SEMANIS SECAWAN KOPI YANG DICAMPUR 10 SUDU GULA :D

Monday 31 December 2012

you made me CRY, made me LAUGH, but its time to MOVE ON...

salam syg :)

hari ni hari terakhir bagi tahun 2012..!!
sekejap je kan rasanya masa berlalu..

tahun 2012 mempunyai kisahnya yang tersendiri untuk hidup zara :)
ada yang manis untuk di kenang,, dan pahit untuk ditelan..
tapi alhamdulillah sebab semuanya berjaya di tempuh walaupon mungkin ada beberapa perkara yang gagal di sempurnakan dengan baik,, 

awal tahun 2012,, zara menghabiskan masa selama 3 bulan di kem plkn tegas mesra,selama, perak.
kenangan kat sana terlampau banyak..! banyak pengalaman baru yang zara dapat,, yang paling berharga bila dapat berkawan dengan diorang yang berlainan kaum dan agama..(:
first time dalam hidup zara dapat kawan yang berlainan kaum dan agama sebab sebelum ni sekolah sume satu kaum..zara akui pada mulanya susah untuk bercampur, tapi lama2 jadi serasi.. dorang sangat baik..! alhamdulillah sampai sekarang masih berhubung dgn beberapa kwn dari kem..ending yang cemerlang.. tahniah untuk diri sendiri (:

lepas tu,zara masuk kolej.. zara sekarang belajar kat kolej mara kuala nerang , kedah.. jadi orang utara tahun ni..!! haha..zara amik course foundation in science and technology engineering.! insyaalah nanti sambung buat degree tahun dpn bln 4 kat unikl..!! yeay..(:
kat kolej ni pon zara dapat banyak pengalaman.. first time zara blajar kat tempat yang ramai LELAKI..!!
bayangkan dalam kelas hanya ada 5 orng perempuan,dan selebihnya 15 orng lelaki..sedikit malu dan kekok untuk membiasakan diri..tapi tu mula2 je..sekarang ni da mesra sangat..malu pon da hilang,,! haha.. dorang ni tak de la terok sngt.. sume GENTLEMAN..~ huhuhu..
pengalaman berharga yang zara dapat bila dilantik jadi bendahari utk rumah sukan..keje ni bukan mudah.. mcm2 kene uruskan.kalau dulu ade bantuan cikgu,, tp kali ni sume student yang uruskan..pergh~ nasib baik berjaya! haha..pastu abis sem 1 dan skrng da msk sem2.. sibok dgn asgnment dan silibus yang sangat padat..wish me luck!

another valuable experience is to connect with someone with more closely (:
he is my best friend forever.. i will never forget my memories with him..
thank you for everything..!
here comes goodbye..!

sweet n sour memory (:


welcome 2013..!!!
harap2 tahun baru ni zara akan lebih bernasib baik..
tak bercadang pon nak pasang azam baru sebab masih banyak yang belum tercapai .

tata~!

i am getting older = =''

welcome to the world..!

i am ready..!



Friday 28 December 2012

singa laut = ='

salam syg :)

ade orng panggil cik zara singa laut sebab bila marah cik zara jadi garang..!
hahaha.. sangat kelakar..
orng yang panggil cik zara singa laut,, tak lain dan tak bukan kawan baik zara sendiri iaitu aiman..!! = ='
ya,, dia memang da lame hidop..
si buaya darat ni memang selalu cam ni..
  tapi tak kesah laa.. singa laut pon comel pe.. haha..

comel 3x!!!

alalala! baby sea lion !

woot-woott-woott!! haha
tak de pon yang muka garang.. zara try la jugak cari gmbr2 singa laut yg garang kat encik google,, tapi satu pon tak de.. sume buat muka comel je..hahaha..

si buaya darat..!

tak comel langsung.. = =''

ganas,, garang,, jahat,, menakotkan..!!

ade aku kesah..!! hahaha
see,,!! nmpak tak perbezaan diantara buaya n singa laut..
singa laut lagi comel,, baik hati,, sweet,,cun,, cantik,, sume la ade..hahaha
buaya de pe?
muka garang,, tak hensem,, suka kacau orng.. hahaha
puas~!

