SEMANIS SECAWAN KOPI YANG DICAMPUR 10 SUDU GULA :D

Friday 31 May 2013

suddenly ~

assalamualaikum.

suddenly i want to say that 
~ I LOVE YOU ~

hurt inside ! but still keep calm and relax.. enjoy the life :)

gudnite..
salam..
tata :)

Thursday 30 May 2013

doa buat hati yang terluka.

assalamualaikum.

zaman remaja ni tak lari daripada soal percintaan kan.. walaupon dulu time budak budak rasa bercinta ni tak penting tapi bila Dia dah tiup rasa sayang dan cinta dalam hati tiada apa yang dapat menghalang rasa tu daripada terus bersemi di dasar hati :)

Orang cakap bila dah jatuh cinta ni bersiap sedia untuk sakit sebab namanya pon dah 'JATUH' ..adatkah berjumpa dan bercinta dengan si dia yang salah sebelum betul betul berjumpa dengan si dia yang betul betul untuk kita ?!! entah laa.. tak de jawapan untuk soalan tu..

Tapi hakikat kehidupan bila ,,

Dalam hidup kita pasti akan suka dan jatuh cinta pada seseorang yang sebenarnya bukan ditakdirkan untuk kita..

Namun bila hati kita disakiti tak semestinya perlu bersedih.. jangan pernah putus harapan.. teruskan berdoa sebab perancangan Dia kita tak tau :)

doa cik zara :

" ya allah, bilamana aku kecewa masih mengingati sidia yang bukan milikku..maka bantulah aku untuk melupakan dirinya..andai ada kenangan diantara kami yang mengikat diri.. maka lupuskan lah ia dari ingatanku..Ya allah ,, biarlah aku jauh dari dirinya dan ikatlah diriku ini untuk terus setia dengan kasihMu.. hilangkan bayangannya dari mindaku ini,, Ya allah payungilah aku dengan rahmatMu.."
amiiin ya rabbal alamiin :)

saya takkan cari awak dah.. kalau ada jodoh jumpa lagi :)
#semoga dipermudahkan urusanku..

- pakar diari hati -


Wednesday 29 May 2013

sembang sembang :)

assalamualaikum


sahabat A : " aku dengar lelaki yang kau sangat cintai tu tak balas cinta kau "

sahabat B : " ya "

sahabat A : " tapi kenapa aku tengok kau tak sedih pon " *dari luaran memang la = ='' noob !!

sahabat B : " buat apa aku nak bersedih ?!! aku cuma kehilangan orang yang tidak cintakan    aku..tetapi dia kehilangan orang yang benar-benar mencintai dia " *ayat tak nak kalah je.. wahaha..



tak tau nak cakap apa dah !

assalamualaikum.

semakin aku cuba nak diam dan lari jauh jauh.. pasti ada sesuatu yang menghalang..tak boleh nak rasa tenang langsung.. ada je cerita yang membuatkan aku panas hati , cemburu semua tu T__T

bila nama ummi muncul lagi..
rasa nak baling bom je = ='' bukan laki tu yang sebut tapi 'mereka mereka' yang suka menyakat aku.. suka la tengok aku sedih meroyan tak tentu pasai kannn..


ketiga itu pemusnah


Lelaki tunggu si perempuan text..
Perempuan tunggu si lelaki text..
Dua dua tunjuk ego keras kepala..
Bila orang ketiga muncul..
Habis musnah semua kerana ?! EGO !!


rekaan cik zara :)

Tuesday 28 May 2013

wat lek wat peace !


Tapi.. Tapi... Tapi.... kenapa aku tak faham faham ?!! T___T
love story ?!! lets make it history..

bila cinta.. seribu tahun pon aku akan tunggu..
betol ke ?! 
kata hati memang macam tu.. tapi kata akal ?! tak logik laa = =''

nak cakap aku putus cinta ?! tak.. 
sebab aku tak bercinta dengan dia..ulang lagi skali.. Tak pernah bercinta dengan dia !!
cinta bertepuk sebelah tangan ?! syok sendiri ?! hmm mungkin..
TAPI.. dia tak penah ada rasa sayang ke ? dulu nape dia owkay..
tapi sekarang berubah.. pelik la..

terlalu berharap ?! hmm mungkin..
eh bukan mungkin.. tapi PASTI ! YA! aku terlalu berharap pada yang tak sudi..

aku memang tak paham dan takkan paham sebab aku memang tak nak paham !
aku memang degil keras kepala dan semuanya T____T


ya.. saya sedang belajar untuk jauhkan diri dari awak..
perit ?! mestilaa..tak tau nak cakap macam mana sebab hati ni cakap JANGAN lupakan!
bila mesej masuk wah happynye tak terkata..
tapi bila bukak mesej.. bukan dari awak..tapi dari celcom..
saya hanya mampu tersenyum tawar sekadar ingin memujuk hati :0
begini la hidup saya hari hari tanpa awak.

