SEMANIS SECAWAN KOPI YANG DICAMPUR 10 SUDU GULA :D

Sunday 29 September 2013

manja , pendek dan dol. kahkahkah

assalamualaikum.

something 'awesome' just happened !
you know what ?! this gonna be the most nightmare 4 ever. erghh = =''

citernya cenggini
malam minggu macam ni so aku decide nak abiskan masa on9 twitter, facebook, blogwalking and so on..
tengah-tengah ralik bersembang bergosip bagai kat twitter tetiba dapat satu call dari nombor yang tak dikenali.. ofkos la nombor tak kenal.. kalau tak benda ni tak jadi = =''

first aku angkat aku say hello..
tak kan nak bagi salam kan.. buatnya yang kol tu non-muslim tak ke ketaq lutut dia nak jawab.. haha..
so yang jawab tu lelaki.. mula-mula dengar suara macam kenal.. tapi lepas tu mcm tak yakin plak..terpikir la dalam hati kot ada orang nak prank..tapi mustahil jugak.
bukan pe.. esok bukan birthday kita pon.. haha..

owkay kita teruskan cerita..
si mamat ni tanya ada tak buat permohonan untuk biasiswa JPA ?! JPA WEHH~ gila aku dah terbeliak mata.. macam mimpi di siang hari.. gila arhh~ aku cakap la tak de mintak pon.. lepas tu mamat ni cakap yang aku ni layak nak ditawarkan biasiswa.. pejam celik pejam celik la jugak mata ni nak percaya .. yela.. aku ni bukannya excellent student ponn.. gila pelik ahh citer dia.. tapi tak pe.. aku layankan je laa.. mamat ni suruh aku pergi pejabat mara yang terdekat sebelum isnin ni.. aku nak protes la jugak sebab bagitau lambat.. tapi disebabkan mulut pon dah terketar-ketar sebab teruja tak larat rasanya nak bercakap.. cewahhh.. haha.. over la.. gaya mamat ni cakap pon macam ada confident.. tu yang caya lebih tu..aku time tu dalam hati terpikir jugak la mana nak cari pejabat mara kat area melaka ni.. memang la ada.. tapi masalahnya kita baru sebulan je pon menetap kat sini.. mana la ada nak eksplor sampai ke pejabat mara.. setakat tesco.. aeon.. giant.. mahkota parade atau dahtaran pahlawan tu aku tau laa.. bab-bab shopping mopping ni tipu la kalau perempuan tak expert.. kahkahkah..

then, aku cakap kat mamat ni owkay nanti aku pergi cari pejabat mara yang berdekatan.. semangat sangat dah ni.. tipu la tak teruja.. aku rasa nak menjerit kot kat situ..tapi nasib baik aku tau nak control diri lagi kat situ haha..pastu aku tanya nak kene bawak ape ? mamat tu cakap la just bawak i/c.. surat beranak ngan slip exam time asasi dulu.. so aku pon terima je la bulat-bulat masuk dalam otak.. dalam hati dah menjerit jerit suka.. ya Allah rasa nak buat sujud syukur kat lantai koridor aras ni.. haihhh :D
pastu mamat tu cakap tu jelah yang dia nak bagitau.. lepas aku cakap time kasih tu * ehh ada ke cakap? entah la lupa.. haha * aku letak la fon..

aku pon melompat-lompat la kat tangga tu.. aku angkat kol mamat tu kat luar bilik sebab line dalam bilik tak clear.. al maklum lahh kawasan sekitar ni bukit = ='' sorry la 'abang' mara.. haha
lepas tu aku lari lelaju masuk bilik.. konon nak tweet yang mara kol.. pergh. betapa terujanya aku tadi.. tak pernah rasa bahagia macam tu :') masih teringat kebahagiaan tadi.. walaupun sekejap tapi cukup bermakna.. cewahh. haha.

