SEMANIS SECAWAN KOPI YANG DICAMPUR 10 SUDU GULA :D

Wednesday 29 January 2014

cliche.



wherever you go

whatever you do

i will be right here waiting for you.

whatever it takes

or how my heart breaks

i will be right here waiting for you.

be you.



people were created to be loved.

things were created to be used.

the reason why the world is in chaos.

is because things are being loved.

and people are being used.


ranap.


Manusia biasa.

Bila tibanya malam.

ranap.

dengan kenangan.



Selalu.

Tuesday 28 January 2014

HOPELESS.



because you are MINE !

lagu.



rindu doh.
nak tukar tukar lagu dengan kau.

rindu dulu dulu.
aduhai.

bebelan bebeh.


dah sebati rasanya.
rasa yang bercampur baur.
entah macam mana nak gambarkan.

macam tutti frutti pon ada.
macam big apple cheese pon ada.
macam mcflurry oreo pon ada.
macam coconut shake pon ada.

kadang kadang terlupa.
kadang kadang teringat.
kadang kadang malas nak ambik tahu.
kadang kadang terambik peduli.

aku dah cakap.
perempuan ni susah.
leceh.
ishh.



conversation.



talking to you.

really 

makes my day.


hikayat.



kau irama terindah.

yang

tak lagi ku dengari.

sepi.


basi.


walau beribu bintang di langit.
bulan yang satu tetap ku nanti.







Friday 24 January 2014

here's my resignation.


I still remember everyday.
And memories don't fade away.
And it all falls apart.
In the shadows of the past.
It can seem to be so hard.
But it's time the feelings pass.

The truth.
I don't want to go.
But i feel that i should.
Cause i'm falling apart.
And I die.

hey girl.
You gotta be strong.
Gotta move on.

hey dude.
How could you be the better part of me ?
when we're only half of what we used to be.

And last.
I'm leaving.
So goodbye, farewell :)

late.


If i could start again.

I'd throw it all away.

To the shadows of regrets.

And you would have the best of me.




Thursday 23 January 2014

bola.

Disebabkan aku ni menyimpan minat pada bola.

Aku ciptakan satu cerita berkaitan bola.

Kahkah. *Kering idea sebenarnya.


Hati aku ibarat bola.

Sebelumnya bola itu hanya biasa, bulat dan statik.


Lalu datang seorang pemain berkasut menarik hati aku ke kancah permainannya.
Kadangkala ditendang laju, kemudian disepak perlahan menjadikan perjalanan hidup turun dan naik..

emmm menarik.

Sampai lewat petang, pemain berkasut meninggalkan hati aku ditengah padang.
Katanya belum sampai masa untuk dia bawa hati aku pulang kerana hati aku bukan miliknya.
Mungkinkah esok masih hati aku yang dipilih sebagai bola ? atau dia akan beralih pada bola yang lain?

atau pemain lain yang akan mengganti.
dan bukannya dia.

Sementara menanti esok.
tinggallah bola di padang lumpur.
bersendirian.
kembali menjadi bulat dan statik.

*ya.
merepek sangat ni = =''

Wednesday 22 January 2014

minah parah.


akhir kalam.

'' selamat malam cinta hati ''

HAHA.

-A-

aku penipu.


tak aman rasanya nak beradu.

kalau aku akhiri celoteh.

dengan kisah kisah duka lara.

macam nak mintak penampar pon ada.


akhirnya.

aku coretkan kisah dongeng.

kononnya bahgia gila !

peduli apa.

ini hati aku.

bukan kau rasa.

asalkan aku bahgia.



suka sampai gila !


bahagianya malam ni.

aku ada kau.

dan.

kau punya aku.

yeayy !


sukanya tak terkata.


HAHA. aku gila.


p/s : kome kena temberang. kahkah




takot.

Taip ;

'' awak ''


Padam.


Taip semula ;

'' hai buat apa ? ''


Padam juga.


Taip lagi ;

'' gudnite. Bye. ''


Hantar.



takot nak mulakan perbualan.
bukan apa.
takot tak berbalas.

takot.

kbai.

tiada kompromi.


tiada belah bahagi tiada penyesalan.

apatah lagi nak tarik balik kenyataan.