siapa yang tahu kan :)

salam syg :)

hi..zara nak share sesuatu yang mungkin seseorng sangat memerlukan di saat ni.. :)
tentang solat sunat istikharah :D

Solat Sunat Istikharah

Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya..yang penting solat ni bukan hanya dilakukan bila time nak cari jodoh je.. 
benda lain pon bole :)

Tata Cara Shalat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”


Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:


Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir

Ertinya:-

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”


Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

   
sekian saje drpd zara :)
xoxo

Monday 24 December 2012

berhabuk.. fuhh~

salam syg :)

da lama da zara tak share something kan ??
kesibukan sebagai seorng pelajar membataskan zara utk kerap bersama blog tersayang..hahaha
= ='' cam poyo je..

nak share benda pe eh ???
hmmm....
zara nak ckp pasal remaja la.. haha.. skema nye tajok cik zara oi..!!!

remaja..!!??
zara da nak masuk peringkat remaja purba da.. taon depan da masuk 19 tahun..!! owh da besar da ank en.toufik ni..= =' haih... 

masa remaja,, masa paling best!
banyak benda yang kita lalui time jadi remaja ni.. macam2 cabaran,, macam2 masalah yg datang.. tapi sebagai manusia memang tak bole lari dari masalah pon kan :)

soal cinta ??! tak nak bincang la.. tak best pon.. :P haha

soal kawan ??!! topik ni la best..!!
kawan baik..? mesti sume de kwn baik kan..zara pon ada ramai kwn baik..tp de sorng ni zara suke sgt kwn ngan dy.. zara tak de rahsia pon ngan dy ni.. tapi baru2 ni,, zara tak tau nape dy menjaohkan diri dari zara.. kalau zara mesej dy,, dy cm nak tak nak je balas.. tacink gile..!!

owkay lupekan pasal tu..~ phew.. 

owh de dua orng kawan zara ni yang senget sikit.. name dy farid n shukri ..
suka cari pasal ngan zara.. zara pon tak paham nape dorang jadi cam ni..maybe kene bwk gi hospital bahagia..check otak dulu baru owkay..hahahaha

farid ni otak blue..!!
shukri ni setia melayan perangai mereng farid ni.. tak paham cm mne dy boleh bertahan..hahaha
dorng GAY kot..hahah.. gurau je..peace no war ..~!!
 teroskan la merepek meroyan.. nty aku balik umah kite perang comment..!! 
tak sabar 3x *gaya lisa surihani dlm citer istanbul aku dtng..hehe

xoxo,
zara <3


Friday 14 December 2012

klas pj yg menyeronokkkan..~~

salam sayang :)

semalam time klas pj,, cikgu jal suruh buat group..disebabkan bdk pompuan ade 5 orng je,, so setiap group kene ade sorang pompuan..
zara pegi la masuk group adib, jackson ngan enot..cikgu jal suruh bincangkan tentnag sifat2 yang ada pada diri kanak2,, remaja,, orng dewasa n golongan tua...rancak la jugak berbincang,, bnyk point sebab benda senang je kan..hahaha

sepatotnye lepas bincang kene present, tapi cikgu wat lek je sembang ngan group kat blakang.. kitorng dalam group pon sembng2 la.. zara lukis gambar budak pompuan,, ade ke patot budak2 laki ni kutuk,,haha,, 
lukisan zara tu berharga la..akhirnya adib ckp kat enot, biarkan zara..asalkan dy bahagia..hahaha..

lepas tu bole plak timbul citer blog.. enot tnye zara,, pe yng bestnye jadi blogger,,?? zara cakap la jg blogger ni best sebab kita bole tulis ape yang kita nak..tak de sape nak marah n halang.. pastu enot tnye lagi,, kalau tulis kat blog mne de privacy,..zara balas la balik,, jangan la tulis benda2 peribadi,, blog ni bukan diari..kalakar betol la enot ni.. dy ckp lebih baik tulis dlm buku.. zara tak yakin kalau tulis dlm buku,, hari2 zara nak menulis.. malas la nak tulis..!! kan ? kan? kan?

