SEMANIS SECAWAN KOPI YANG DICAMPUR 10 SUDU GULA :D

Wednesday 12 June 2013

what a nice day :)

assalamualaikum..



entry ni zara nak citer pasai aktiviti zara hari ni :) owh sebelum tu zara nak bagitau dulu yang zara sekarang kat UniKL Micet , melaka :) .. baru daftar untuk praktikal 2 bulan kat sini hari sabtu yang lepas..orientasi 2 hari haritu boleh tahan la.. sape yang suka time orientasi ni kan ?! kene rushing rushing ni yang benci tu = ='' 

pagi ni tak de program.. tapi kene berkumpul dalam group masing2.. awal2 dah dapat assignment..
satu group ada 12 orang.. dan yang ' terbaiknye ' zara sorang je bunga dalam group ni = ='' nasib baik ada khalid yang rapat dengan zara.. tak de la segan sangat.. haha *segan yang tak boleh blah tu..

group zara kene buat assignment kat kawasan surau and astaka.. kitorang kene identify segala benda hazard yang ada kat kawasan tu.. pastu kene calculate tahap hazard die sume bagai la..assignment ni macam sebagai pengenalan kat kitorang la tentang safety.. nanti sem satu degree sume wajib amik subjek ni..boring giler = ='' 
abis bincang sume ni dalam pukul 12.. pastu terus pi kafe beli lunch.. kenyang dah.. alhamdulillah :)

lepas makan tu on9 facebook kejap.. nak on9 tuiter memang tak la buat masa sekarang ni.. kadang2 je bukak bila rasa 'kuat' sikit.. *sikit je pon* tak sedar lepas tu boleh tertidur :) sedar2 dah pukul 1.30 ptng.. terus bangun dan siap2 nak pegi dewan kuliah 5.. nak kena present pasai perbincangan tadi.. sepanjang jalan nak sampai ke dewan tu hati tak tenteram langsong.. takot nak present.. dah lama tak buat present2 ni.. alahai~

tapi sampai turn group zara present khalid amik part sorang2.. means zara tak payah present.. time tu lega giler bak hang ! tak tau nak habaq lagu mana.. haha..dok dlm dewan tu penat menunggu je setiap group abis present..menunggu dengan penuh kesabaran = =''

and now dah petang :) aktiviti petang ni main valley.. penat tunggu lama kat tepi court tu sebab bola tak de.. tak tau nak amik kat sape.. tunggu punye tunggu tetiba ada dua orang abang ni datang naik motor benti kat court..pastu datang plak sorang kakak ni.. dah agak dah mesti dorang nak men valley.. dalam hati segan giler nak join.. main ngan orang2 pro ni yang lemah sikit.. semangat down terus.. haha..pastu akak tu ajak main skali.. ada tiga orang akak and dua abang senior.. ingat kan ramai ni je yang nak main.. rupe rupenye ramai lagi = ='' tetibe benti satu kete alza.. turun segerombolan jejaka pegi kat court valley ni.. pergh~ ramai bak hang = ='' last2 tak de pilihan kene main sama2.. bayangkan pompuan ada 6 orang je..lelaki plak boleh buat lagi dua team = ='' dua akak senior and lagi 4 orang tu member zara..zara masuk geng senior2 ni.. haha.. nasib baik la abang2 ni sporting.. bila dapat gelak memang tak ingat dunia dah.. hihi

penat main sampai maghrib tadi.. rasanya bangun pagi esok mesti kaki kejang.. warming up dah buat tapi lepas main tu lupa nak cool down balik.. ni sume pasai tak nyempat nak lari ke kafe beli air.. hihihi.. skali sedut je air sirap tadi..nmpak dah beribu kalori terbakar lepas main.. hahaha

so sekarang ni mata dah ngantok sangat.. zara ni memang macam ni.. kalau main petang2 sampai tak ingat dunia,, malam kene tanggung la penat lelah.. orang lain kalau petang bersukan malam bertambah tambah cergas = ='' zara terbalik! 

esok kita citer lain pulak :D

gudnite lah.. tata :)



LELAKI :)

assalamualaikum

lagu ni tersangat lah awesome :D
tapi zara tak suka la bila yuna cakap lelaki tak guna = =''
sebab zara sayang ayah zara.. ayah zara lelaki :)
kawan kawan lelaki zara pon zara sayang sangat.. tak de sorang pon yang tak berguna 
and ada seorang 'lelaki' yang special dalam hati yang zara sayang sangat ;)


Friday 7 June 2013

ainul2!

salam..

sedih betol malam ni.. ainul punya pasai la ni.. back up eman lebih lebih = ='' fine!
biarlah aku macam ni..lambat laun aku akan terima.. aku tengah belajar nak menerima kenyataan wei..aku tau ! aku sedar ! trima kasih ;)

#tak de mood :(

itu saya ! ;(

assalamualaikum..