Monday 27 May 2013

ikhlas kah?! hmmm..

" Jangan terlalu mengingat perkara yang menyakitkan hati..Nanti aku bertambah sakit hati "
* Pesan pada diri sendiri :)

Tidak mengapa andai dilukai..sekurang kurangnya ia mengajar aku erti hidup..
Tidak mengapa andai tidak dihargai..sekurang kurangnya ia mengajar aku erti kasih sayang..
Tidak mengapa andai tidak memiliki..sekurang kurangnya ia menyedarkan aku masih ada perkara hebat yang menanti..


Sunday 26 May 2013

gudmorning :)

assalamualaikum.

pagi tadi terdengar lagu just give me a reasons.. bukan lagu pon sebenarnya.. rentak piano je..tak sengaja nak dengar lagu tu.. terbukak time tengok2 video kat phone adik T___T 

time dengar lagu tu terus dah tak boleh nak tido.. 
bangun terus on9 = ='' ..lagu tu berhantu la !! lagu tu buat aku teringat kat dia :( terus tak de mood pagi ni..

kenangan mesej :D *time ni kite dalam bas nak balik kolej..

him : ha, lupa nk gtaw, nty dgr lagu pink-just give me a reason 
(sent 11-feb-2013 6:11:06 pm)

me  : baru nak bgtaw = ='' lgu bru ke?

him : haha.tu r.trlupa.bru jgak la 
(sent 11-feb-2013 6:12:50)

me  : lgu tentang pe ni? 

him : nty awk dgr sndri.haha 
(sent 11-feb-2013 6:14:08)

*mesej2 awk sume sy simpan laa :)
rindunya !! wuuuu (~'0')~

Wednesday 22 May 2013

belum lagi :(

TAK READY LAGI NAK ON TWITTER !

*tulis macam update status kat fb/tuiter je... ntah pape = =''

eh ! ' ter ' ..


eh hai ! :D


gambar lama.. kat kampung kuala kangsar :)
tak clear.. arhh abaikan.. haha



terlupa nak cover ayu.. wahaha


Rock and roll you !


haha.. sumpah lawak.. sumpah dah giler  = =''

SETIAP GAMBAR ADA CERITA :D

assalamualaikum..








no need to story morry panjang panjang kannn :)

MAYBE :)



' THANKS ' AIMAN ;)

rasa sesuatu :D

assalamualaikum.

Carilah hikmah dalam setiap ketentuan Allah
Supaya timbul rasa kehambaan dan kesyukuran
Supaya dapat meningkatkan keimanan dan kesabaran
Setiap kesedihan pasti ada kegembiraan
Setiap kepayahan pasti ada kesenangan
Setiap kesabaran pasti ada ganjaran..
InsyaAllah :)


sweet kan gambar ni.. atototoo :) haha

m.a.a :D

Tuesday 21 May 2013

alkisah.

assalamualaikum.

tersebutlah sebuah kisah sedih , durja , duka , muram , merana dan seumpamanya terhadap diri yang kerdil , tak mampu , lemah dan sebagainya ini..mengapakah ?!! *ayat terlebih over. pangg satgi.. haha.. owkay back to normal..

hari ni zara bangun awal.. pendek kata lepas solat subuh tu tak tido dah macam biasa..sebabnye nak kene settle kan pasai borang degree ni.. ye cik zara da nak masuk degree.. yeay !! haha..
benda yang cik zara nak citer ni pasai masalah BANK !! haish.. selalu kalau nak buat urusan dengan bank mesti ada halangan.. senang cakap tak penah pon urusan kat bank tu selesai dalam satu hari.. mesti berkali kali kene pegi bank tu = ='' bosan doh ! 

