SEMANIS SECAWAN KOPI YANG DICAMPUR 10 SUDU GULA :D

Saturday, 29 March 2014

pergilah.


sudah hilang aksara mau ku susun.

untuk ku canang tentang kamu.

tak daya berkata.

kerna kaulah puisi itu.

yang indah merdu.

buat aku bisu.

kalah.


perit tahu.
bila ada yang cuba,
sailang kesayangan kita.
aku perhati je dari jauh.
nanti senang aku pergi.
sakit sekejap.
luka yang lama.

leceh.


waktu kau tak kenal aku.

kau akan suka aku.

bila kau kenal segalanya

tentang aku.

derita aku.

luka aku.

nescaya kau akan pergi.

percayalah.

jamah kata.


aksaraku hanya untuk aku.

tidak kamu, tidak mereka.

jika ada hati yang terasa.

jalanan kita itu sama.

takdo gapo la.


janji tinggal janji.

dia pimpin tangan kau pergi.

sedangkan aku masih disini.

dengan hati yang mati kerna janji.

Wednesday, 26 March 2014

jahatnya dia.


kau dah lama menyepi.
Bila kau datang kembali.
Bukan nak senangkan hati.
Rupanya nak putuskan tali.

harap.


Berduyun khabar duka.

Khabar gembira tak kunjung tiba.

Moga esok ada berita.

Moga ceria hati yang luka.

cuba kau rasa.


Cuba tepuk tangan
Tanpa tangan kanan,

Cuba kau berlari
Tanpa kaki kiri,

Itu yang aku rasa.
Bila kau tiada.

Penantian itu panjang.
Jangan pendekkan dengan benang yang bergulung singkat.

Tuesday, 25 March 2014

kalau.

kalau aku tak sayang.

aku tak risau.

kau tak rasa.

apa lagi yang kau nak mengadu?
katakan saja.
luahkan semua.
setiap inci hal aku pada dia.
biar aku jadi.
insan asing di mata dia.
biar dia lebihkan kau dari aku.

aku tau kau baca.
aku nak kau faham.
dia segalanya bagi aku.
bila dia marahkan aku sebab kau.
aku tak rasa kau tau apa yang aku rasa.



salah.

bukan salah aku
kalau kau
tak reti bersastera.

puiii

puas ?

mengadu.
Mengadu.
mengadu.
Dan.
teruskan mengadu.

puas hati ?!

keje giler.


 Kau mintak aku lupakan kau ?

Bukan keje senang man.


Monday, 24 March 2014

yang dikata janji palsu.



Walau aku bilang aku dah tak peduli.

Walau aku mengaku aku dah tak sudi.

Walau aku kata aku dah cuci hati.
  
Tapi yang pasti aku masih lagi.

Mengharap harapan dulu masih menjadi.


Aku hanya seorang perempuan.

Yang penuh dengan angan-angan.

Yang banyak impian dan harapan.

Hanya impian untuk kebersamaan.


Saat ini aku bukan apa.

Cuma teringat segala harapan yang kau kata.

Semua janji yang kau ungkap.

Yang rupanya terlebih gula.

Sampai buat cinta aku terluka.

Tapi cuma satu yang aku jumpa.

sayang aku matanya celik tak buta.


kalau mati kutu.


Hanya satu pesan aku.

Kalau satu hari dia buat hati kau mati kutu.

Jangan malu cari aku.



kejar.


Terlalu ramai yang mengejar cinta.
Hingga lupa yang sedia ada.




magis kau.


Hari itu.
Kita ukir senyum sama-sama.
Kali pertama.
Senyum.
Dan kita mula berharap.
Sampai bila-bila.
Bila-bila.
Kekal mungkin.

Sangat magis sayang.
Terlalu magis.
Untuk diungkap satu persatu.
Ketawa kau.
Senyum kau.
Manja kau.
Pujuk kau.
Semua pasal kau.
Terlalu magis untuk percaya.

Entah untuk kali ke berapa.
Kau watak utama dalam setiap cerita aku.
Biarkan.
Biar sebati dalam fikiran aku.
Tentang kau sayang.
Semuanya tentang kau.

Friday, 21 March 2014

Friday, 7 March 2014

lagu jiwa.



ku lapangkan dada.

walau aku terluka.

semoga bahagia.

bersama dirinya.

kerna kau telah memilih dia.

aku mengamuk ni.



Pergilah cari kehidupan sendiri.

Banyak lagi kumbang yang menanti.

Mengapa gula gula hati 

aku jugak yang kau termimpi ?






Wednesday, 5 March 2014

bukan puisi.



bawa hati.
pergi lah jauh-jauh.
jangan lagi mengharap pada yang tak sudi.
dia bukan yang terbaik.
hanya ada disaat memerlukan kau.
pergi setelah temu cinta baru.
setelah hilang segala senyap sunyi dalam hati.
setelah mampu berlari sendiri.
dia hanya gunakan kau.
untuk membasuh luka lama.
dikhianati kekasih hati.
yang terlalu disayangi.
tak guna lagi kau menanti.
kau tak pernah wujud.
dalam senarai permaisuri hati.
percayalah.
aku pernah lalui.
tak rugi apa yang kau rasa.
aku lebih tahu untuk menghargai.
setelah apa yang dia bagi.
pengkhianat macam tu.
biarkan bebas menikmati.
dunia yang bukan ori.
datangnya bukan dari hati.
cantiknya tak dapat dinikmati.
setelah kau dia aku mati.

bodoh. sedarlah diri.

Tuesday, 4 March 2014

dalam diam.



dalam diam.

mula jatuh hati.

lagi dan lagi.

aku tinggalkan jejak hati.

supaya kau ketahui.

harap kau mengerti.

supaya kau mencari.

aku dalam diam.

Saturday, 1 March 2014

pengecut.



Kau jaja pasal aku.

Buat muka tak bersalah.

Kau tak pernah bagi peluang untuk aku jelaskan keadaan.

Pengecut.