belum sempat nak sentuh lappy pon.. baru nak duduk atas kerusi ni tetiba dapat balik kol dari nombor tadi..  ehhh abang mara ni kol lagi ! aku angkat la kol tu.. kali ni bukan mamat tadi.. yang tadi setiausaha dia.. yang kali ni mungkin pangkat bos kot ! wuuuu~ bos ni cakap yang setiausaha dia tadi tersilap ! aku pon hahhh ?!! bos ni pon agak tergagap gagap macam atok tak de gigi je nak cakap.. dia cakap sorry sebab setiausaha dia tadi tersilap orang.. ehhh time aku menulis ni baru terlintas kat otak ni ada ke orang yang keje time memalam cenggini ?!! nape aku slow sangat ni ?!! time dia cakap yang dorang tersilap tu telinga ni macam kena sambar dek petir tau takk !! 
suddenly aku terdengar suara orang gelak kat belakang tu.. then aku terasa suara 'bos' ni macam AINUL MANJA .. omg aku menjerit kat situ macam dah kena histeria..dorang pon apa lagi.. gelak kaw-kaw la sebab dah kenakan aku.. sumpah tak tahan gila time tu.. rupa-rupanya mamat yang bajet mula-mula tadi tu DIN PENDEK = ='' aku yang tengah terkejut tu pon terusla meracau macam hape je.. teruk aku dikenakan dgn dorang ni.. 

frust menonggeng aku malam ni.. konon nak dapat biasiswa tapi tak kesampaian.. nasib baik la tak tepon ayah lagi. tadi memang rasa nak bagitau ayah dahh.nasib baik dorang kol balik cecepat.. kalau tak jadi satu keje plak aku nak explain kat ayah yang anak pompuan comel dia ni kene troll dengan tiga jejaka kurang hensem di malam hari.. kahkahkah.. owhh lagi sorang mamat yang turut terlibat tu namanya  SAM DOL.. nama sebenar ni.. sumpah tak tipu.. 
haihhh kecewa teramat.. tak tau nak habaq mai lagu mana.. nasib baik la tadi tak semangat sangat nak pegi salin benda2 yang nak kena bawak kat atas kertas.. kalau tak lagi teruk kena gelak.. 

jatuh terjelepuk duduk di tepi tangga mengenang nasib di rantau orang.. penat mengharap tinggi menggunung rupanya dusta belaka.. apa nak buat sudah nasib badan.. tapi kalau dorang bertiga ni ada kat depan mata memang ke lubang kubur la akhirnyaaa~

 aku pun masuk la balik dalam bilik.. dengan langkah yang longlai mengheret kaki berjalan perlahan.. hati penuh sayu mengenang nasib di bahan.. selipar di heret tanda protes sedih di hati.. kaki terasa berat tatkala mengatur langkah :')

tak tau la motif sebenar dorang kacau tuan putri comel ni di malam hari.. tapi tadi korang nyaris buat budak comel ni nanges.. hahaha.. sebagai denda nanti aku balik ipoh blanje mcflurry satu ! aku tak kira... kalau tak dapat aku tuntut sampai bila-bila !

so a big thanks to pelakon-pelakon handalan ;



- ainul MANJA
- din PENDEK
-sam DOL

dorang ni sume ex-skp.. so kalau nak amik sebagai plakon tambahan boleh contact saya.. nanti kita kawtim ^^

owkay..lelong3! 
 ambik kome. hikksss

BYE. 



Saturday 28 September 2013

berahsia.



Luka luka yang kurasakan
bertubi tubi yang kau berikan
walau cinta bertepuk sebelah tangan
tetap balas dengan senyum keindahan :)

kau terlalu berahsia
tak mampu nak baca isi hati
ambil kata putus
aku bukan dihati

jujurlah saja
aku tak mengapa
kan kuterima
walau sakit hati

pernahkah sejenak teringat tentang aku ?
pernahkan ingat walau seperti angin berlalu..

tapi tak mengapa
walau gugur satu
akan tumbuh sepuluh ribu.

ayah cakap kita mesti jadi kuat ! :')

Thursday 26 September 2013

kertas hati.