semalam dah pegi BANK CIMB kat tanjung rambutan tu.. dalam hati syok giler sebab orang tak ramai kat kaunter tu.. pelik memang pelik la.. tak penah penah pegi bank lengang je macam ni.. tak terpikir pon pasai benda lain.. hati dah melompat lompat girang macam first time jatuh cinta.. *over je.. wakaka.. tak payah tunggu lame2.. bosan tau tak dok kat bank tu = ='' masuk dalam bank mak terus tanye orang kat kaunter pertanyaan tu.. hancur berkecai hati ni macam kene tinggal ngan pakwe bila abang tu cakap hari ni bank OFFLINE !! tak boleh nak buat pembayaran.. owh mai !!!
no wonder la bank hari tu lengang semacam je = ='' *terasa ditipu hidop hidop T______T
zara pon kuar la dari bank tu.. pastu mak ajak teman pi makan kat food court giant.. pi la jugak.. dapat gak makan ABC special.. sejuk sikit hati yang panas.. *over mention.. sorry.. huahuahua

owkay tu citer semalam.. hari ni citer lain..pukul 10 pagi tadi pegi bank CIMB dekat bercham *tukar angin  dengan harapan line dah owkay..malas nak citer panjang hasil dia tetap same = =''
satu malaysia OFFLINE.. huarghhh ! cam mne nak buat ni.. dah la tarikh tutup 24 mei..tinggai bape ari je lagi = ='' 

malas betol nak uruskan kan borang borang ni..nak bayar la.. nak pengesahan la.. macam macam betoi.. menggugat tahap kesabaran aku..


Monday 20 May 2013

sesaje je !

assalamualaikum.

dah beberapa hari zara tak tulis pape kan.. ermm busy sikit.. maklumla.. petang petang kene keje..hari isnin je cuti..orang bekerjaya memang macam ni.. haha..

ermm.. sebenarnya malas la nak citer pape sekarang ni..  i am not in the mood !!
tulis entry ni pon saje nak relaxkan hati yang tengah geram ni.. sume azri punye pasai.. i mention that name again AZRI !! huh..

gudnite.tata
salam :)

Friday 17 May 2013

imbas otak.. hihihi

assalamualaikum.

apa yang cik zara nak citer hari ni ialah tentang zaman dulu kala.. zaman hati tengah muda berbunga riang.. hihihi..owkay zaman bila la tu = ='' ?? haha.. zaman skolah rendah dulu la.. eh pasai pe tetibe je nak citer zaman skolah rendah ni ?!! haih~ yela hari ni kan teacher's day !! yeay..!! owkay sebelom terlmbat saya zahra fida a.k.a budak pemalu *hihihi prasan,, nak ucapkan happy teacher's day kepada :


  • cikgu zaharah, my only teacher time kat tabika kemas tmn perpaduan :) *teringat kenangan masuk pertandingan kolaj ;)
  • cikgu cikgu sekolah kebangsaan perpaduan :) 
  • cikgu cikgu sekolah menengah kebangsaan wira jaya * sempat masuk situ sebulan je :)
  • cikgu cikgu sekolah menengah kebangsaan tambun * sempat masuk beberapa minggu je :)
  • cikgu cikgu MRSM Pasir Salak :)
  • lecturer lecturer Kolej Mara Kuala Nerang, Kedah :)


tapi untuk kali ni cik zara nak citer pengalaman time zaman skolah rendah.. time zaman budak2 ni la bnyak kenangan manis ngan cikgu cikgu.. sebab time tu budak budak lagi.. banyak benda yang baru belajar :D

TAHUN 2001..
tahun pertama aku masuk s.k perpaduan.. skolah tu pon baru bukak tahun tu.. kami la batch pertama.. batch 'anak sulong' skp..tapi tahun ni tak banyak sgt kenangan.. sume benda masih baru.. haih~ senang kata budak budak lagi.. nak buat jahat pon tak tahu.. hihihi

TAHUN 2002..
aku tak suka sangat nak ingat tahun ni.. haha.. sebabnya time periksa akhir tahun tu aku dapat nombor corot.. kalau tak salah dapat nombor 20 lebih daripada 40 orng.. terok sangat ! owkay kita move on ke tahun yg seterusnya :)

TAHUN 2003..
hah tahun ni best..periksa pon dapat nombor best :D tahun ni la tahun kebangkitan aku wei !! aku ingat lagi guru klas dia.. nama cikgu tu puan Faridah Ali Musa.. ala time kecik kecik dulu biasa la kalau takot ngan cikgu kan.. sebenarnya bukan takot cuma terlebih hormat :) serious aku ingat cikgu ni garang sangat.. dalam kelas tak pernah plak nak terdetik kat hati nak beramah mesra.. cikgu pon kalau masuk klas terus mengajar je..tapi ada satu kejadian ni yang buat aku ingat sampai bila bila.. time sambutan hari kanak kanak aku hantar something kat bilik guru untuk cikgu.. time cikgu amik barang tu dari aku ,, cikgu tu senyum manis giler kat aku.. dia cakap terima kasih.. dengan senyuman yang manis then ucapan terima kasih tu buat aku rasa lain macam giler !!.. haih~ susah nak terangkan mcm mne :D hahaha

