haih..!! ni kes parah da ni.. bole ke tak kawin? mampu ke hidup sorang2 ?

dari pandangan dia, pompuan ni tak de pa pe pon yang boleh menarik minat dia..betol ke ?
dia cakap kalau nak kasih sayang,, dari mak ayah pon bole dapat..tapi sama ke ? mesti la tak sama..
dia cakap kalau kawin ni susah sebab nanti dia kena tanggung bini sume tu,..abis kan duit dia. tapi tu kan memang da tanggungjawab lelaki..

pastu zara tanya la dia, macam mana kalau satu hari nanti dia kawin jugak,, maybe mak tolong carikan pasangan n paksa kawin.. then jawapan yang zara trima dari dia,, sanggup lari dari rumah..pergh~ dia ni betol2 siyes dengan pe yang dia ckp..tapi nasib baik dia tak benci pompuan..kalau sembang ngan zara pon owkay lagi.tak de la nampak macam dia ni tak de hati kat pompuan sgt..

walau ape pon jalan hidop yang dia amik,, aku doakan semoga dia bahagia.. hidop la dgn patung2 gundam tu sampai bila2..lagi satu, jgn la terlalu taksub dengan geng phantom tu..zara takot benda tu makan diri sendiri je..masa depan sape yang tau kan..(: 
gamers mmg mcm ni ke ? haih = = ''

yang penting, pandai-pandai la jaga diri..kalau perlukan kawan,, kitornag sentiasa ada untuk ko..!!

p/s : hehe,, tajok entry pasal cincin,, last2 citer pasal orng lain..

ingat ni..!! walau pe pon yang terjadi semoga happy (:

Friday 12 October 2012

nak kawen !! hew~

salam syg..(:

owh, mama,
aku mahu kawen,
kawen dengan siapa?
dengan siapa saja~

mama 3x
inikah yang dinamakan cinta..
ku rasakan virus-virus cinta..
ku perlu doktor cinta~

banyak kan lagu tentang kawin. yang kat atas tu lirik lagu.. lirik yang atas tu tak igt tajok la..yang kedua tu kalau tak silap lagu doktor cinta.

kawen? sape tak nak kawen kan.. sekarang ni sume orng cakap pasal kawin..pegi mana-mana tak sah kalau tak cakap pasal kawen..haha..yeke? memandai je ko ni cik zara. orng lain bkn mcm ko yang gatal ni..haih..nasib,, nasib = ='

kawin dalam usia awal? hehe.. owkay ke ?
wahai encik ADAM kalau nak kawin, pastikan sume syarat da cukup..
ada kerja, kereta, rumah.. jgn galak sangat nak kawin tapi duit poket pon mak ayah yang tanggung lagi.
nanti nak bagi anak bini makan pe? tak kan hari-hari budget maggi je. sian nya T__T

tak payah kereta mewah porsche kalau nak kawin, cukup la dengan apa yang ada (: perempuan tak semestinya pandang pada harta saje..    
umur bape nak kawin eh ? awal lagi ke nak pikir benda ni ?
masih awal kot..calon pon tak de lagi.
dah abis degree nanti la kan pikir pasal kawin.skrng ni baru 18 tahun.panjang lagi kisah hidup aku.

jodoh yang aku inginkan tidak semestinya perlu sempurna. eh ada ke yang sempurna..? mana ada.
kalau ada yang cakap pasangan dia sempurna, mungkin hanya sempurna di mata dia (:
tak kisah la..setiap orng ada pandangan masing-masing.asalkan bahagia sudah..
bagi aku, cukuplah kalau dia seorng yang sangat menyayangi aku.

pasangan bukan di pilih berdasarkan rupa fizikal, tapi pasangan di pilih berdasarkan rupa dalaman seseorng yang indah dan cantik..tak semestinya lelaki tu perlu menjadi ustaz dan tak semestinya perempuan tu perlu menjadi ustazah..semua orang ada kelebihan masing-masing (:

cincin kawin saya (: cantek tak ? hee~

untuk awak yang dinanti..

salam kasih..
Ketika aku remaja ,
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa ,
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku ,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa ..?

