SEMANIS SECAWAN KOPI YANG DICAMPUR 10 SUDU GULA :D

Saturday 16 August 2014

bahagia kan?


Bahagia itu bila sesuatu yang kita harapkan muncul tak disangka.

kan ?!

mungkin yang ini.


Pada awalnya aku ingin begini,

Jatuh cinta pada engkau,

Cinta pada yang sederhana,

Yang tak perlu sempurna.



Tapi bila lama,

Bila rasa dah bahagia,

Aku lupa asal usul,

Aku buta pada sejarah lama,

Aku alpa yang aku pernah terluka.



Bila teringat,

Baru tersedar,

Yang aku dah terlalu tinggi,

Dan yang paling pasti,

Kalau jatuh aku mesti mati.



Aku tak sanggup nak hadapi,

Seperti dulu yang setengah mati,

Aku belajar berdiri sendiri.

Ahh buntu aku akal mati.



Kenapa kau hadir.

Selalu birukan hari aku.

Kau balut luka lama,

Kau buat aku rasa sempurna.










indahnya.


Jujur aku katakan,

Aku tak pandai kalau nak ceritakan,

Saat manis saat indah yang aku rasakan,

Bila hati mula tertawan,

Pada dia, kumbang yang rupawan.



fening fening

Perlu dicari ?
Atau
Biarkan muncul dengan sendiri ?


kalau tak mahu, ada pulak yang sudi

kalau mahu, ada pulak yang lari.


Thursday 19 June 2014

kesempatan.


lagi lama kau kenal aku,

lagi banyak kekurangan aku kau nampak.

sama ada kau mahu terima,

atau lari dari kekurangan  aku,

sama ada sama sama mahu baiki

atau

kau biar aku terkapai kapai

satu aku mahu pesan.

jauh mana kau pergi,

kau takkan dapat yang sempurna.


kau kenal aku.

aku kenal kau.

terima kasih sebab beri peluang

kesempatan untuk aku belajar.



Sunday 25 May 2014

sembang.



pandai kau cakap pada orang.

'jangan jadi bodoh sebab cinta'

tapi bila kena pada kau ?

tiap masa menggelabah.

sampai malam mengelamun tak sudah.



hantu.


apa gunanya aku.

kalau kau masih mengharap.

pada dia yang lama.


aku cuba fahami.

aku maafkan segala salah laku.

tapi kalau dah berulang kali.

apa kau fikir aku tiada hati ?


jangan jadikan aku sebagai alasan.

aku bukannya tempat 'pelarian'.

untuk kau lari dari perasaan lama.

yang masih segar bugar berhantu.

Friday 2 May 2014

Monday 14 April 2014

amboi sangat.


tak elok sebenarnya tido lepas asar.

orang cakap boleh jadi gila.

kau nak jadi gila sebelum kawen ?

mesti tak mau kann ? hahah.

orang cakap pepetang cenggini baik pegi riadah.

joging ke.

main badminton ke.

main futsal ke.

bagi keluar peluh.

baru badan sihat.


jujur la.

aku penah la jugak tido lepas asar ni.

penangan dia bila aku bangun tido.

diri sendiri pon macam dah tak kenal.

terok derr. sumpah teruk.


emmm.

sebenarnya sekarang ni aku rasa macam ala-ala sleeping beauty laa.

tak paham ?

aku ngantok.

nak tido.

ahh abaikan apa yang aku merepek awal awal tu.

kakaka.