SEMANIS SECAWAN KOPI YANG DICAMPUR 10 SUDU GULA :D

Tuesday, 16 July 2013

pabila engineer buat cupcake :D

salam sayang :)

gambar sekadar hiasan..
cupcake kitorang tak secantik nii !

hari ni hari yang agak mencabar.
benda ni terasa lagi mencabar sebab buat dalam bulan puasa !
hari ni bebudak FIST pegi lawat lab food.
yes of course. ni la course yang aku amik.
syok weh. boleh makan slalu. hahaha

lab start pukul 9 sebenarnya. tapi aku , wani ngan eg pukul 9 baru nak gerak dari bilik.hehe
sampai kat depan lab ada berapa orang je tak masuk lagi.. tgh tunggu turn..
ingatkan kitorang yang paling lambat..
rupa-rupanya ada segerombolan group lelaki kat belakang kitorang. haha
kumpul-kumpul budak pompuan ada 9 orang je tak masuk lab lagi.
sume muka lambat datang. haish apa nak jadi tak tau. 
so..mula mula group kitorang pegi lab microbiology.
biology ?!! nasib badan la kene belajar bio balik.
dulu  aku amik course engin ni sebab nak lari dari bio tapi last2 jumpa balik. = =''
terpaksa hadap jugak laaa.
sesi lab ni best. dapat tau pasal bakteria *owkay tipu je.
yang bestnye sebab sembang pasal makanan. giler sape yang tak teruja.
perut pon sibok je nak menyanyi nyanyi.
lecturer tu cakap dia selalu bawak student food pegi lawat kilang yogurt , coklat sebab nak tengok cara-cara benda tu dibuat..
hmmm agak excited :D 
eh lupe nak citer.. tadi lecturer tu tanya sape dok perak.. sudahhh! aku dah glabah da ni.. kalau kene soal takot tak terjawab.. haha
rupa-rupanya madam tu nak tanya pasal TEMPOYAK je pon..huh.. kus semangat!
aku rasa budak laki mesti ada yang dr perak.. kenapa mesti aku yang kena target ?! = =''
madam tanya makan tempoyak tak ? aku cakap la makan.. aku tolak batu ngan kayu je.. haha

then.. kitorang gerak pegi lab sebelah..
lab ni paling best !
lab food processing :)
kat sini la kitorang buat cupcake tu.. masuk je lab dah bau kedai kek.. pergh~ bayangkan je la.
aku prasan big asyik kuar masuk je. tak tahan la tu.. hahaha
lecturer tu bagi talk sikit sebelum buat cupcake.. dengar jelaa walaupon tak sabar-sabar dah nak buat cupcake :)
lecturer tu panggil itik.. itik ni bukan haiwan tu. ni nama gelaran. hahaha
itik kene masukkan bahan-bahan nak buat kek tu ke dalam mixer..
kecoh-kecoh dalam lab bila laki buat keje = =' yang aku ingat mula-mula masukkan 6 biji telur, masukkan tepung *tak ingat sukatan hehe , 250g gula, ovelet, butter.. rasanye ni je la kot..
haha.. sumpah zara ni tak boleh harap..
bila dah siap mix sume tu, turn budak pompuan plak nak tunjukkan kepakaran = =''
ni yang lemah sikit ni.. kalau buat sengsorang kat umah boleh la nak bedal je sesuka ati..
tapi masalahnya ni buat depan member-member..orang lain buat steady je.. tapi bila time zara nak masukkan adunan tu dalam acuan pergh !! terketar-tekar = ='' sumpah malu gua kata sama luuu..
nak masukkan adunan dalam plastik tu satu hal.. abis comot tangan-tangan..yang tak boleh tahannya yang lain gelakkan aku.. huaarghhh! pok ley tak habis-habis ngan saiko nye..dari court volley lagi.. zaraa!3x.. terjerit-jerit panggil nama aku = ='' pok ley cakap zara nak main bola tampar la tu..silap aku tak tampar kau pok ley.. mengganggu kosentrasi aku.. huahuahua..aku pon jadi tergelak sebab dengar dorang gelakkan aku..so,, time nak picit plastik tu dalam acuan terketar-ketar la tangan..eg cakap dia takot tengok aku buat tu.. risau katanyaaaa! hahahaha..
eh aku baru teringat aku tak basuh tangannn!! haha. nasib kome laa..