Bagaimana rupanya ,
Tinggi atau rendah ,
Kurus atau gempal ,
Cerah atau gelap ,
Tampan atau pun tidak ..

Puas aku membayangkan ,
Impikan jejaka rupawan ,
Persis seorang pahlawan ..

Ketika aku menganjak dewasa ,
Dikala sedang menuntut di menara ,
Timbul semula persoalan itu ,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa ..?

Bagaimana hartanya ,
Motor atau kereta ,
3310 atau Iphone ,
Selipar atau Adidas ,
Miskin atau kaya ,
Puas aku mencari ,
Impikan lelaki hartawan ,
Persis seorang jutawan ..

Dan ketika aku akhirnya dewasa ,
Dikala sedang berusaha berkerja ,
Bertanyaku sekian kali ,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa ..?

Bagaimana akhlaknya ,
Malas atau rajin ,
Baran atau sabar ,
Dungu atau pintar ,
Jahat atau baik ,
Puas aku berdoa ,
Impikan lelaki budiman ,
Persis seorang beriman ..

Ku tanya lagi pada diri ,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa ..?

Pentingkah rupa ..?
Cukuplah yang sedap di mata ..
Pentingkah harta ..?
Cukuplah yang mampu menyara ..
Pentingkah iman ..?
Terdiam aku seketika ..

Kerana diriku melihat diri sendri ,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi ,
Diriku lemah sekali ,
Penuh dosa dan layak dicaci ,
Bagaimana kalau pemilik tulang rusuk ini ketahui ,
Bertapa hinanya si rusuk kiri ,
Pasti dia menyesal sekali ..

Lalu ku tanamkan azam ,
Tuhan masih memberiku peluang ,
Akan ku berusaha membaiki diri ,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik ..

Semoga pemilik tulang rusuk kiri ,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti ..
insyaALLAH  
:')
aku ingin menjadi yang halal untukmu <3
penantian ini tak kan mungkin sia-sia (:


kalau tak sudi, tak pe..

salam syg (:

memang hidup ini tak seindah dan tidak sesempurna kisah dongeng, novel-novel cinta...
tapi sekurang-kurang nya aku ingin mencuba untuk menjadi yang terbaik setakat yang termampu di dalam KISAH HIDUP aku sendiri..

bercinta biar punya cita-cita..
bukan sekadar suka-suka (:

dalam soal memberi hati..
lelaki perlu tahu tentang hal ini..
untuk kaum ADAM (:


untuk kaum HAWA <3 , walaupon kita dilukakan, jgn pernah membenci encik ADAM tu, sebab dia penah membahagiakan kita satu masa dulu (:

untuk gadis-gadis di luar sana,, jangan mudah percaya dengan setiap kata-kata manis daripada seorang jejaka.. bukan la zara nak cakap sume kata-kata lelaki zaman sekarang ni tak bole pakai,, ada yang masih bole dipercayai cuma kita sebagai perempuan perlu berhati-hati.. bila kita dah jatuh hati,kita kena bersiap untuk menghadapi segala kemungkinan..
gembira, bahagia , ceria memang la seronok.. tapi dalam bercinta ni mest ada insan yang akan terluka, bersedih, murung dan tak senang duduk.
dan ingat,, kalau dah terluka jangan buat benda bodoh yang akhirnya hanya akan memakan diri kita sendiri, sedangkan insan yang melukakan kita sedang bergembira dan mungkin langsung tak ingatkat kita (:
mungkin ini lebih baik..
cinta tak selalu nya indah.
cinta bukan boleh dipaksa. perasaan tu hadir tanpa kita sedari.
kadang-kadang niat hanya nak main-main, akhirnya kita sendiri yang terperangkap.
orang yang bercinta ni tak la terok sangat, cuma kadang-kadang bila dah meletak kan harapan yang tinggi,, tu yang boleh menyebabkan seseorng ni bertindak di luar batasan bila dia kehilangan.

kalau orang dah tak sudi, buat pe kita nak memaksa. kalau nak terima sebab suka-suka, baik lupakan saje...