SEMANIS SECAWAN KOPI YANG DICAMPUR 10 SUDU GULA :D

Saturday 31 August 2013

tak kesampaian !

assalamualaikum.


hajat nak merangkul Uefa Super Cup tak kesampaian..
malu nak komen bebanyak.. haha

apa boleh buat.
itulah bola sepak.
macam-macam boleh berlaku.
* dah kalah banyak cakap plak zara ni = ='' hihi

tapi aku tetap nak back up si Chelsea ni lagi

game semalam walaupun kalah tapi bukan memalukan.. main dengan 10 orang dan kalah plak sebab sepakan penalti je.. Bayern cuma bernasib baik sebab dapat kalahkan Chelsea..

tapi sepakan penalti dari Lukaku tu agak terkejut la jugak.. lemah betol = =''
senang je si Neuer tangkap bola tu.. Javi Martinez pon menspoilkan keadaan.. haih!! selamat Bayern !

sekian laporan hari ini. haha

*dah kalah so ulasan pon pendek-pendek je lahh. haha




Thursday 29 August 2013

budak blog.

assalamualaikum.

kau tak tahu yang aku disini
walaupun tak pasti tapi aku tetap menanti..

kadang-kadang 
tak perlu nak ingat.
sebab kadang-kadang
tu kadang-kadang menyakitkan hati.

tak pe.
jangan terlalu salahkan diri.
dalam hal ni memang aku yang salah.
tapi dia pun ada 'bahagiannya' .
jangan cakap hanya dia yang salah. 
kadang-kadang aku kena beralah.
ya.
macam sebelum ni.

senyap tak bererti terus lupa.
diam tak bererti tak suka.
sembunyi tak bererti tak ambil peduli.
lari tak bererti mengalah.

pernah mencuba.
banyak kali
untuk melupakan.
sebenarnya boleh.
tapi kadang-kadang lemah.
bukan selalu lemah.
cuma ada masanya.

doa.
memang ada doakan untuk 'itu' .
memang untuk kebaikan sendiri.
tapi kadang-kadang ada juga doa untuk sebaliknya.
doakan agar seperti dulu.
setahun yang lalu.

Legend mana pernah mengalah.
Legend mana cepat tewas.
Legend mana pernah putus asa.
Legend.. semuanya sama..

bukan nak mengungkit.
 tak ada niat untuk itu.
cuma masa ini
aku hanya teringat.

cuma dulu
bukan senang untuk aku harungi semua ni.
tapi alhamdulillah Dia permudahkan.




Monday 26 August 2013

Willian pilih CHELSEA !

assalamualaikum and a very good day :)


" Chelsea football club can confirm an agreement has been reached with both Willian and his club Anzhi Makhachkala for the transfer of the Brazillian player. The transfer is subject to a work permit hearing on Wednesday " --- petikan kenyataan dari laman web rasmi Chelsea Football Club..


A good day ?!! haha. of course a good day untuk fans chelsea.. come to mama guys!

Bengang ye Spurs ? haha..

Walaupun mereka dianggap faveret untuk dapat kan si William ni dengan yuran perpindahan serta terma & syarat yang telah dipersetujui oleh kelab Anzhi , malah hampir-hampir nak buat medical test tapi kemudian Spurs tak nak naik kan pakej gaji yang akhirnya menyebabkan proses perpindahan Willian tergendala.. So Chelsea menjalankan tugas dengan bijak dengan membuat tawaran yang tidak complicated dan akhirnya Willian memilih untuk menyertai Chelsea.. Wohoo!

eh rasanya ayat aku atas tu macam gelong sikit = =''

Ceritanya mudah.. Nak beli pemain yang berkualiti haruslah offer harga yang tinggi jugak..Paling penting jangan refuse dalam soal nak naikkan salary player.. take note!

Liverpool pun boleh berkongsi kedukaan ni dengan Spurs.. Kongsi perasaan sedih berduka ni ramai ramai lebih mujarab dan lebih cepat nak hilang.. kahkahkah

tapi paling kesian ofkos lah AVB.. Dia yang paling beria nak dengan si Willian ni..time bersama dengan Chelsea dua musim lepas , dia pernak jugak nak dapatkan Willian tapi gagal sebab Shakhtar Donetsk tak izinkan Willian untuk berhijrah ke Stamford Bridge.. 