TAHUN 2004..
tahun ni pon gempak jugak !! tahun pertama skolah time sesi pagi.. sebelom ni skolah petang.. cikgu klas untuk tahun ni puan Rusuhaiza.. ni lah cikgu feveret i !! hari tu ada terserempak dengan cikgu.. terharu sebab cikgu masih ingat kat kite~ huhuhu..cikgu aiza banyak bagi semangat.. terutama dalam subjek math.. igt lagi time kelas malam *kelas tuisyen.. berlumba lumba dengan kengkawan sape siap latihan sifir dulu.. kenangan sungguh laaa! time darjah 4 ni pon untuk pertama kali aku jadi bendahari kelas * ceh tu pon nak mention = =''.. hahaha.. suka ati laa.. susah gak la dapat jawatan ni.. paling malas time nak pegi mintak duit kat sorang-sorang.. macam2 alasan yang dapat.. tp ada gak yang terlebih rajin nak bayar.. kadang2 ada yang bayar abis untuk bulan tu.. ala bukan mahal pon.. sehari 2 posen kot.. tak ingat la.. hahaha..aku bendahari untuk budak pompuan je.. untuk budak laki si haikal.. tapi terserlah la aku paling rajin buat kerja.. hahaha *puji diri sikit !!

TAHUN 2005..
tahun ni banyak la jugak kenangan.. kenangan yang paling tak boleh lupa ialah kenangan time buat koir sempena hari merdeka.. time tu ada cikgu praktikal.. tp tak ingt nama la.. ingat sorang je.. cikgu nashrul khairil.. mcm mne ingt cikgu ni ??! sebab sampai sekarang still contact kat facebook.. nampak tak betapa bergunanya facebook ni.. hihihi..semangat gila budak 5B berlatih.. menyanyi dengan penuh semangat.. ghindu gile !! owh nak tengok gambar ?! ada gambar la.. don't worry..

rasanya ni lepas nyanyi kot.. abis comot2 je pon = =''

ceh wah !! amacam ?! comel tak ?! wakaka..

tunggtu turn kot :) comel kan budak budak ni.. haha
pertandingan koir ni kitorang dapat nombor satuuu ! i'm so proud of you guys ;) * ceh baru sekarang nak bangga.. hahaha

TAHUN 2006..
yes tahun akhir..sedih plak nak citer.. time nak abis skolah rendah dulu sronok ya amat.. sebab nak pindah skolah baru.. haih~ baru terasa nikmat skolah rendah skrang ni = ='' tahun ni la paling best.. merasa jadi senior muda.. hahaha..tahun ni agak kontroversi jugak.. kontroversi yang paling tak boleh lupa ialah kontroversi dengan cikgu errr... tak ingat nama !! = ='' sosyad ! tapi yang ni pasal baju pengawas.. keras kepala gak kan kita time kecik kecik dulu.. darjah 6 dah pandai tunjuk prasaan.. tak nak kalah plak tu.. wakaka.. lawak betol.. pasal baju je pon jadi isu hangat satu skolah.. pergh~ dasyat budak2 skp ni :D 
sebelum nak amik UPSR .. macam biasa la.. banyak dengar teknik2 menjawab soalan.. tapi time skolah rendah dulu mana la nak dengar sangat ceramah ceramah ni.. pegi situ pon duduk diam diam je.. berlakon la jadi budak baik kejap.. haih ~ kantoi je la.. da abis skolah dah pon.. hahaha..time ni pon dah start dah menggatal sikit sikit.. dah pandai da nak ada gosip2 ngan skandal ni.. hahaha.. tak nak kalah jugak = ='' tapi kami tak lebih lebih.. time tu perkataan kapel pon tak tau.. memang sangat noob ! *bak kata gamers zaman skrang.. wakaka..
hah !! ada satu citer ni paling aku ingat.. budak2 klas 6A je yang tau.. tu pon kalau dorang ingat laa.. rasanya tak de sorang pon yang ingat insiden ni.. hahaha.. insiden yang aku maksudkan ialah insiden aku menangis kat depan kelas = ='' bukan sebab kene buli la.. tapi sebab markah percubaan UPSR untuk subjek math aku B !! time tu aku menangis teresak esak.. terok benor perangai.. haih~ kengkawan yang lain dlm kelas ynag sebelum tu bising pon terus senyap.. sume pandang aku.. terkejut mungkin .. haiya..haha..

