SEMANIS SECAWAN KOPI YANG DICAMPUR 10 SUDU GULA :D

Tuesday 31 December 2013

kononnya.


kononnya aku perempuan besi
namun aku alpa aku perempuan biasa
kononnya aku tak mudah didekati
sedangkan aku sudah jatuh cinta

kononnya aku tak percaya
kerana dia sang arjuna kasanova
hakikatnya hati gembira
kepalangnya tak terkata

kononnya aku tiada rasa
namun aku masih perempuan biasa
yang punya hati mudah disakiti
yang punya mata mudah menangisi

kononnya aku kaku
padahal aku sudah lembut hati
kerana ego yang punya aku
sebenarnya aku jatuh hati

biasa saja.


Aku perempuan biasa biasa sahaja

Berdrama ?! Lumrah dunia

Belum layak dipanggil primadona

Setakat suka suka

Bersama teman bersuka ria.



Aku perempuan biasa

Cantik tidak apatah lagi lawa

Aku tidak pandai bercengkerama 

Hanya pasti aku setia.


Tapi aku tetap perempuan biasa, hanya untukmu aku istimewa.

kisah.




Ramai yang menuding
Ramai yang mencela
Tanpa alasan yang munasabah
Tanpa mengetahui

Segala yang telah berlaku
Segala salahku padamu
Segala penafianku
Segala yang menyakitimu

Memang aku terluka
Memang aku merana
Tak bermakna aku hanya mangsa
Kerana sejujurnya aku juga punca segalanya

Kau mencari bahagiamu
Tatkala kau merasa bukan aku
Dengan kebenaran yang aku sembunyikan
Bahawasanya hanya kau yang aku inginkan

Monday 30 December 2013

entah.


Entah apa rasa dalam dada

dup dap dup dap.

bila muncul dikepala satu nama



Entah apa dalam hati

bila memori diingati



Entah apa yang aku mahu

aku tersipu malu.



Entah siapa kau

dan buat aku terpukau



dan ya.

aku tersenyum bahagia

aku suka.

siapa kita.

dimana jatuhnya aku ; aku bahagia.

tanda tanya



aku masih tertanya
tentang siapa dia
kenapa dia
ada apa dengan dia

masih juga tertanya
siapa aku
kenapa aku
ada apa dengan aku

aku masih belum puas
dengan soalnya akal
aku masih belum puas
dengan apa yang kau persembahkan

entah kenapa
mungkin cinta
buat aku terasa
dan ingin waspada

ewahhh.

Sunday 29 December 2013

here's my heart.


nothing last forever

so live it up

drink it down

laugh it off

avoid the bullshit

take chances

and never have regrets

because at one point

everything you did

was exactly

what you wanted.





soul mate ?!

i think they exist

just not always romantically.

i think there are certain people you will meet in your life who you just connect with more than anyone else and you just know it isn't a typical one and you understand each other perfectly.. And this person wont always be your 'significant other '.. i mean it could be your friend or siblings or parents or teacher or the person you're dating or whoever.. It could be just about anyone you've interested with..



i usually don't get attached too easily

but that changed when i met you. 


you are something to me in every way.

thank you for being who you are.


Kbye.

final exam ohoi.

salam sayang :)


aku tengah sibuk ni.

sibuk ulang kaji

ai maklumlahhh

esok final woi.


tapi peduli apa

belog tercinta tetap aku singgah

sekejap pon jadilahh

lepas rindu

hiksss.

kau tahu ?

mestilahh tak tahu

sebab aku tak bagitahu

huahuahua

entah apa aku merepek ni = =''

ni mesti padah main dengan anak tikus tadi.

Eheh


sorry

ayat-ayat atas ni kena hack dek virus kepala hotak yang dah senget.

sebenaqnya ceq nak mintak maap kat hangpa semua 

nak final kena la buat baik 

huihuihui

Kbye.

*current mood. elehh

Wednesday 18 December 2013

pasti.


aku menulis ikut sesedap hati

kadang-kadang apa yang ditulis tak sama dengan apa yang dilalui.

tak semua kisah yang aku coretkan

berdasarkan rasa hati yang sebenar.

kadang-kadang aku masuk dunia lain

hanya untuk rasa hati yang berbeza-beza.



beruntung ?!

kadang-kadang ada jugak rasa macam tu.

tapi kadang-kadang tak jugak.

aku berangan.

aku bermimpi.

aku berharap.

dan tanpa sedar memakan diri.

terjerat diri sendiri.

akal mati.

semua mati.

tapi yang pasti

hidup tak semudah yang dimimpi.



yaa itu aku pasti.




hard feeling.


aku pergi kau kembali.

tak pe.

pulanglahh.

aku bukan seperti kau.

aku sedia menerima.

walau dulu aku terluka.

tapi aku yang kini bukan seperti aku yang dulu.

kau tak kan jumpa aku yang lama.

walau kau mencari sejauh mana.

Tuesday 17 December 2013

mirror.


Aku tengok 'dia'

Diam.

Tak tahu nak respons apa.

Aku belai rambut.

Keluhan berat.