Willian seorang player yang bagus.. ofkos dia setai Chelsea sebab Chelsea adalah sebuah kelab besar & tak lupa beraksi kat Champions League.. Jadi benda ni mudah nak menarik minat pemain.. lagipun Willian memang minat nak bermain di World Cup tahun depan.. so peluang dia untuk dipanggil oleh..... alaahai sape plak nama tu.. Felipe scolari if i'm not mistaken.. hihi ..mungkin lebih cerah memandangkan dia seorang player kelab Chelsea.. hohoho..

so Willian jadi player ke-6 Brazil dalam skuad Chelsea selepas David luiz.. Ramires.. Oscar.. Lucas and Wallace.. kalau tak silap lagi laa.. 

Willian datang.. Mata keluar ?! Tak.. Salah tu.. Mata tak kemana-mana.. 
Oscar.. Mata.. Hazard.. De bruyne.. Schurrle.. Ginkel. Ramires.. Lampard.. Willian..ramai giler player attacking Chelsea.. Dan aku tak rasa pembelian Willian ni membazir sebab Chelsea mungkin akan bermain banyak perlawanan seperti musim lepas.. so dalam situasi ni player akan di-rotate.. untuk bermain dalam banyak perlawanan.. lebih-lebih lagi beraksi dalam kompetitif EPL.. piala Fa.. Carling Cup & Champions League.. rasanya Chelsea mesti ada sebuah skuad yang besar.. so skarang ni aku rasa Chelsea dah ada skuad dalam satu kapasiti yang mencukupi..

apa apa pun selamat datang ke Stamford Bridge.. Willian de Borges :)

# Samuel Eto'o agaknya tengah on the way.. nak tunggu Rooney sampai kesudah MU tak nak jual..

P/S : kick-off chelsea lawan mu jam 3 pagi..siaran langsung kat saluran astro 810 & 831..

sekian laporan untuk hari ini.. huahuahua..


Thursday 22 August 2013

normal kot...


rasa sesuatu..
.............
rasa apa ?
..............
rasa kehilangan..
tiba-tiba rasa rindu..
tiba-tiba teringat..
..................
sedih ?!
..................
tak kot
..................
tipu ?
...................
mungkin laa



assalamualaikum..

sampai bila ;)

assalamualaikum.

lumrah bila kadang-kadang kita rasa susah hati.. bukan setiap masa kena senang dan lapang.. setiap kesusahan yang kita rasa mungkin ada hikmahnya.. kalau kita sentiasa berlapang dada dengan setiap kesenangan yang kita dapat satu hari nanti pasti kita susah nak menerima kalau sesuatu kesusahan datang menimpa.. jadi manusia ni kena sentiasa beringat.. tak semua orang di sekeliling kita menginginkan yang terbaik untuk kita.. manusia kann.. memang rambut sama hitam tapi hati yang tersembunyi tiada siapa yang tahu.. mungkin ada yang hatinya baik elok dan cantik.. tak mustahil jugak ada yang buruk busuk dan kotor.. tapi sampai bila nak cemburukan kesenangan orang ?! rezeki masing-masing bukan semuanya sama.. tak perlu nak pertikaikan.. mohon dihindarkan lahh sikap tak baik ni dari kita :)


#short post malam ni :)




0,0

assalamualaikum.

cuti lama buat aku duduk termenung seharian dan berharian di rumah.. hari-hari boleh dikatakan rutin hidupku kat rumah ni sama je.. yelahh.. even cuti pon tapi kalau dah terperuk je dalam rumah ni sape yang tak mati kutu kann.. hihi.. macam ni la manusia.. seringkali tidak tahu bersyukur.. kalau sibuk nak sangat cuti.. tapi bila dah cuti senang lenang goyang kaki je kat rumah banyak pulak hal yang dirungutkan. isk isk isk. *innocent face -,-

so..kerja sampingan atau dalam bahasa omputihnye part time work aku sebagai driver adik kecikku.. owhh betapa beruntongnya budak zaman sekarang ni.. pegi skolah kena berantar naik motor.. aku dulu ?!! naik basikal.. semangat pepagi kayuh basikal.. syok sebenarnya :) haih sumpah rindu time zaman muda-muda dulu.. zaman skolah rendah yang penuh nostalgia.. dulu mana ada facebok ke twitter ke myspace ke.. sebab tu pagi petang siang malam tak reti nak lekat dalam rumah.. main nan kengkawan sampai tak ingat dunia..