ini lah antara pengalaman yang tak mampu aku lupakan.. walaupon benda ni berlaku 7-12 tahun yang lepas tapi tetap segar dalam ingatan.. banyak lagi yang indah indah belaka.. tapi ianya lebih manis kalau ada sedikit kenangan yang aku simpan sendiri :D

ABUGI !! *trade mark kita hari ni..teringat kat anwar yang slalu kacau kepala kita sambil sebut perkataan tu = =''

akhir kalam " HAPPY TEACHER'S DAY .. THANKS FOR EVERYTHING..I'M NOTHING WITHOUT YOU.. "

gudnite. assalamualaikum.. tata :)

Wednesday 15 May 2013

jiwang sat :D



diantara beribu bintang..
hanya kaulah yang paling terang..

diantara beribu cinta..
pilihanku hanya kau sayang..

takkan ada selain kamu..
cuma kamu..
ya ! hanya kamu..
yang slalu ada untukku.. 

Monday 13 May 2013

tak boleh lari :(

assalamualaikum.

aku cuba lari dari menyebut nama dia.. berjaya tak ?! tidak ! bukan aku yang sebut.. tapi mereka mereka yang lain.. haih~ yes memang aku tak boleh salahkan dorang... dorang tak tau pape..sorang sorang tanya pasai dia.. pelik aku.. time aku ngan dia elok elok je aritu tak de sape pon nak sebut nama dia.. sekarang ni rajin plak ramai ramai sebut nama dia. haih~

berangan dengan ainul :D

assalamualaikum.

owkay kalau ainul baca entry ni mesti dia bangga lagi.. sebab nama dia tercatat lagi dalam warkah aku kali ni.. wakaka..owh nak tau pe yang kitorang angan angan kan ? owkay citer dia cam ni.. ainul nak mintak tolong aku ajarkan dia cara berblogging.. sebelum tu aku nak bagitau yang ainul ni lelaki.. sebab tu tak rajin sangat nak eksplor pasal cara cara nak berblog ni kot.. hihihih..sorry ainul.. tak pe2.. jangan risau.. aku akan ajar :)

ainul ni minat kumpul gundam.. setakat ni dia da ada 20 gundam.. owh mai ! bayangkan da berapa ratus dia abiskan duit $____$.. tak pe ainul.. asalkan ang bahagia sudah :) ainul cakap dia nak belajar buat blog sebab dia nak citer tips tips tentang gundam tu dengan orang orang yang mempunyai hobi macam dia.. owkay aku pon kadang kadang layan jugak tengok gambar gundam gundam ni.. bukan pe.. gambar gundam posing dengan weapon tu kadang kadang style bhai.. ! hahaha..

pastu aku cakap kat ainul cm ni.. " owh lepas ni boleh la jadi famous blogger! kalau dapat offer buat iklan untuk BANDAI boleh buat duit $$ ! " agaknye lepas aku cakap boleh buat duit , mesti bersinar sinar mata si ainul ni.. wakaka.. teros nak suruh aku tolong ajar buatkan iklan sebab risau kot kot la dapat offer dari dorang.. hahaha.. lawak lawak :) tak pe ainul.. nanti kita eksplor sama sama..nanti boleh femes sama2.. wakaka.. *aku pon giler kan populariti jugak.. hihihih

lepas tu nak kumpul zoid lagi.. kaya ainul ni.. opss duit PTPTN ! hahaha.. gasak lah.. sampai termenung la berangan pasai benda ni.. nampak dah semangat membara dia.. hahaha..kumpul sampai penoh satu bilik ang dengan gundam tu pon tak pe ainul.. asalkan jangan guna duit aku.. hahaha

*luahan hati seorang ibu.. wakaka..
kalau online facebook tak best kalau ainul tak de..kalau ada ainul boleh citer macam macam.. sian ainul terpaksa dengar citer citer aku.. wuuu terharu (~' ')~  *ainul mesti geli.. hahaha.. sorry la terpaksa cakap.. hihihihi

cerita hari ini.

assalamualaikum.

baru perasan hari ni tak citer pape lagi.. hihihi..ermm nak citer pasai pe eh..banyak benda yang berlaku hari ni..owkay la.. kita citer semua..