disebabkan enot ni tak nak mengalah,, so timbul la plak topik ego.. sape yg lagi ego?? laki or pompuan ?
zara rase ego laki lagi tnggi..
tapi disebabkan dlm group ni zara sorng je pompuan,, mne nak menang kalau kene lwn ngan 3 orng laki..
= =' tak adil la dorang ni kan..

lepas citer pasal ego,, citer plak bab KOREA...hahaha..laki pon layan korea.. jumpa geng plak tu.. dorng pon layan running man..!! pergh~ tak tahan betol..haha
serai cakap zara lembab sebab tak paham pe yg dy ckp..padahal dy yg ckp berbelit..
hahahaha
pa pe pon,, zara sronok 'bergadoh' ngan dorng..hahaha

Wednesday 5 December 2012

keep searching HIM..

salam syg :)

today i close the door to the past..
open the door to the future..
take a deep breath..
step on through and..
start a new chapter in my life... (:

sometimes i keep my feelings to my self
because it's hard for someone to understand..!!

thank you so much..!!

i wish you are mine,, namia!! (:


xoxo, cik zara..(nak tiru mcm dalam citer istanbul aku dtng..hehe(:

Friday 30 November 2012

sorry :(

salam..

susahnye situasi zara sekarang.. zara da tersalah bagi harapan kat orng la..
nak buat dia paham pon tak tau..

zara sudi berkawan.. tp hanya kawan.. tak lebih dari tu..
sebabnya :
zara tunggu someone else,, yang zara sendiri pon tak pasti kesudahannya..

tp jgn risau,, sebab kita tetap jadi kawan :D

sorry again..!!

Wednesday 21 November 2012

curi masa kejap ..!!

salam sayang :)

cuti masa time prep semata-mata nak lawat blog yang dicintai..!!
sem 2 sangat sibuk dengan aktiviti, kelas dan mcm2 lagi...
penat dan mencabar,..
semoga zara dapat mengharungi sem 2 dengan jayanya..
pray for me :)
love u guys.. mmuuaahhh.,.!!

Friday 16 November 2012

lucky ??!!

salam sayang..

having a lovely time watching movies from aiman's hard disk.. (:
thanks for let me use your hard disk..
hahaha..~

syok sendiri maybe.. !! hahaha
i really meant that.. !!
mekaseh aiman ..!! (:

Friday 2 November 2012

bosan~

salam syg  :)

bosan sebab selalu jadi bosan ..!!
hurm,, bosan sangat petang ni.. tunggu orang tu nak on9, tapi tak muncul2 pon..janji pukul 3,, penat menunggu = =''
akhirnya blog ni jadi mangsa untuk aku hilangkan rasa bosan...

nak tau tak ??! esok zara kene balik kolej dahh..cuti sem da habis..dah sebulan lebih habiskan masa kat umah..tapi rasa tak nak balik lagi.. 

huargh,, tolong lah paham..
 saat ni zara harap sangat kalo doraemon muncul ..!!
putarkan balik masa = =''
HARAPAN je la kan ! !

huargh !! 
tak sempat nak pegi kenduri kat umah jiran.. setiap kali de kenduri kat kwsn umah ni mesti tak dapat join.. dulu sebab dok asrama, sekarang pon masih asrama lagi = =''
hahaha.. nasib Y___Y

kawin  ?!

Thursday 1 November 2012

dia mai dah~

salam syg :)

say goodbye to mr. october.. we'll miss you..haha~
banyak kenangan dalam bulan oktober ni..
ada yang suka, ada yang duka..
pape pon berjaya jugak aku harungi :)

see you again :)
bye.. sedih la plak ;)
please take care of your self :D
AND NOW...!!
say HI to mr. november.. he's coming ! !