time nak tunngu cupcake tu masak,, kitorang gerak pegi lab sebelah lagi..
lab food packaging :)
dalam lab tu kitorang tengok cara-cara makanan dibungkus..
lecturer tu tunjuk kat kitorang cara-cara kacang shantong dibungkus.
tak sangka kacang-kacang tu dah kuar kat pasaran..
so kitorang tak boleh nak amik sebab nanti tak cukup nak anta kat pasaran..
hmmm sedih ahhh cenggini.. haha gedikk!
sekejap je kitorang dalam lab ni..
lepas tengok kacang-kacang tu dibungkus, kitorang pegi balik lab food processing tu.
nak tuntut cupcake laa. apa lagiii.. hahaha

masa sampai dalam lab tu,,cupcake tak siap masak lagi.. so kene tunggu..
sambil tu sempat la tengok lecturer tu nak buat kek lapis coklat pisang.. syoknyaa! :D
ralik tengok madam masukkan bahan-bahan tu..
kitorang dalam tu macam anak-anak yang tengah tengok mak dia masak kek :) baik je sume.. haha
tapi budak-budak laki macam biasa laa.. mana tau duduk diam.. risau cupcake tu hangit sampai sanggup berdiri kat depan pembakar tu. alahai :D
 sambil tunggu-tunggu tu mad apik sempat ajak bergambar skali ngan dia.
zara pon owkay je la..mula-mula nak pegi bergambar kat cupcake yang group lain masak.. tapi ramai plak kat situ.. so kitorang pegi kat blakang.. mula-mula line clear je.. tetibe group mana ntah masuk kacau.. macam kete api lalu.. panjang ! dah macam tunggul plak tunggu dorang abis lalu kat situ..
lepas dah clear.. kitorang pon amik la gambar.. first time bergambar ngan mad apik.. sebelum ni tak rapat pon.. sejak main volley sama-sama terus kenal..terkejut la jugak bile die ajak bergambar sama-sama..berdua plak tu.. owkay macam dah gedik ang ni zara = ='' aku terkejut je.. tapi cover lagi.. haha.. entah macam mana la rupa aku dalam gambar tu.. haih lantak kome la..kot-kot ada budak FIST yang terbaca entry ni jangan salah anggap plak.. aku tak de prasaan lain pon kat dia.. owkayy :D haahah .. gedik3x!

owkay penat tunggu at last cupcake pon masak.. yeay!
naik gebu kot cupcake ni.. bau dia harum sangat..
syok sangat.. puas hati :)
lepas amik cupcake teros balik..
hilmi amik sampai tiga.. ada yang sampai penuh dua belah tangan pegang cupcake..pergh memang nak melantak ni = =''
malas la nak tengok kek lapis tu..
ngantok bila lapar-lapar ni.. cupcake dah dapat senang hati.. *macam budak-budak.

bye-bye :)






6 comments:

  1. zara kos ape??

    ReplyDelete
    Replies
    1. zara kos engineering in technology. btw sape anonymous ni? :)

      Delete
  2. owh...kos nie blaja psl ape erk??
    sy nie kwn seusia.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh. haha.owkay kwn seusia :) zara engineering technology in food.so banyak belajar berkaitan bakteria (mikrobiology). npe tnye? berminat? haha

      Delete
    2. haha..agak menarik gak kos zara.. :)

      Delete
    3. memang menarik pon. blaja pasal makanan. sape tak suka :)

      Delete