pagi tadi terlewat bangun.. sedar sedar da pukul 11 lebih.. omg memang terok T___T tu pon sebab ayah da bising terjerit jerit panggil " along bangun! " haih~ nak buat macam mana kan.. dah tak sedar..keluar bilik teros pi gosok gigi ngan cuci muka.. mandi ?! sorry la.. kita tak mandi awal awal.. hihihi..lepas tu ternampak aiskrim kat atas meja.. wow! aiskrim feveret la.. ni yang syg ayah lebih ni.. hihihi.. so kita pon makan la sarapan aiskrim dengan roti pagi tu.. ermm permulaan hari yang sangat indah :)

pastu kita layan citer melodi.. sambil layan citer tu kita mesej mesej ngan sorang kawan kita ni.. nama dia FARID.. yang bestnya mesej ngan dia tadi sebab kita tipu dia.. kita cakap kita kuar ngan MAZWIN *perempuan yang dia cuba nak goda. haha. ayat over sikit..farid percaya bulat bulat apa yang kita cakap.. hihi.. seronok la.. gelak guling guling..dia pon macam pasrah je la tak de rezeki nak join kitorang kuar sama sama..

then , kita kuar pi padang polo.. kene ngorat la plak -,- ni yang malas nak layan ni.. * ceh ayat macam mintak penampor je kan ? huhuhu..gatai la laki tu.. muka aku ni nampak macam pompuan yang single ke ?!! hahaha.. owkay aku mmg single! serious..sape nak masuk minang mai la umah.. nanti kita bagi alamat :)

lepas tu kan , malam tadi kita MASAK ! owh mesti ramai yang tak nak percaya = ='' ni betol betol ye.. bukan cobaan.. haha.. siap dapat pujian dari mak ngan ayah kita.. ayah cakap cenggini " eh sedap la along masak.. pandai along masak ".. mak plak cakap cenggini " sedapnya bau.. along masak pe? " perghh ~ nampak tak betapa sedapnya masakan kita sampai kan makanan belum siap pon mak dah bau sedap.. hahaha.. nak tau kita masak pe?? kita masak kentang goreng ngan sosej.. wakaka.. penat korang eksaited nak tau kita masak pe kan ?!! hihihi..

lepas kekenyangan tu kita pon online.. sambil online tengok tv.. last2 mata juling.. *owkay kita tipu.. hahaha.. tengok citer bintang mencari bintang.. citer pe tu ?! ala citer pelawak nak cari pelawak..memang lawak la tengok dorang buat lawak..abih rabak.. hahaha..

abis je citer BMB tu , citer detik 12 malam plak kuar.. giler agrhh.. nasib baik sebelah telinga kita sumbat dengan earphone.. tak de la jelas sangat dengar background muzik dia yang scary scary tuu..muzik je lebih sebenarnya.. citer dia biase je.. ala citer antu kat skolah asrama.. warden asrama yang jadi tukang citer.. da slalu da dengar pasai antu asrama ni..adik kita yang kecik sampai tertidur kat tepi kita ni.. takot punya pasai sampai nak dok jauh pon tak nak..kesian2..

lepas abis tgk citer tu kita makan buah berangan.. first time tengok buah berangan ni.. tak reti nak mkn cam mne.. last2 give up.. makan satu pon tak abih.. haih~ berangan je la nak makan buah berangan.. mungkin sebab tu nama buah tu cenggini.. hihihi..

penat kita berceloteh kat sini.. tengok jam dah pukul 12 lebih.. oh mai ! entry ni sepatotnye untk 12 aribulan punye.. tapi dah terlajak tulis.. lama sangat kita nak menaip benda ni.. haih ~ dah la.. sampai sini je citer kita ari ni :) 

eh tulisan warna warni.. saje nak menggedik :)

yeah baby yeah ! *trade mark kita hari ni. haha
gudnite. tata.
assalamualaikum :)





Saturday 11 May 2013

selalu ada..

assalamualaikum..

selalu ada - aiman ft heliza..

kau selalu ada tika gelisah..
kau beri senyuman bila ku resah..
kau janji setia setiap kisah..
hingga berjauhan tetap di wajah..
 KAU SELALU ADA :)


owkay zara tertarik kat nama penyanyi laki tu sebenarnya .. hmmmm..

cinta tak harus memiliki :(

assalamualaikum..


tinggalkanku..
perlahan lahan ku trima..
semakin ku sakit..
semakin kau bahgia...

mengapakah..
aku jadi lemah..
sungguh ku tak sangka..
dia membawa jantungku bersamamu...

awak cakap memang sedap !

assalamualaikum



" awak menanam tebu di pinggir bibir, saya menanam kopi di dasar hati "
*hambik kau aku berfalsafah sampah !

mulut awak manis berbicara , hati saya sakit memendam rasa !
saya layan coki-coki lagi baik , manis dan tak menyakitkan hati.. # eh tetibe..


bukan cinta namanya...

assalamualaikum..