nak dijadikan cerita.. malam semalam aku kuar gi cari burger.. malas nak pusing jejauh so aku gi la cari burger kat kawasan skolah rendah dulu.. nasib baik ada :) gerai burger ni depan skolah.. time tu budak darjah 6 tengah ada kelas malam *tuisyen.. so.. tetibe terimbau la balik kenangan 7-8 tahun lepas.. omg!! lama giler~ 

teingat tiap-tiap malam ayah hantar naik motor nak ke kelas malam.. ramai jugak la join kelas tuisyen ni.. al maklumlahh nak UPSR.. hihi.. tapi masa budak-budak dulu pegi kelas bukan niat nak blaja sangat pon.. mana ada kesedaran diri lagi time tu.. malam-malam pegi kelas sebab nak jumpa geng!! padahal seharian dah kat skolah tapi tak cukup jugak masa nak bersembang.. pendek kata tak pernah cukup.. haish~ lagi satu alasan sebab kita nak tengok................................ haish segan nak mengaku sebenarnya.. haha.. sebenarnya sebenarnya sebenarnya sebenarnya kita nak tengok crush ittew laaa.. lalalalalala~ tapi time tu tak tau la couple tu mende.. nak sebut pon tak reti... sumpah noob giler = ='' hihi.. dekat lobi tempat kene beratur sebelum masuk kelas tu mesti riuh rendah..sampaikan pak guard yang lalu lalang round jaga kitorang kat situ pon dah pening nak control.. cikgu pun tak payah cakap laa... rasanya nak berbuih dah mulut suruh kitorang senyap..haha..citer lama~

tapi walaupun citer lama.. kenangan tu tak pernah hilang.. masa berdiri kat depan skolah rasa kenangan tu macam hidup balik * ceh wah.. poyo la kau zara.. haha* tapi betol laa... tak tipu.. rasa nak ulang balik zaman skolah rendah dulu.. banyak perubahan dah berlaku.. rasanya budak-budak skolah rendah kat skp tu tak dapat rasa pengalaman yang aku pernah rasa dulu.. zaman dulu lain.. lain sangat! sume indah-indah belaka.. budak sekarang tak reti nak main kat luar.. ruginya zaman dorang ni !! 

so.. tak pe lahh.. asalkan budak-budak sekarang boleh bergumbira hidop dalam zaman dorang..haha..

owkay another story nak citer.. hari ni mak buat rumah terbuka.. setelah sekian lama beraya akhirnya berkesempatan jugak nak buat walaupun dah 14 syawal :) sekejap je kannn.. start dari pukul 10 pagi tadi sampai la 10 malam tadi baru selesai.. almost 12 hours !! pergh~ penatnya tak payah citer la.. ramai giler yang menjengah ke rumah terbuka kami tadi.. jiran-jiran kat sini satu lorong mak jemput.. lepas tu kawan-kawan kat tempat kerja mak pon datang.. pendek kata.. rumah kami hari ni tak sunyi~ hihi

owhh yaa... last-last tadi lepas siap berkemas basuh pinggan mangkuk semua..sempat la jugak cik zara snap one picture.. hihi..konon nak tunjuk muka penat.. try la jugak buat mcm2 bentuk senyuman tapi rasanya sume gambar tu nampak freshy~ = ='' tak nampak langsung muka penat.. eh ye ke?? haha..tengok ni 


tudung tu senget benget sikit sebab main sarung je.. actually pakai tudung kaler lain tapi dah campak jejauh malas nak cari balik.. hihi

so.. tataplahh gambar ni sepuas hati.. huahuahua..

gudnite.. tata..

Monday 19 August 2013

Beautiful Chelsea !

assalamualaikum.

match report by : si cantik manis , zara.. haha

CHELSEA 2  HULL CITY 0


Yihaaa ! kemenangan kompetitif pertama Jose Mourinho Chelsea disamping meraih sambutan yang menggalakkan dari para peminat kat Stamford Bridge.. SPECIAL ONE kembali ! so aku paham kenapa ramai yang menjangkakan Chelsea akan memenangi EPL musim ni !! haha ^^