full of hopes 
dengan harapan yang besar, zara harap bulan november akan memberi seribu kenangan manis yang mungkin zara takkan lupakan sampai bila-bila :)
bulan november kene duduk kat kolej dan harap-harap dapat mengharungi masalah tanpa mak dan ayah di sisi :)

please ! :)
insyaAllah,, everything will going fine :)
sekejap je masa berlalu kan.. da nak sampai akhir tahun da ni..
rase bru je abis SPM..haha~
jadi budak lepasan SPM tak de la terok yang disangkakan..
best la jugak sebab tak mcm dok kat asrama..haha

taon depan da 19 tahun.. awal nye ckp pasal umur ni kan.. cm tak sabar je nak jadi bdk 19 taon..
bukan special pon..haih = =''
sebenarnye nak ckp,, saya da semakin dewasa.. tapi perangai mcm budak-budak lagi...
tu yang paling special.. ee,, suka lahh..haha~

gambar ni tak de kene mengena pon.. saje nak letak..hahaha~

Wednesday 31 October 2012

chelsea mali !!

salam syg :)


chelsea ! !
go chelsea .!
malam ni de perlawanan antara manU dengan chelsea..!!
my lovely team of course la CHELSEA !!

chelsea akan balas dendam terhadap kekalahan yang lalu dgn manU,
chelsea bukan nye tak hebat.. dorng hebat la~
tengok game aritu,, walaupon pengadil tu berat sebelah and nampak sgt dibeli oleh manU, chelsea tetap menyerlah.. control game plak tu..pergh~
main dgn tak cukup player sebab 2 player kene kad merah, chelsea tetap berbisa..HAHA

game yang lepas,, manU vs Chelsea 3-2
tak de la jauh tertinggal.. tu pon sebab manU main tipu kan...

chokita please take note ya..!!
da la arsenal tak setanding chelsea,, so jgn la nak perlekehkan chelsea..haha..
mentang2 la chelsea lg hebat dr arsenal ko nak sokong manU plak.. hahaha...
kesian loser.. !!
mekaseh la jadi pemberi maklumat yang setia pasal bola..
aku tak kan penat bergadoh ngan ko pasal bola sebab memang selalu aku yang menang..HAHAHA~
ucapan khas utk orng2 loser,, selamat maju jaya :P

aiman pon sama.. tak penah nak sokong aku.. jadi fan arsenal pe yang bestnye.. ??!
da la loser.. chelsea sekarang ni ranking first.. !! pergh~
manU pon kalah..per cer ??!
hahaha~
berhijrah la ke club chelsea..
chelsea tak kan menghampakan setiap penyokong dia..
percaya la ckp aku..hahaha..

hensem giler !! damn,, aku jatuh krusi 0_o..

chelsea 2-arsenal 1

game ni chelsea vs pengadil ..!! penipuan yang jelas..haha~





seno'ol wehh~ haha,,

salam :)

seno'ol ni pe ?
seno'ol ni awek la..
cik zara de awek..hahaha
awek cik zara sangat la CUN sebab cik zara pon HENSEM..
hahaha~ meroyan pe la ko ni zara..
lee min ho nak pinang zara minggu depan :D



pergh~ kim hyun joong senyum kat zara ..!! damn !! jatoh krusi 0_o
see,, CUN kan.. zara kan da ckp..
pe jatoh hati ngan dorang ??!
sorry la beb.. da terlambat..
dorang tu zara yang punya..!!
hahaha~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
aku suka dia,
tapi aku tak tahu untuk
bilang kepadanya bila aku suka 
jatuh cinta kepadanya..

bulan tolong katakan,,
bintang bantu bisikkan,
kepada dirinya,
kalau aku mahu,
jadi kekasihnya.....