Bukan pelangi namanya jika berwarna satu..
Bukan mentari namanya jika sinarnya gelita..
Bukan sungai namanya jika airnya tak mengalir..
Bukan pantai namanya jika pasirnya tak berselerak..

Bukan cinta namanya jika hati tak pernah terguris..
Bukan kekasih namanya jika tak pernah cemburu..
Bukan cinta namanya jika air mata tak pernah mengalir..
Bukan pencinta namanya jika tak pernah merindu..

- sengih kerang :D -

pendam.

assalamualaikum.




susah sangat ke nak mengaku salah ? dalam hal ni aku sorang je ke yang salah ? tinggi sangat ego tu cik abang oi.. saya yang psiko ? wah hebat saya ni.. boleh la lepas ni tukar cita-cita dari nak jadi engineer jadi pakar psikolgi.. mesti saya hebat n berjaya :) 

saya sengaja rendahkan ego saya dan cakap saya yang salah..saya nak tengok reaksi awak..tapi ternyata reaksi awak tak sama dengan apa yang saya pikirkan..awak tetap salahkan saya.. awak tetap cakap saya sorang je yang SALAH !!! owkay fine = ='' saya terima je.. memang susah bila cakap dengan orang yang dah ternyata buang kita jauh jauh. hmmmm :(



Friday 10 May 2013

nama pon PEREMPUAN :)

asslamualaikum :)


tadi baru je abis tengok catalog AVON.. dulu time cik zara kecik kecik slalu menyibuk time mak nak tengok catalog tu..sibuk jugak aku ni nak order barang = ='' slalu jugak la kene marah sebab benda yang aku nak order tu 'barang' orang dewasa.. hihihi..benda yang aku paling teringin nak beli time kecik kecik dulu ialah GELANG tangan = ='' .. tapi tak penah dapat pon.. mak tak bagi.. mak cakap aku kecik lagi.. owkay mak.. fine2!! so hanya mampu tengok je la dengan harapan mak simpati nak belikan satu gelang tangan untuk aku T____T .. tapi hampeh.. hmmmm~ aku pon terpaksa la beli gelang tangan sendiri.. nak harapkn mak sampai aku nak kawin nty baru dpt pakai..owh ada sorang ni penah bagi cik zara gelang.. ada lagi simpan sampai sekarang :) *he is aiman :) .. atas gelang tu ada nama aiman..

TAPI TADI ,,

mak galakkan aku beli barang MAKE UP.. ohmen ! aku pon mcm tak percaya.. first time la aku rasa aku semangat tengok catalog avon tu.. hehehe..aku order 4 barang..

BARANG- BARANG YANG AKU ORDER : *owkay nak jugak bagitaw = =''
  • lipstick *jenuh aku cari kaler yang lembut. nak pakai yg merah menyala satgi kalah plak kak ton. hihihi
  • cheek blusher :3
  • eye shadow :)
  • BB cream..
mak cakap nanti bila along dah keje boleh tambah tambah lagi..owkay mak :) aku rasa mak dah mula nampak anak perempuan dia ni da makin dewasa ;) isk sebak la plak #tetibe..




macam ape je -,-

assalamualaikum.

hambar je mesej ngan dia ni = ='' macam orang yang baru mengenali antara satu sama lain.. hmmm..aku tanya sepatah dia jawab sepatah.. dia tanya sepatah aku pon jawab sepatah..peliknya!
tak suka la macam ni.. aku suka dapat mesej ngan dia tapi kalau mesej macam ni macam menambahkan rasa sedih je :(

gudnite asyrani. tata. *guna nama lain. haha

Wednesday 8 May 2013

serious talk.

assalamualaikum.