Oscar sumbangkan gol pertama untuk Chelsea.. Tapi gol kedua utuk Chelsea rasanya lagi awesome.. Abang legend no.8 si Lampard bagi sepakan percuma kencang sampai menonggengkan keeper lawan , Allan McGregor.. hihi.. Kalau goal keeper Hull City tu tak cekap sangat rasanya Chelsea boleh sumbat 3 atau 4 bijik bola lagi.. Awal game ni Chelsea dapat sepakan penalti tapi si Allan ni cekap sangat.. Tandukan Ivanovic pon gagal disebabkan si Allan McGregor ni  = =''

Bola yang ditanduk Ivanovic tu masuk separuh je.. tak masuk sepenuhnya.. so tak dikira goal sebab kalau masuk sepenuhnya baru dikira.. bak kata orang putih 'cross the line' .. so sebab tu pentingnya kita guna goal-line technology.. ceh wah.. haha.. aku tau la sikit2 pasal benda ni sebab baca kat newspaper hari tu.. *bangga la jugak ! Kalau pakai keputusan dari linesman.. konfem la Chelsea dapat gol ke-3 and lagi ramai la memberontak tak puas hati dengan mutu pengadilan bola sepak EPL .. macam-macam la nanti benda yang akan dipersoalkan.. haishh!

Hazard, De Bruyne, Oscar masing-masing tunjuk aksi cemerlang.. Torres ?! ni buah hati aku.. haha.. Torres pon owkay.. dia menang penalti & free kick untuk Chelsea.. Kira owkay la tu kannn..Tapi sepanjang game semalam tak de percubaan pon nak sumbat gol.. Lukaku yang main lebih kurang 15 minit tu pun ada la jugak try nak sumbat bola kat gawang goal lawan.. Torres ni style main dia bukan lebih kepada striker.. tapi lebih kepada winger rasanya..  Ini baru lawan Hull City.. Belum lagi jumpa team macam MU & Manchester City.. Bukan nak cakap takot dengan team gergasi tu tapi Chelsea better main betol-betol.. misi musim ni kan kita nak jadi champion! hoho.. Lagi bagus rasanya kalau lepas ni bagi Ba ataupun Lukaku yang jadi 1st starter.. Torres  ni macam tak bernafsu sangat nak menjaringkan gol.. aku rasalahhh ~

Hull City ada jugak melawan time second half tu.. Tapi nak buat macam mana.. Nak lawan dengan Chelsea.. kitorang kebal laa.. Tak mudah nak robek gawang gol kitorang kalau Chelsea ada pemain pertahanan macam Cahill and Terry.. *ceh wahh!! haha

Kesimpulannya , first half game Chelsea semalam agak memuaskan kalau nak dibandingkan dengan yang second half punya sebab second half tu Chelsea lebih kepada taktikal rasanyaa.. tapi dah cukup baik sebab menang sambil meraih clean sheet !! *tepuk tangan sikitt. hahaha.. Game yang macam ni la yang kita nak dari mempamerkan aksi berseni seperti KANAK-KANAK TADIKA ARSENAL tapi dimalukan oleh si Aston Villa kat tempat sendiri.. *apalahh nasib budak2 tadika ni.. isk..


sekian, terima kasih :D


rasanya dah boleh jadi reporter abadi bola sepak dah ni.. hoho ^^
view full highlights kat youtube.

Saturday 17 August 2013

fening funing O,O !

assalamualaikum.

kadang-kadang 
bila malas
kerja pun tak nak buat
tandas pun tak nak pergi
walaupun tengah menahan

kadang-kadang 
bila rajin
kelas pukul 10 pagi .. pukul 6 dah bangun
maklumlah rajin
bilik pun tak bersepah
sebab pukul 6.30 pagi dah pegang penyapu

kadang-kadang
 bila gedik 
mamat sebelah rumah pun nak main jeling-jeling
tapi kalau dia jeling balik
lagi awkward ! *bhahahaha

kadang-kadang
 basuh baju pun kira hari
tiap 2 minggu hari ahad je ampaian penuh
yelah 2 minggu skali basuh baju
tak cukup patblas hari tak nak basuh baju

kadang-kadang
nak makan pun tak tahu nak makan apa
even hari ni McD
esok Domino
lusa kfc
tulat big apple
tetap bising tak tahu nak makan apa

kadang-kadang 
merapu tak tentu pasal

macam aku sekarang ni.
kerja melambak.
isk.

kbai.