kredit to: the junas monkey _jadian
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

cat rumah ~

salam syg :)

hari yang indah kan :D
hari ni tolong mak cat rumah. bukan dalam rumah sebab dalam rumah dah cat sebelom raya aritu. cat yang lebih2 tu mak suruh cat kat blakang umah. walopon baru cat sikit,, penatnye tak payah cakap la.. terpikir sekejap mcm mne la buruh2 indon tu cat rumah kat tmn perumahan yang baru siap kan.. kalau cat bangunan shopping complex plak cm mne kan ??!! mahu pengsan satu hari..hahaha~

bilik ayah blom cat lagi.. nak siapkan arini tak mampu lahh..cat bhgian luar rumah pon da penat,, ni kan plak nak smbng cat dalam bilik.. kalau bilik tu kosong tak pe la,.. ni ada katil, almari , cermin , barang2 hiasan kat dinding tu sape nak cabutkan..haih semput~

so,, tunggu ayah je la tolong alihkan barang2 tu.. (:
anak2 dia yang pompuan ni mne larat nk angkat sume tu,,haha

owh lupe nak bagi tau,, bilik zara warne PINK..!! omg.. haha..
zara bukan taksub sgt ngan warne pink pon,, cume time mak n ayah cat bilik tu zara kat kolej. balik2 umah memang tgk bilik da warne pink.. btw,, cantik jugak warne pink ni.. DEEP PINK..!! haha~

tema warne umah mcm fairy tail !! nak tau kenapa zara ckp cm tu ??!
sebabnye kat ruang tamu ni, mak n ayah cat warne pink ngan purple..tgk la citer barbie,, bnyk warne purple n pink kan.. (:
sangat girly..!! btw zara suke..

nota kaki : ni da tak de idea nak tulis pe..hehe~ so, terkeluar la citer pasal warne umah..haih = ='

Tuesday 30 October 2012

aku yang sekarang :D


salam syg :)

kali ni rase malas nak tulis banyak2.. nak share gambar je la :D

hye aiman..

bila otak tak dapat nak pikir kan something sweet,
bila lidah terkelu nak ckp something yang comfort
dan bila hati teringin sgt nak bg tau tapi tak de word,
lagu je la yang boleh tolong bagi tau..haha~

almost for 6 months..!! hey, da setengah tahun la..

dengan aiman memang tak de rahsia pon..haha
sebab dia kawan baik zara :)

sentiasa ingat pinky promise~
biar pecah di perut jangan pecah di mulut.
kalau terbongkar,, abis reputasi budak baik ni..haha



jari menari tertulis ayat ni..hee~

salam syg :)

if you're alone , i"ll be your shadow.if you want to cry , i"ll be your shoulder . if you want a hug , i"ll be your pillow . if you need to be happy , i"ll be your smile . but anytime you need a friend , i"ll just be me :)

I love you , I love you, I love you
even if i say it a thousand times, it's not enough
i miss you, i miss you, i miss you
each moment that i miss you, i miss you more
i call you and call you and your face keeps floating up
if i hope and hope and hope, will you know how i feel someday ?





grab the chance ! !

ouch,, ! 

owh,, hensemnya.. :D


Thursday 25 October 2012

raya owh raya :D

salam syg :)

di kesempatan ini zara nak mohon maaf andai pernah terkasar bahasa dan menyakitkan hati kawan-kawan..
zara sedar zara hanyalah insan biasa yang banyak membuat kesilapan..hehe..terasa baik pulak xD
tapi raya aidiladha ni tak semeriah raya aidilfitri kan ??!! suasana raya pon tak de..mood nak raya apatah lg kan..hee~

pape pon sambut je la raya aidiladha dengan penuh kesyukuran.. bersederhana lahh dalam setiap perkara..
jangan membazir sebab membazir tu kan amalan syaitan..hehe~
nak ke jadi kawan syaitan ??!! mesti lahh tak nak kan..hahaha :D

comel kan lembuuu tu~ moo...

zara ngan aiman diboikot oleh celcom..!

salam syg :D
celcom yang pelik = =''
 kisahnye mcm ni....
tiga hari yang lepas,, zara tak dapat mesej pon dari aiman.. pelik sebab selalunya kalau zara mesej aiman,, dy mesti balas..
zara pon pelik nape aiman menghilangkan diri secara tibe2..
tak penah pon sebelom ni dy lupe nak mesej zara..haha..
zara da pikir bukan-bukan..zara ingatkan aiman tak nak kawan ngan zara dah..haha..sedih betol..