'' perempuan memang makhluk yang melecehkan ''

nangis.

merajuk.

baran.

emosi.

puihhh.

mungkin :)


6 tahun dari sekarang.

mungkin syifa dah duduk pejabat sendiri.

mungkin qila dah kawin tunggu nak lahir anak.

mungkin nina sibuk kerja gaji beribu ribu.

mungkin syasya ada anak perempuan bermata biru.

mungkin yam dah kawin dengan pak arab. 

mungkin liana jadi peguam yang terkenal.

mungkin azlinda jadi doktor pakar kat india.

mungkin peny dah beranak dua.

mungkin aween dah bukak butik pengantin.

mungkin haikal dah beristeri dua. kahkah

mungkin aiman dah ada anak kembar.

mungkin ainul tengah prepare nak kawin.

mungkin anwar jadi jejaka idaman gegadis malaya.

mungkin fuad ada banyak mak ikan. emm. 

mungkin khairi dah bukak gym.

mungkin azri jadi jurulatih the boss gaurus. kahkah hancusss.

mungkin din wakil malaysia dalam lompat tinggi.

mungkin syauqi move on dari arsenal. 

mungkin mirul dah jadi bapak orang.

mungkin acap bukak saloon. erkkk!

dan

mungkin aku dalam wad bersalin. kahkahkah.

mungkin.

mungkin.

mungkin.



*p/s : mungkin ni penangan bosan lonely dalam rumah.

cermin.


Kau hodohkan dia yang cantik.

Kau bodohkan dia yang perasan cantik.


susah.
paranoid susah.
terlebih konfiden pon susah.

indah.


Hidup sudah cukup indah tanpa kesempurnaan.

Walau kau hanya punya kereta buruk.

Tak punya penyaman udara.

Asalkan di tempat duduk penumpang masih ada si dia.

Yang sentiasa menemani dengan wajah ceria.

Sambil  menyanyi lagu mengikut bunyi radio yang putus putus.


 indah.

Sunday 19 January 2014

aku tahu.


Walau sebanyak mana aku menulis.

Kau tak kan pernah tahu.

Rasa aku.

Sakit aku.

Luka aku.

Kecewa aku.

Harapan aku.


Sebab hanya satu.

Kau tak pernah anggap aku wujud.

Aku tahu.


diam ahhh.


Dalam banyak banyak rahsia.

Kau rahsia yang paling aku suka.

Jangan biar mereka tahu.

Yang engkau aku mahu.


kejap je ni


rindu setiap saat---
hanya kau dan aku.

rindu setiap rahsia---
antara kau dan aku.

angin.


Tolong sampaikan kepadanya.

Yang aku selalu merindu.

Walau aku dan dia.

Sudah lama menyepi.



Tolong ya.

percaya.


Terima kasih atas segalanya.
Kini aku percaya.
Semua hanya pura-pura.

Kita.

Wednesday 15 January 2014

nasib rabun.


Cinta itu buta sayang.

Tapi nasib baik.

Aku hanya rabun.

Aku masih nampak kau.

Tapi hanya kau.


Selamat malam.
Zara.

Monday 13 January 2014

jari menari.


Mungkin kata lidah.

Tak mampu kau olah.

Biar jari menari.

Agar kau fahami.

Biar kau mengerti.

Rasa itu aku lalui.

gedebuk!


Semakin lama memandang.
Semakin aku tertanya.
Mengapa kau seorang ?

Semakin aku mengenali.
Semakin aku mengerti.
Seperti mana kau ini.

Bertambah lama.
Bertambah soalannya.
Mengapa kau begitu.
Mengapa kau begini.

Apa sukamu.
Apa bencimu.
Semua tentangmu.
Aku tahu.


Eheh.
Jatuh cinta sudah.
entah untuk yang keberapa kali.
bunyinya masih gedebuk!


HAHA.

-masih A-


tulis.


Ya sayang.

Aku menulis tentangmu.

Kerana aku mahu kau tahu.

Hanya kau yang aku mahu.


dia cinderella.


Dia bukan perampas.
Dia hanya ingin bahagia.
Adakah dia merampas.
Andai kau pun meinginkannya.

Dia hanya ingin bahagia.
Walau dicaci maki aku.
Kau beri dia rasa bahagia.
Sama rasa ketika kau bersama aku dulu.

Dia tukang percaya.
Cerita cinta.
Seperti cinderella.
Dan semua yang bahagia hingga ke akhirnya.

Jadi dia ingin bahagia seperti mereka.
Biarlah dia bahagia.
Dengan kau.
Yang aku cinta.

Dia bukan perampas.
Hanya seorang perempuan yang ingin bahagia.
Walau rasa lemas dan rimas.
Dia ingin bahagia.