assalamualaikum.




apa itu cinta ?
cinta itu adalah satu perasaan..
apabila perasaan cinta itu mekar
cinta itu akan semakin kuat..

mengapa ada benci ?
sebabnya ada perasaan cinta yang terlampau kuat..
- petikan kata dari mejar (k) david teo-
filem bencinta :)

bila dah dapat mengapa diabaikan ?
mengapa ada mereka yang tak tahu menghargai ?
mengapa sanggup untuk menyakiti..
mengapa dulunya memberi harapan?
mengapa dulunya bercakap manis ?
mengapa dulunya pandai berjanji ?
mengapa dulunya berusaha untuk mendapatkan bila akhirnya senang melepaskan ?!

bila tersedar baru nak menyesal..
baru terasa ruginya..
bila namanya manusia..
 ada depan mata tidak diendahkan..
tapi bila dah hilang
baru nak merangkak mencari..
tapi apa gunanya ?
hati yang retak mana boleh kembali ke bentuk asal..
sama macam kertas yang dah ronyok.. susah nak kembalikan dia ke
 bentuk asal yang cantik putih dan paling penting tak de KESAN garisan ronyok tu..
samala macam hati..
kalau sembuh pun tapi tetap ada kesan parutnya :)

 cemburu ?!
 mungkin kerana cemburu yang melampau.
sebab apa melampau?
mungkin sebab terlalu sayang..
masih adakah perasaan sayang kalau dulunya pernah menyakiti ?
sayang kah atau cemburu dengan dia yang mampu teruskan hidup ?!

kehilangan ?!
perit mungkin.. bukan mungkin tapi pasti.. 
senang cakap terima jelah walau sakit hati..
hadap jelah walau frust menonggeng..
mereka boleh..
aku boleh
dan kau pun pasti boleh :)

ada sesetengah manusia tak dapat terima hakikat bila kehilangan..
mungkin bukan sesetengah tapi semua.. ya mungkinnn~
tapi mungkin sekejap je.. rasa sakit ni tak lama cuma kalau disentuh balik je rasa tu boleh datang balik.. semuanya bergantung pada Dia :)
bila tiba masanya
insyaAllah kau mampu.. it's all about time :)
tapi mengapa perlu jadi perpisahan?
pelik kan ?! 
ahhh tak de apa yang nak dipelikkan..
sedangkan kita yang hidup ni pon satu hari nanti akan mati..
kita akan
TETAP BERPISAH ..



mula-mula kita kenal dengan seseorang mungkin kita rasa kita untuk dia dan dia untuk kita..tak
pernah terpikir untuk cari yang lain..tak rasa pon nak pandang orang lain..tak sampai hati nak
sakitkan hati dia..tak pernah nak lupakan dia..
awal perkenalan alahaii bahagianya tak terkata.. seronok nak bercerita masa bahagia.. tak lupa walau sikit pon apa yang berlaku.. setiap masa tersenyum.. tapi tak de la tak kena tempat..suka jugak tengok dia senyum.. bercerita itu ini.. tak pernah habis bersembang :) walaupun setiap hari bersembang tapi tetap je ada topik yang nak gaduh.. bila call seronok dengar suara gelak tawa :) suka dengar cara nama kita dipanggil..  suka dengar kengkawan dalam bilik dia kecoh.. suka dengar dia ada masa untuk kita.. suka bila dia bagi something kat kita.. pendek kata
suka segala-galanya tentang dia..

aku yakin ramai yang pernah rasa 
tapi aku tak kata apa yang aku tulis kat atas tu aku yang alami..
terpulang pada siapa yang membaca :)

masa duka ??
alaaa malas laa nak citer..
dah berlambak dah kita citer pasal sedih medih sebelum ni..
kadang-kadang manis jugak untuk kenang masa bahagia..
siyesly boleh buat mood kita jadi elok..
boleh tersenyum sorang-sorang tanpa sedar..
macam aku sekarang ni haaaa :) hihihi

tapi..
pelik jugak dengan sesetengah orang yang bila dah bahagia boleh pulak rasa nak mendua..
adakah sebab hanya satu pihak je yang rasa perasaan tu ?
tapi mana mungkin kalau bertepuk sebelah tangan boleh berbunyi..
take note bebeh !