Men


I had met a few man.. Yeah , I know , I'm still young.. Who cares.. either they are friends.. family.. relatives..scandals or exes *over je O,O

the sweet talker
the brainiac
the handsome one
the rugby boy
the hockey player
the rich one
the stingy sbb suka berjimat
the sensitive one

But for me , really , just for me , i don't know you guys..

non shall compare to this-

the one who has BIG HEART. BAIK HATI. 

i don't really know how to put a yard stick to what is known as baik hati.. but , sometimes , you just know.. how lucky you are if you met one of them..

it's really hard to find one nowadays aint ?

xxxxxxxxxxxxxxxxxx

huha.. berjaya merepek ! >_<


Honestly

assalamualaikum.

you want to know the truth ? Now I am telling the truth.

No , I was not pushing you away from my life.. I still care about you , you  and you.. No text messages doesn't mean I hate you.. doesn't mean I have lost interest in befriending with you..
No.. It's something that words can't explain.

I had issues with myself.. Everything was so messed up that I feel like dying.. I mean, seriously.. I really feel like dying.. Things just don't fall into places and I almost give up on everything.. Yes.. everything..

I got sick quiet often.. I couldn't get my mind straight.. yaahh sometimes.. I made careless mistakes.. I made reckless decisions.. I lost my temper easily.. I cried a lot..  To make it simple.. I was a jerk.

It was tough , you know.. But life has to go on.. No matter how hard it gets .. I am the one who is in charge of my own life :)




sebab kadang-kadang..

assalamualaikum.

Kadang-kadang hati ni kita tak boleh jangka.
kadang-kadang dia okay.. Kadang-kadang dia tak.
Banyak benda yang kita rasa kita tahu tapi sebenarnya Allah lebih tahu..
Kadang-kadang kita rasa pening sangat nak buat keputusan..
Pening sangat nak menunggu keputusan..
Pening sangat nak memilih keputusan..
sebab kita lupa..
kadang-kadang perjalanan takdir.. Perjalanan hidup dah tertulis dari alam roh kita lagi.
Alam roh dicipta-Nya.
Dia yang ada.. Senantiasa ada.
Kita lupa kita boleh berdoa pada Dia..
Kita lupa doa juga boleh mengubah takdir.
merubah perjalanan.
ya kita lupa..

Kadang-kadang jiwa kita tak pernah bergerak..
Statik kerana pernah tercalar.
Kita juga lupa.
calar itu mengajar kita supaya lebih mengingati Dia..
cuma kita kadang-kadang buta..
atau sengaja buta.
mengatakan banyak lagi perkara yang perlu diberi deria.
jiwa yang tak pernah bergerak boleh berubah.
dengan bantuan Dia..
sebab kadang-kadang kita lupa pencipta jiwa siapa dia..

sebab kadang-kadang kita lupa..
yang memberi perasaan juga Dia..


Sunday 11 August 2013

heartless :D

assalamualaikum :)


Ada diantara kita yang berubah sebab someone..  Namun ada juga orang yang mereka sayang kawan, family atau sesiapa yang mereka sayang berubah menjadi orang lain.. Tak sama macam dulu.. Masa mula-mula kita kenal dia.. Bencikan ? Sedih menyesal bengang pun ada..Aku pernah hadapi semua ni.. Sungguh menyakitkan hati.. Cukuplah sekali berlaku.. Tak nak berulang lagi..

I LIKE PEOPLE WHO CAN I OCCASIONALLY HAVE REALLY DEEP CONVERSATION WITH , AND AT THE SAME TIME JOKE AROUND WITH THEM :)

Someone yang kita kenal ada juga someone yang kita dah lama kenal yang dulunya baik, peramah, selalu tegur kita dan selalu bertanya khabar but now..ianya sangat berbeza.. Kita dengan dia macam dah tak pernah kenal.. Padahal dulu kita dengan dia bukan main lagi baiknya.. Ada juga perasaan rindu.. Sedih.. Rasa nak tegur tapi tak berani nak tegur.. Kadang-kadang kita terpikir.. Adakah dia rasa apa yang kita rasa? perasan apa yang kita perasan ? yeah.. Jawapannya setengah daripada mereka mungkin rasa dan sebahagian lagi mungkin tidak merasakannya.. 
Heartless.. Terus berubah..