Seperti cinderella.


baik kan aku.
HAHA. kbai.




keruan.

yang aku tak suka.

kenangan menyinggah tak kenal masa.

apa kau tak pernah rasa ?

pelik.


lihat lah aku.

aku masih harapkan kau.

sedangkan kita.

sudah lama menyepi.


ingin saja aku.

memutar kembali waktu.

di saat kau selalu gembirakan aku.


boleh tak kalau aku nak mintak kau kembali ?

somebody boleh tolong sampaikan pesan ni pada dia ?

arhh aku tak keruan.


aku masih A.

Friday 10 January 2014

khayalan.


Kerana aku masih mengharap.

Semua kisah cinta kita.

Berakhir dengan bahagia.


Realitinya.

Itu hanya mainan minda.

Aku.

hati.


Aku selak satu per satu.
Aku hadam setiap aksara jiwa.
Aku cuba fahami ia.
Yang selama ini aku biar sahaja.
Jiwa yang bagaikan terkontang kanting.
Oleh perasaan yang tiada rasa.

Kini baru aku sedar.
Bahawa, tiada cinta manusia yang bahagia.
Jika diri sentiasa disepit dalam derita.

Hati.

Wednesday 8 January 2014

dahsyat bak hang.


HAHAH.

Aku rasa lawak.

Aku hilang idea nak menulis.

Bila kau bukan watak utama.

Apa aku nak cerita ?

Boleh gila.

Menunggu idea yang tak kunjung tiba.

Heh kau.

Mantera apa yang kau pakai ?

Sampai aku terpukau.

Dasyat bak hang.

last one.


Aku tak pasti.
Tapi kalau aku tak rindu.
Mana mungkin aku boleh tulis entry ni.
Sekali lagi.
Sekali lagi ini untuk hang.
Janji ini yang terakhir.

Aku rindu...

-A-

Tuesday 7 January 2014

krohh krohh krohh.


hampir sejam aku tenung skrin lappy ni.

putih. kosong.

jari-jari dah kebas ketuk keyboard.

ilham sayang tak hadir.

mungkin membawa diri.

kawen lari ikot hati aku kot.

mungkin laa.

Eheh.

sudah laa.

layan mimpi lagi berpekdah.

motif. masa.


masa terlalu cepat membawa pergi waktu kita.
manusia itu tidak mampu lari dari memori masa lalu.
mengait ruang waktu.
memutar kotar memori bersama.
kenangan yang tak mampu dinoktahkan.
dan apabila ruang sepi itu datang.
manusia seperti dihantui.


mati akal.


Home alone.

Kena tinggal sorang-sorang buat aku mati kutu.
Mana yang lain?
Berjimba tak ingat aku.

Terlentang atas katil.
Macam dugong tak bernyawa.
erkk.

Pandang syiling.
Kipas ligat berpusing.
Pening dibuatnya.

Ilham.
saat aku nak tulis indah indah ni kau menghilang pulak.
Lenyap.

Aku seru kau.
Datanglahhhh.

ouch.


" Everybody falls, everybody hurts "


macam sakit.

kau jangan ingat.


Kalau hari ini kau nampak aku hodoh
Tak cantik pinggang tak ramping.
Kau jangan ingat hari esok aku masih sama.
Kalau hari ini kau nampak aku bodoh
Bangang lembap meleleh.
Kau jangan ingat esok aku masih lagi sama.
Mungkin aku berubah.
Kalau hari ini kau nampak aku jatuh
Lemah menangis kerana cinta celaka.
Mungkin esok aku bangun.
Jumpalah kau dengan aku yang baru.
Bukan lagi untuk aku mengharapkan kau.
Aku mampu untuk bangun sendiri.


Dan mana mungkin aku toleh untuk benda yang dah lepas.
Sakit dah hilang.
Penyebab sakit aku masih ingat.

ini bukan dendam.


Kau bisa aku matikan.

Bisa juga aku lumatkan.



Manis aku jangan selalu percaya.

Aku kan manusia.



Hati-hati.
Aku bukan perempuan baik.

mana nak cari.


Mana kau nak cari manusia yang hadirnya terlalu sempurna.
Hah mana ?

Jika jumpa.
Itu bukan sempurna.
Itu cuma yang kau cuba bentukkan.
Dan mungkin berjaya.
Berjaya menguasai.

Kau tak kan dapat. Tak akan !

pelik.


Kata mereka aku ni si pelik.
Kata mereka aku ni taksub.
Yang mampu duduk sendiri sambil bertemankan puisi puisi sampah.

Mereka bilang aku pelik kerna taksubkan kau.

Pendapat kau?

ohh kau pon sama dengan mereka.