Dalam masa yang sama, dahi berkerut seribu.

Mata dah tak sanggup nak pandang 'dia' lagi.

Kepala ditundukkan.

Sibuk fikir macam-macam.

Fikir menu makan malam ni.

Perut berkeroncong ala-ala lagu justin timberlake. hamek kau.

Tapi bila ingat tengah on diet,  lupa jelah menu tu.

Aku pandang 'dia' balik.

Rasa nak tumbuk je.

Geram !

Bengang betol.

Aku pusing belakang.

Menuju tempat aku selalu lepak malam-malam.

Yeap, katil.

Cari selimut.

Aku tutup 'justin timberlake' dengan selimut.

Hebat tak cermin aku ada nama.

Justin Timberlake pulak tu. Eishh ! Hensem.

Aku baring atas katil.

Empuk.

Bukan empuk sangat pon.

Tapi badan dah penat. Tidur atas jalan tar pon boleh lena.

Gaya macam buruh kasar kerja siang malam je aku ni = =''

Aku pandang siling.

Kosong.

Kononnya nak feel tidur dekat padang pandang langit malam-malam

Kononnya nak dekat dengan Allah bila tidur.

Banyaknya konon.

Automatik tangan kanan tampor pipi kanan.

Perit.

Tapi tak cukup nak sedarkan diri.

Tangan kiri ada niat nak tampor pipi kiri tapi terbantut niat,

Bila fikir balik

Aku ni bertampar-tampar ni dah apasal ?

Aku tersenyum.

Sebijik macam orang gila.

Apa taknya, dari tadi cakap sorang-sorang.

Nasib baik roomate tak nampak. Kang sedih pulak kawan dia dah 'weng-weng' muda-muda.

Aku bangun dari katil. Kaki menuju ke arah 'Justin Timberlake' tercinta.

Aku pandang 'dia'

Yeap, 'dia' tu aku.

Selama ni aku pandang diri sendiri.

Diri yang tak sempurna. Penuh dengan ragam.

Aku senyum.

'Dia' sekarang ni kena berubah.

Kena mula jaga mak ayah.

kena mula tunjuk teladan yang baik kat adik-adik.

Kena jaga 'hati' Allah juga :)

Dan tak lupa juga kena mula hidup baru.

isk. Aku hanya mampu tersenyum malu depan 'Justin Timberlake'

Aku bagi flying kiss paling menyampah kat 'dia'

Kaki menuju ke pintu, ambil towel.

Niat aku nak pergi mandi.

Eheh.

Aku menuju ke tandas dengan mulut berdondang sayang lagu 'MIRROR'

Senang hati nampak.

Muka tersenyum sampai depan pintu tandas.

Tapi senyuman aku mati lepas nampak lipas main-main dengan anak dia tepi singki .

Erk !

zara.         













Tuesday 10 December 2013

zara.

salam sayang.

haihh rasa bahagia plak taip 'sayang' ni.

wakaka.

even kita tak rapat macam dulu

tapi aku happy bila kita masih berkawan.

aku happy bila kita masih boleh bersembang.

biar pon tak semesra dulu.

aku tetap hargai.

aku nak berhentikan masa ni.

biar rasa bahagia yang dah lama hilang ni kekal lama.

dan kalau boleh selamanya.

gudnite 
aiman. 

Monday 2 December 2013

get well soon.

assalamualaikum.

sedang fikiran 
tengah kusut dengan assignment
tetiba aku teringat kau.

maaf.

aku tau.
dah lama aku menghilang.
lama sudah tak bertukar cerita dengan kau.

janggal rasanya.
padahal dulu kemain rapat.

tak tahu kenapa.
mungkin hanya aku yang rasa macam tu.
tapi tak pe lah.

mungkin aku bukan kawan yang baik :)

ye tahu.

zara ni bukanlah kawan yang baik.
jarang bersama saat kawan-kawan dia memerlukan dia disisi.
mudah melupakan kawan lama lepas jumpa kawan yang baru.
padahal kawan dia yang lama lah yang selalu bersama saat susah dan senang dulu.

maaf.

aku bukan tinggalkan kau.
aku bukan melupakan kau
malah
jauh sekali untuk aku buang kau.

aku cuma tak tahu.
tak tahu untuk jadi mesra
lepas sekian lama tak berjumpa
lepas sekian lama berpisah.

aku rindu saat dulu.

sungguh rindu.

aku dengar kau jatuh sakit.
seminggu demam tapi tak kebah-kebah.

sungguh aku terkejut 
bila tengok gambar kau dekat wad tu.
sungguh tak bermaya.

tapi aku tahu.
aku kenal kau.

kau bukan selemah tu.
kau kuat.
hati kau kental.

aku pon kalah. hihi.

aku tak nak bagitahu aku buat entry ni untuk kau
tapi aku harap kau prasan satu hari nanti.
ikhlas ni.
hikss.

to aqilah syahiena,

get well soon bebeh. aku rindu kau. aku sayang kau.

sungguh tak tipu aku rindu. *lap air mata.

 do take care of yourself.

sorry bebanyak :')