Di mana kan kucari ganti..
Serupa denganmu..
Tak sanggup ku berpisah dan berhati patah 
hidup gelisah ~

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalku sendirian
Tiada berteman dalam kesepian ~

AWAK ! 
saya bukan SUPER CAR
saya bukan SUPER JUNIOR
saya bukan SUPER MODEL
saya bukan SUPER MARKET
saya hanya SUPER WOMAN yang sanggup tunggu awak !


Thursday 6 June 2013

can mali can hoi hoi !! 0,0

assalamualaikum..


Di mana dia anak kucing saya
Anak kucing saya yang makan ikan selar
Di mana dia cinta hati saya
cinta hati saya ada di TAMAN MALAR ! hihihi

esok nak pi MELAKA dah ! alahai sedihnya nak kena tinggalkan ipoh  :(
merantau kat negri orang plak lepas ni.. haih.. nasib la dua bulan je praktikal.. kalau tak.. tak tau la nak jadi apa..
nape ntah cik zara rasa takot nak pi sana... mungkin sebab masuk tempat baru kann.. tak tau keadaan kat sana nanti macam mana..tapi nasib baik la ramai bebudak dari kolej masuk UNIKL MICET.. at least pasai nak cari kawan ni tak de hal la.. hihihi

lagi satu rasa sedih plak sebab nak kene berjauhan dengan mak ayah.. uwww nampak tak kita ni anak manja.. hihihi *manja la sangat.. tak boleh kawen la cenggini.. haha
dua bulan kat sana tak tau lagi ada masa ke tak nak balik ipoh..

* tetibe tersedar diri = ='' * oi cik zara.. sedar diri sikit.. awak tu pi sana 2 bulan je = ='' bukan dua tahon.. over buat ayat sedih macam nak pi berperang !

wuwww (~'u')~ tak tau nak abiskan ayat entry ni macam mana..
owkay tata T____T

andai aku pergi buat selamanya..
jangan pernah tangisi kehilanganku :)
ceh wah !
huhu

salam sayang untuk orang taman malar.. hihi 
orang taman perpaduan nak pegi dah ~


syok sendiri je ni -,-

assalamualaikum..

" kalau nak stalk.. jangan stalk salah orang.. takot elok elok happy jadi sakit hati pulak kannn "

" kata kata cinta saya untuk awak bukan sekadar
 mainan untuk awak "

" kadang kadang cinta bertepuk sebelah tangan ni perlukan kesabaran yang amat tinggi "

" mengejar seseorang yang belum pasti milik kita "

ayat ayat yang hanya mampu terluah kat blog je :) nak cakap terus terang tapi takot dengan reaksi yang entah pape = ='' 




sesaje :)

assalamualaikum.

tetiba terpikir nak cari makna nama aiman asyrani :) * boring melanda = =''

aiman means YANG BERTUAH * haih ni yang nak rebut ni.. haha
asyrani means PERIANG / KEMEGAHANKU * ceh wah !

baru tau nama dia hebat ! *patutla.. 

lepastu terpikir nak bagitau makna nama kita pulak
* sumpah gedik = =''
tapi kita tetap nak bagitau jugak.. wahaha

zahra means BUNGA / PUTIH BERSERI *ecece.. blink 3x!!
fida means PENGORBANAN * T____T jadi ank sulung mmg banyak pengorbanan pon..

BUNGA PENGORBANAN :) puteri hati mak dan ayah yang bersedia berkorban demi membantu mak dan ayah ! yeah !! *semangat betol

then teringat kat mazwin :) cari makna nama dia.. tapi tak jumpa.. alahai internet..
makna nama ainul pon tak jumpa.. tapi azri aku jumpa.. makna azri kekuatanku / penyokongku ! 
so azri.. ang mesti sokong aku !! 