Malangnya kau kerna sependapat dengan mereka.
Sedangkan aku begini kerna kau.

Tak mengapa.

Biar aku pergi.
Bawa hati pelik ni jauh jauh.

Mungkin tiada lagi kau selepas ni.
Dalam setiap cerita aku.

Biar aku mencari mangsa seterusnya.
Untuk aku tunjukkan hati pelik ni.

Jangan panik.
Aku memang pelik.

Monday 6 January 2014

ingat ni !


Andai hari ini.
Tiap bait manis dia.
Bisa mencangkul lereng senyum.
Pasti.
Nanti.
Lereng senyum bisa bertukar menjadi tadahan air mata.

Heh rileks.
Aku bukan nak menakutkan.
Cuma aku pernah rasa.
Dan rasa itu.
Cukup buat kau fobia.
Koma.
Lumpuh.

Ingat ni !

kekasih hati.


Aku punya kekasih hati.
Yang hadirnya cuma di alam mimpi.
Pada tiap kali jelmanya itu.
Aku pasti akan menangisi.

Dia itu pernah wujud - hadir di alam nyata.
Dia itu ada.
Tapi cuma seketika.

Dia dah pergi.
Pada insan pilihan hati.

Menyepi.

aku rindu.


Sunday 5 January 2014

tajamnya aksara.


Usia muda bukan penghalang.
Mungkin masih banyak untuk dipelajari.
Usia tua tak bererti bijaksana.
Kalau seumur hidup tiada mempelajari.

Aku mungkin tidak punya apa apa.
Tapi yang aku punya.
Kau takkan mampu teka.
Yang aku punya datangnya dari aksara.

Aku punya aksara.
Yang akan aku ubah jadi senjata.
Kau takkan dapat duga.
Tajamnya sebuah kata.

Jangan pernah kau pandang rendah.
Mereka yang bersenjata aksara.
Kerana seperti luka di hati.
Ia takkan terlihat.

Hanya dapat dirasa bisanya.
Tanpa luka yang nyata.
Hanya sebuah rasa.

Rasa ?

senyum :)


aku rindu senyuman kau.

wink wink wink.

hahaha.

Saturday 4 January 2014

serabut.


cukuplah hari ini.

penat aku menulis.

penat aku berfikir.

tentang kau.

cerita kau.

hari hari pasal kau.

baru terdetik dalam hati.

sekian lama aku macam ni.

baru terasa penat.

dan aku

serabut.

-zara-

berbelit.


Semua mata memandang.
Tapi tak semua sanggup beri hati.
Semua mulut berkata.
Tapi tak semua cuba memahami.

mereka tak tahu.
antara kau dan aku.
apa yang berlaku.
mereka hanya tahu berkata.
tanpa merasa.
segala luka yang dirasa kita.
semua pun begitu.
tidakkah mereka tahu.
rasa yang aku punya untukmu.
semua pun tahu.
rasa hati aku.
takkan berdebu.

jangan kau pernah begitu.
jangan kau buat keputusan itu.
jangan pernah kau pergi.
jangan tinggalkan aku sendiri.
jangan. jangan. jangan.

walau aku merayu.
untuk kau tinggalkan aku.

bunga.


penangan duka kau bagi.

perghhhh.

macam kena kopi cap kapal api.

pekat.

kelat.



menyampah aku.

pada hati sendiri.

senangnya lemah.

mudahnya kalah.



'bunga' tu.

rileks je tukar.

hari ni dengan 'kumbang lain'.

esok jumpa 'kumbang' lain.



aku ?

bunga tu ?

berbeza sayang.

speachless.


gambar dekat insta tu.

wahhhhh aku kecewa!


aku tak tahu macam mana nak redakan rasa hati ni.

kau sengaja ke ?

pergilahhh.

lenyaplah kau dari hidup aku.

tolonglah pergi.

kasihani lah aku.

tolonglahh pergi.

aku merayu.

pesan aku.



Kalau tak pandai menipu.
Jangan cuba merapu.

Kalau tak pandai berahsia.
Jangan cuba bercerita.

dan

Kalau tak pandai nak setia.
Jangan cuba bercinta.

Bukan apa.

Sakit tu boleh buat kau mencarut.

dan

Sia sia pahala kau kena jerut.



hakikat kau kena telan.
walau pahitnya boleh buat kau tertekan.

sekian.

silence speaks when words can't.


Pernahkah kau bertanya ---
Kenapa aku diam bila aku tak suka.
Padahal kau sering saja meronta pada aku.
Kau desak aku melepaskan duka.