dulu, saat perempuan pertama yang awak sayang curang dan tinggalkan awak, saya sentiasa ada di sisi awak.. bila awak rasa sunyi , bosan ,sedih, happy , perlukan teman untuk bercerita , tanya pendapat , awak selalu cari saya..tanpa kita sedar pon kita semakin rapat dari hari ke hari..saya suka keadaan kita yang dulu.. awak ada saya, dan saya ada awak.. time tu masing- masing tengah kecewa.. cara awak melayan saya buat hati saya tersentuh.. awak sangat baik dengan saya..mungkin ini salah saya.. saya sepatutnya tak melayan awak dari awal lagi.. saya tahu awak hanya perlukan saya sebab nak hilangkan rasa sunyi, sedih dan lupakan ex awak..saya teruk sebab biarkan diri sendiri tertipu.. saya terima semua tu..saya pernah tanya awak kenapa saya tak boleh jadi lebih daripada kawan kepada awak..jawapan yang awak bagi pada saya sebab kita dah lama kenal.. awak cakap tak mudah untuk sayang pada orang yang dah lama kita berkawan.. saya pelik.. bukankah lagi lama kita kenal kita akan lebih mengenali ?? tapi tak pe..saya terima jawapan awak..

tapi , bila awak dah jumpa seseorang yang boleh buat awak happy, bergurau , bermesra , awak terus buang saya.. betapa saya tidak dihargai.. mungkin saya bukan kekasih awak dan mungkin juga saya bukan kawan baik awak lagi..apa yang istimewanya pada dia ?? kenapa awak pilih dia yang tak sayangkan awak? kenapa saya tak diberi peluang ? semalam awak sanggup marah saya disebabkan perempuan tu..kalau saya ada di depan awak waktu tu mungkin saya dah terima kata cacian..mungkin saya dapat tengok muka awak yang terlalu bencikan saya.. saya sedih awak..

jujur saya cakap, saya masih sayangkan awak.. saya cuba lupakan awak tapi saya tak sekuat yang saya sangka..awak terlalu istimewa untuk saya.. mungkin saya akan mengambil masa yang lama untuk biasakan diri sama macam saya ambil masa untuk lupakan si H kawan awak..

"often we fall in love with the most unexpected person,
at the most unexpected time."


Tuesday 7 May 2013

story morry :)

slm syg :)

habis aku citer rahsia aku kat cik win :)
tapi tak sume citer aku keluarkan. kisah perkenalan aku dengan si dia aku tak bagi tau. padahal tu la cerita yang paling membahagiakan >_< ceh wah. haha

pasal mesej tu bukan sengaja aku buat macam tu. aku terpaksa guna jalan tu sebab aku tersangat la
 sygkan dia. *owkay ayat mcm over. tapi kesian jugak kat si ummi tu. da la dia tak tau pape.
aku mengaku aku banyak kot marah kat dia. heee~ ainul je yang sabar dengar cerita aku sebelom ni. haih ~

to cik win, ceritanya panjang lagi sebenarnya. mcm mana kita boleh dengan si dia ni biar kita ngan dia je la yang tau :)
*owkay tipu.. ainul pon tau kisah ni  T__T

ummi :)

assalamualaikum.

ummi ni tak la sejahat yang zara sangka *sorry ummi.
bila dah tahu hati budi , rasa menyesal plak marah-marah kat dia sebelom ni.
dia tak salah pon dalam hal ni. zara je yang terover. haih = =''
nasib baik dah mintak maaf :)
so, kita kosong-kosong.

kalau ainul baca entri ni mesti dia pelik.
mesej aku kalau nak tau citer panjang owkay :)

Monday 6 May 2013

love is so unpredictable !

assalamualaikum :)



This is something like a movie.
And i don't know how it ends, boy.
but i fell in love with my best friend.

I think i'm in love.
I think i'm in love.
I think i'm in love.
i fell in love with my best friend.

How could i tell you i loved you , 
when you were so happy with some other girl?



I know it sound crazy , 
Boy, you mean that much to me.

 But i don't wanna ruin what we have.
Love is so unpredictable.

But it's the risk i'm taking , 
HOPING , PRAYING , 
you'd fall in love with your BEST FRIEND.











' The Last Part '

salam syg :)


The first part , 
the first part about being best friend.

The last part , 
the last part is about " US "

This day i will marry my best friend.
one i laugh with , live for , dream with and forever love.


Tak paham kan ?!
saya je yang tahu 
owkay bye.
owh video ni zara ada bagi pada aiman. harap aiman simpan lagi..



Thursday 2 May 2013

that's true !

a girl's favorite song will tell you more about her feelings than her lips ever will.

kenapa masih BUJANG ?

salam syg :)

owkay tajuk dia agak menakutkan = =''
siapa yang bujang tu boleh la tengok video ni. cari sebab2 kenapa anda masih bujang.
zara bujang sebab friend zone ! haih~

klik sini-----> kenapa masih bujang ? = =''