But.. maybe it is our own fault.. Mungkin kita yang berubah.. tapi kenapa? because they were too..
Mungkin kita je yang tak perasan semua tu.. Masalah utama mungkin EGO.. Masing-masing nak menunjukkan ego masing-masing.. Yang akhirnya menghancurkan hubungan yang telah sekian lama dibina.. tak nak orang menegur kita.. Nak orang je yang menjaga hati kita.. Nak orang je yang minta maaf kat kita.. Sepatutnya kita pun kena fikirkan hati dan perasaan orang lain.. Jangan suka sangat mainkan perasaan orang.. Jangan disebabkan ego kita menyesal suatu hari nanti.. 

Jadi.. Tak kisah la dalam persahabatan ke atau percintaan atau apa sekalipun , setiap individu memainkan peranan masing-masing.. Letakkan ego jauh-jauh.. Buang sifat angkuh.. InsyaAllah , kasih sayang kita pada seseorang akan bertambah.. 


Tuesday 6 August 2013

DON'T FALL

assalamualaikum.

Tenang..

Allah tak pernah tinggalkan aku.. Apa masalah aku nak tinggalkan Dia?! Kenapa aku cari Dia bila akhirnya aku tak mampu berdiri ?! 
Menangis T____T
Yes selama ni aku sangka hubungan aku dengan Allah dah cukup baik.. Walaupun belum cukup baik.. Tapi macam sia-sia.. ya 'macam'..
Solat penuh tapi bercinta ?! maaf jauh sekali.. Ini bukan kisah cinta.. Cuma kisah manusia yang patah  hati.. Patah hati tanda alasan yang jelas.. Aku pon tak tahu kenapa..

aku tak paham

rasa keliru

rasa ragu

apa maksud semua ni ?!

zahra fida, aku tau kau mampu.. Cuma kau tersilap langkah.. Kau tersilap sayang orang..

"Tak ! Aku tak tersilap sayang orang.. " 
again suara dalam nak mula gaduh.

haih.. macam ni la zara..
" kalau orang yang kau sayang tu tak bawak kau dekat dengan Allah, maksudnya kau dah tersilap orang "
balasan lontaran jiwa..
sepi~

ego! please pergi jauh-jauh..
yes.. aku mengaku.. Aku hanyut bila mengenali kau.. Jauh menyimpang.. Mungkin sebab ni jugak kau menjauh dari aku.. Kau lebih dulu tersedar diri :) tahniah!

#mula-mula konon nak tulis macam nak muhasabah diri.. tapi rasanya dah terjiwang. 
sorry T___T





kemon laaa -,-

assalamualaikum.

tak faham laa.. apa yang awak nak ?! tak perlu tahu siapa pengganti awak..sebab saya tak de masa nak buat sume tu.. saya bukan mcm awk.. boleh suka kat orang lain dalam sekelip mata.. boleh lupakan kenangan lama dengan senang.. haih malas la saya nak ingat dahh.

saya remove gambar sebab saya kecewa.. tapi tak bermakna saya lupakan..
dahh! pergi3x..
shuhh shuhhh shuhhhhhhhhhhh 

Thursday 1 August 2013

pertemuan yang menyimpan hikmah.

assalamualaikum.


Allah tidak pernah lalai.. Pertemuan kita dengan dia pasti ada ibrah atau pelajaran berharga..
Allah mahu melatih mental kita untuk bersedia menghadapi realiti.

Aku yakin aku boleh !
Cuba bersikap wajar dan seimbang.. Jangan berasa lemah dan rendah walaupun seakan-akan kita kehilangan muka dan tidak berharga di depan dia.. Setiap orang melalui masa silam yang berbeza.. Ada yang menyenangkan sehingga membuatkan kita tersenyum sumbing bila terkenang.. hihi :) Ada pula yang menyakitkan sampai kita jadi resah, rendah diri, sedih, marah and geram bila teringat balik ! 

Jadikan masa silam sebagai kenangan.. Tidak perlu lagi bersedih.. Semuanya dah berlalu pergi seiring dengan bergantinya waktu.. Jadikan masa kini sebagai kesempatan bagi mengukir mimpi.. Jadikan masa depan sebagai sasaran yang menyimpan sejuta harapan :)

Kalau suatu hari nanti kita berjumpa balik dengan dia.. Walaupun ada perasaan jengkel tetap tegakkan kepala and yakin betapa setiap kejadian termasuk pertemuan kita dengan dia pasti ada hikmah yang berharga.



#note untuk diri cik zara :)