tiga hari tau zara pikir nape si aiman ni menghilang..!! lama tu..
malam semalam saje zara test hanta mesej kat aiman..
nak tau pe jadi ??!!
aiman balas mesej zara..pergh~
zara tanya la aiman npe menghilang?
then aiman cakap zara yang menghilangkan diri..aiman ckp dy ade mesej zara,, mesej2 zara pon dy balas..
tapi masalahnye,, zara tak dapat satu mesej pon dari aiman..!!!

tak ke pelik bin ajaib.. ??!!
tak kan la line celcom kat ipoh ni  tak owkay..tak penah jadi pon..
pelik sangat nape mesej2 aiman tak sampai kat zara..da la 3 hari..!
kalau sehari maybe boleh trime pakai alasan line tak clear kan..
ish3..
rasenya memang la celcom ni nak boikot zara ngan aiman ...hahaha..
kalau mesej zara sampai kat aiman,, nape mesej aiman tak sampai kat zara ??!
aiman ckp 3 hari dy mesej zara,, tapi zara tak reply pon.. cm mne nak reply kalau mesej tu pon zara tak dapat..

p/s to aiman asyrani : kite same2 cuak..haha~

celcom punye pasal~ hahaha



Tuesday 23 October 2012

hey u ..!!

salam xD

ececeh..hahaha~

nak ckp sikit je..
seronok mengGILA,, MEREPEK dgn anda..hahaha

kredit to : shah luqmann :)

just sharing :)

salam syg :D
kukuhnye :D
Dalam membina jambatan cinta, memberi dan menerima itu perlu ada dalam mewujudkan keikhlasan dalam perhubungan yang berpanjangan.

Sebagaimana kukuhnya jambatan itu, begitulah dlm soal perhubungan. Kita mahukan ianya kekal utuh hingga ke akhir hayat. Tapi pengorbanan apa yang telah kita buat hari ini?

aku hanya insan biasa (:
di sebalik kata-kata semangat yang aku berikan kepada seseorang, itu juga sebenarnya adalah sebagai kekuatan dan ingatan untuk diriku sendiri.. 
p/s : sy syg anda :D

Monday 22 October 2012

redha yea :D

salam rindu :)


belajar REDHA dan BERSYUKUR .
moga Allah lapangkan hati kita ,
apa jua yang bakal diterima ,
adalah yang terbaik buat kita . :')
 
sentiasa terus berdoa supaya Dia nampak kesungguhan kita.
jangan ingat kita keseorangan setiap kali ditimpa masalah :)

dan jangan ingat Dia tak syg kita kalau tak makbulkan permintaan kita sebab Dia dah sediakan yang lebih baik dari apa yang kita nak..
kita ni hanya manusia biasa yang selalu membuat kesilapan.
tak de manusia yang sempurna.
jangan malu nak mengaku kesilapan sendiri.
setiap orang ada cerita hidup sendiri,,.
yang berbeza cuma jalan ceritanya...

tak kesah siapa pon kita,, jangan berputus asa :D

warna dan cinta :)

salam syg :)

Warna dan Cinta



Yang mencantikkan lukisan adalah WARNA
Yang menceriakan kehidupan adalah CINTA .

Dengan cinta, kita belajar pelbagai benda. Cinta tak selalunya indah.
Seperti warna juga, ada warna pudar dan ada warna yang terang, begitu juga dengan cinta.
Dengan cinta tak selamanya BAHAGIA, dan tak selamanya juga DERITA.

p/s : copy paste :D


Friday 19 October 2012

it's friday..!! yeay (:

salam syg :)
bole tengok abng-abng hensem pakai baju melayu..wee~ haha
 hari jumaat datang lagi..!! dalam banyak-banyak hari, hari jumaat paling best..
istimewa hari jumaat ialah solat jumaat :)
memang la orng pompuan tak pegi masjid, tapi cik zara nak tengok orng laki pakai baju melayu..wee~
hensem tau bile orng laki pakai baju melayu..haha..gatal da datang..!! :p

see~ hensem kan suami saya..hahaha
skandal saya,,hee~
ni abang saya.. nak ngorat jumpa adik dy ni dulu.hahaha :P
bestkan hari jumaat ni..!! hahaha..