kalau ikutkan hati nak cetak kemeja-T semua memori kita tiap hari supaya senang ku pakai tayang ke sana ke sini..
Waktu payah tetap indah :')
bukan macam kunyah gula-gula getah..



ku penglipur lara.. saja nak bercerita.. usahlah terasa.. jangan mudah melatah.. fikir sebelum marah.. nanti kena jual ~

Wednesday 25 September 2013

randomly.

assalamualaikum.



mungkin kalau dilihat secara luaran nampak macam owkay..
yess macammm ~
dari suara.. mesej.. 
semuanya nampak owkay..
nak bertanya banyak-banyak takot tak selesa..
yela.. bukan semua orang sempurna..

banyak benda nak ditanya..
tapi masa pulak yang tak sesuai..
bila hari minggu takot sibok lepak dengan memember..
maklum lahh bujanggg.

kalau nampak 
malu nak tegur..
bukan apa..
takot tak berbalas..
tak pe lahh... tunggu dia dulu yang menegur.. tapi bilaaa ?!! hmmm.

sebelum ni dah pernah rasa..
tapi gatal nak rasa lagi..
nahh ambik kau! 

masalah hati memang tak pernah selesai..
masalah tu bukan datang sendiri..
kita yang pi cariii~

yes.. 
so maghi kita ramai-ramai mintak putus dengan pepakwe.. #ehhh

kahkahkah

BYE.


Monday 23 September 2013

haihhhh.

sumpah rasa tak ready nak citer something ni..
tadi dah tulis pepanjang 
pastu delete balik..
sudahnya tulis entry ni je = =''

rupanya
tak kuat lagi zara ni :')
mungkin kena tunggu setahun lagi..
kena biasakan diri 
jangan selalu tegur..
tegas la sikit pada diri tu..

BYE.

assalamualaikum.


Saturday 21 September 2013

cerita masa lalu :')

assalamualaikum.


Pertama kali kita berjumpa..
Aku..
Tak berapa pasti
 Rasa tak tahu
Diri bagai dipenuhi soalan
Aku dilema..

Aku keliru
Kau menjelma memberi harapan
Menghulur tangan
Aku sambut..

Ohh mudahnya
Lemah..

Hari ini..
Aku tersenyum
sambil mengimbau kembali
Semua cerita yang kerap kita kongsikan
Kini jadi bahan rindu yang aku simpan..

Aku hargai semua yang terjadi
Memang dirimu tak kan ada pengganti
Walau masih mengharap tapi
Semoga kita tak bertemu lagi

Di simpang jalan
Kita ucap kata terakhir
Kata selamat tinggal
Selamat jalan..




Terasa dengan lirik lagu yang didengar sambil sambil menulis ni.
Sekadar berkongsi rasa hati..
Tak pandai nak berjiwang sastera bagai..
Menulis ikut sesedap hati..
Heee..



Sunday 15 September 2013

hanya di seri iskandar.

assalamualaikum .


ni pasal kejadian malam tadi.. rasanya tak basi lagi nak share citer ni.. haha.. malam tadi pegi makan kat kedai air gelas besar kat seri iskandar.. saje singgah sebab otw balik rumah lepas bercuti kat pangkor :) time sampai kedai tu tak ramai lagi orang.. lagipon mungkin ramai yang malas nak lepak sini sebab mungkin lebih prefer nak lepak kedai mamak.. well sebab ada bola m'sia ngan myanmar :) so tak kesah la.. lagi senang tak ramai orang.. cepat sikit order siap..