Kalaulah kau boleh baca apa yang ada 
di sini .. dasar hati ---
Aku lebih tenang dan pasif.
letak jauh jauh dendam.

Kerana kesakitan itu dari kamu.
Kerana kepedihan itu untuk aku.


kiranya.


Apa yang ada dalam minda aku ---
sebelum kamu ada ?

Kosong.

Apa yang mengisi malam malam resah ---
Sebelum terfikir kamu ?

Kosong.

Yang aku mahu --- kamu.
Senyum kamu.
Tawa kamu.
Manis kamu.

Dan aku tidak tahu.
Apa bakal jadi pada aku.
Kiranya kamu pergi.

Friday 3 January 2014

anonymous ;*


biarpon rahsia.

tapi

terima kasih.

mungkin yang komen komen tu

aku kenal dan 

mungkin jugak tak. Eheh



aku sebenarnya terharu.

sumpah tak tipu.

aku terkejut bila baca dekat chat box tu :)



teringin sangat nak tahu. 

siapa yang komen dekat chat box tu.

siapa yang komen dekat setiap entry yang aku tulis.

teringin sangat nak tahu siapa korang. haha.



 entry ni khas untuk anonymous macam korang.

nahhh flying kiss paling manis aku bagi :* 

HAHA.

ya zara over terharu. 
gila.


Thursday 2 January 2014

jangan macam macam.


Dulu aku nak kau jual mahal.

Sebab itulah.

Sebab inilah.

Macam macam alasan.

Macam macam perangai.

Macam macam la kau.


kalau boleh.


Aku pegang pisau.

Aku jumpa kau.

Aku robek dada kau.

Aku cari hati kau.

Aku ambil hati kau.

Aku campak hati kau dalam mesin basuh.

Aku tuang setengah botol detergen.

Tak lupa jugak sebotol besar pewangi.

Aku cuci.

Aku bilas.

Aku keringkan.

Esok aku buat lagi.

Aku cuci.

Aku bilas.

Aku keringkan.

Cukup 7 hari 7 malam.

Aku pulangkan pada kau.

Aku sempat pesan pada kau.

' Jaga elok elok, jangan biar dia kotor dengan sifat dengki kau. '

peram.pendam.karam.


Bukan aku ingin membezakan kasih sayang dan belaian manja.
Bukan juga aku tidak setia.
Ini cuma luahan hati dan pandangan mata.
Penantian yang aku tahu tiada penghujungnya.

Sebelum aku mengenalinya.
Aku sudah mengenalimu.
Sebelum aku sayang padanya.
Hanya kau yang aku tunggu.

Malam ini aku mengalami dispresi.
Dan aku amat memerlukan solusi.
Aku tahu kau tak perlukan semua ni.
Tapi inilah yang dinamakan luahan hati.

Apa yang aku pendam.
Semua aku tulis disini.
Tiada yang terpadam.
Walaupun sekelumit.

itu. ini.


Hidup ini umpama lorong.
Hanya perlu memilih.
Samada lorong gelap.
Atau terang.
Samada lorong yang lurus.
Atau bengkok.

Hati ini umpama kertas.
Mudah lembik.
Pabila basah.
Pabila ditiup angin.
Mudah melayang tak tentu arah.
Mudah koyak.
Habis rabak.

Cinta ini umpama dadah.
Tetap akan ketagih.
Walau akan merosakkan.
Kenikmatan tetap dirasai.
walaupun perit dikemudian hari.

Wednesday 1 January 2014

obsesi. dipresi.


Aku tak perlukan arak.
Untuk melupakan masalah semalam.

Aku tak perlukan balutan ganja.
Untuk melayang layang di awan biru.

Aku tak perlukan wap syabu.
Untuk kembangkan otakku.

Aku tak perlukan ecstacy.
Untuk ligat berjoget berdansa.

Yang aku ada.
Hanya diri aku.

Untuk terus hidup.
Tanpa pura pura.

kalah?



dia bilang aku dan dia hanya dan hanya  kawan.

tapi cara dia melayan , betul betul buat aku tertawan.

sangat menawan.



dia bilang lagi yang dia akan dan akan sentiasa ada di sisi.

tak akan menyepi.

aku percaya.

dan bila dia panggil sayang.

sumpah.

aku melayang.


        pause , 


dia hilang.

entah kemana.

ada yang bilang.

dia sedang bahagia dengan cinta.

aku melayang.



maka.

tinggallah aku seorang.

menangis kala malam.



cuba bangun dalam kelam.

dan pada tiap cubaan itu aku kalah.


apa ini kekalahan ?