*amboi kemain tulisan nak warna warni.. aku pon pening
nak baca = =''

datang la!

assalamualaikum..

untongla dah ada lesen.. jelez giler..tumpang gembira je la.
pagi esok belum masuk keje lagi kan ?! mai la datang.. jumpa kat tempat biasa..
*mengharap sangat ni !
owh lepas ni buat part time kat mekdi kan.. yeay! boleh pegi slalu.. haha
btw.. kalau kakak gatal (*yang ckp ank ikan tuu )  nak ngorat jangan la layan.. jangan buat sengih kerang yang manis tu.. 
kakak kakak baskin robbins tu pon jangan layan sangat.. tak padan la.. haha *eh eh zara = =''

gudnite asyrani.. tata..

Wednesday 5 June 2013

aiman asyrani :)

assalamualaikum..

ya.. sesungguhnya hari ni saya sangat gembira :) ! nak tau kenapa ?! sebab petang tadi saya jumpa aiman :)

kali ni dapat cakap lama dengan aiman.. kalau sebelum ni jumpa kat ujung taman cakap sat sangat  mungkin sebab due2 malu kot.. erk = ='' selalu bergurau senda dalam mesej je.. tapi tadi aiman bergurau dengan aku.. loyar buruk memang pandai.. = =''

aiman : nak apa?
zara   : Mc chicken dengan big mac :) * control baik punya.. haha = =''
aiman : large ?
zara   : ha'ah
aiman : air tukar dengan float eh :) *saje nk kenakan cik zara
zara   : hah ?! owh owkay.. boleh je *mengaku time ni tengah blur = =''
aiman : hah ! siyes tukar dengan float ?! :)
zara   : eh tak2 ! nak pepsi *tersedar dari lamunan.. haha
aiman : *senyum manis :))
aiman :lagi nak apa ?
zara   : nak eskrem Mcflurry satu :)
aiman : oreo eh ? :)
zara   : ha'ah
aiman : baik amik yang milo ni :) *sambil tunjuk kat iklan tu
dalam hati zara : eh aiman ni! saja nk test aku = =''
zara  : eh tak pe.. nak oreo jugak :)
aiman : makan sini ke bawak balik ?
zara  : bawak balik :)
aiman : owkay :)

tapi lepas tu datang balik mekdi semata mata nak makan Mcflurr lagi :) hihihi.. kali ni beli yang milo tu.. Mcflurry supreme milo :) * yang aiman cadangkan tadi.. hohoho

haih~ sukanya dalam hati ni tak tau nak describe kan macam mana..alahai aiman.. npe la senyum manis sangat ?!! tak tido malam la macam ni.. *over zara = =''
duit balance yang aiman bagi tadi nak simpan elok2 :) tak mau guna.. hahaha *sakit zara ni = =''
haih.. SAYA SANGAT SAYANG hari ini :)



JATUH CINTA lagi sekali T_____T dush 3x!

" without you i'm incomplete "












Monday 3 June 2013

bila ya ?!! :D

assalamualaikum..

time memalam macam ni cik zara memang suka merapu meraban sebelom nak tidur :)
tak ada benda nak diceritakan.. hanya luahan isi hati yang selalu mengimpikan supaya 'MIMPI' ku menjadi kenyataan :) *time baca tu mesti dalam mode sedih tau.. baru feelingggg.. hehe..

Tengok yang ni.. PAK WE orang..
Tanya yang ni.. TUNANG orang..
Usyar yang ni.. dah LAKI orang..
Aaiii semua milik orang = = ''
Habis aku punya bila nak datang ?!!

 Kita selalu mengharap pada yang tak sudi :(
Sabor je lahh.. hahaha *saje nak menggatai = ='' hehe

Jika hari ini kamu jatuh tersembam muka..
Tidak mengapa..
Aku bisa menjadi penyambutmu untuk seketika.. - lantai :)
# hambik kau aku bermadah :P

*rekaan cik zara.. tak de benda pon
lambat lagi masanya nak kawen ni T___T


smile baby smile :D 
aiman ingat tak lagi ?! 
hmmmm..
 yes pasti !!
mesti dia dah lupa.. (;
alahaii..

Sunday 2 June 2013

cik zara :)

assalamualaikum..

" Jatuh Bangun ,, itu biasa..
Jatuh Bangun Kejar ,, itu luar biasa !! "

tiada tajuk.

assalamualaikum..

kisah lalu dihadamkan pasrah..
ditelan pahit baik diluah..
kisah baharu menanti indah..
diburu tanpa mengenal lelah..

ternyata dirimu berseri menanti..
keyakinan dipupuk doanya pasti..
kujemput dia sebulat hati..
mengorak langkah demi redha ilahi :)


# ngantok.. merapu..