citer dia macam ni.. masa masuk kedai tu ada ternampak satu group student rasanya tengah tumggu order.. dorang pon baru sampai sebelum kitorang.. sekilas pandang nampak ramai lelaki.. sekali pandang je la.. segan la nak pandang bebanyak kali.. kemonlaa... kita pompuan.. haha.. poyo giler.. so tak kesah la.. kitorang pon duduk la kat sebelah meja dorang.. dalam hati dah menjerit yesss!! sebab boleh amik kesempatan nak usha2.. huahuahua.. dah duduk tu cover cover la sikit.. konon macam tak kesah la ngan mamat mamat sebelah meja ni.. haishh jual mahal la konon tak nak pandang.. haha..

tiba-tiba.. 
jeng jeng jeng....
aku rasa aku terdengar suara lelaki yang tak macam lelaki !
gila ahh.. teros aku pandang sebelah..
mak aihhhh.. rupa-rupanya ramai giler mak nyahhh !! 
yang tak boleh blahnye siap ikat tocang ekor kuda tuu = =''
sepesyen je sume gaya dorang.. 
apak ahhh.. 
sembang plak sebijik laa macam pondan.. cakap tu memang tak keras langsung.. eee sumpah geli ~
lepas tu mata ni memang tak lepas dah pandang meja sebelah.. 
bergambor la apa sume bagai.. pompuan pon tak over macam tu.. = ='' haihh kesian giler..

so teringat dulu aiman penah citer pasal golongan-golongan ni tadi..
aiman penah citer dia kena kacau time lalu kat aras.. kalau tak pakai baju siap dapat pewwiitt lagi dari dorang.. haha.. patot la aiman cakap golongan ni menyeramkan.. lepas tengok depan mata sendiri baru boleh pahammm..

so sampai umah memang eksaited la nak pi citer kat aiman.. lepas abis tengok bola tu terus la mesej si aiman ni.. berjela la mesej tu aku citer.. yela.. pengalaman tengok dengan mata sendiri.. dulu aiman citer buat tak endah je.. pastu aiman reply yang aku kira tak hebat lagi sebab baru lepas makan sebelah meja dorang je.. kalau duduk satu blok ngan deme aiman cakap lagi nightmare.. pastu aiman ckp ada geng yang lagi terok.. siap pakai heels.. geng ni memang lagi sakit hati nengok nye = ='' kalau pegi downtown aiman cakap tempat tu dah jadi macam tempat praktikal dorang nak cari customer.. erkk = ='' ni memang seramm..

as a conclusion..
jangan jadi budak fesyen.. 
ehh silap
sepatotnya bersyukur dengan apa yang ada.. jangan buat perkara yang boleh mengaibkan diri sendiri..
kalau malu sengsorang tak pe.. ni yang jenis kaut sume kaum kerabat yang payah ni.. 

abis dah citer :D

Saturday 7 September 2013

tak sihat 0,0

assalamualaikum.

kejam jugak kenangan ni.. buat orang terpikir pikir.. terbayang bayang.. teringat ingat.. termimpi mimpi.. silap hari bulan boleh meroyan.. owkay over..


officially a degree student :D

assalamualaikum :)

semalam dah berakhir MSR *minggu silaturrahim*
so now.. i am officially a bachelor student :) 

intake Micet tahun ni paling ramai.. pecah rekod UniKL rasanya.. batch degree intake sept 2013 ada 3 ratus lebih.. almost 400 o..o wuhuhu..

this is my first experience hidup sebagai mahasiswi.. haih.. cuak.. takot.. seram.. sume prasaan la ada.. bercampur baur.. ada yang sebaya.. ada yang lebih tua.. that's mean persaingan tu lagi tinggi !!
tapi nak buat cam mna.. lumrah la tu.. redah je la.. yang penting buat sehabis mungkin.. 4 tahun degree banyak benda boleh jadi.. pointer paling penting nak kena maintain.. 
MARA sometimes kita tak boleh nak duga.. kejap baik kejap gelong jugak..

isnin ni start kelas.. tak dapat nak bayangkan keadaan tu cam mana.. hopefully semuanya owkay.. amin~