SEMANIS SECAWAN KOPI YANG DICAMPUR 10 SUDU GULA :D

Tuesday 23 July 2013

cinta Dia :)

Cinta Allah sangat luas..Bila diuji itulah tanda cinta..
Bila diberi derita..itulah tanda kasih diterima..
Bersangka baiklah dengan Allah..
InsyaAllah syurgaNya menanti disana :)


kadang-kadang walaupun nampak gembira tetapi hati di dalam bagai nak dirobek-robek..Sedih dan duka.. Mesti semua pernah rasa kan? memang tak boleh lari dalam kehidupan yang penuh pencaroba ni.. Selalunya kita akan menangis atau pun menyendiri ataupun diam kan saja.

selepas dah owkay baru rasa ceria balik kan ? Baru boleh cerita dekat kawan-kawan.. Baru boleh mula tersenyum.. Tetapi dalam kita bercerita kita kena berhati-hati.. Jangan sampai membuka pekung di dada.. Sebab manusia ni tak sama.. Kadang-kadang yang putih tu tak semestinya suci dan kadang-kadang yang hitam tu tak semestinya busuk.. Jangan menilai seseorang hanya dari pandangan mata kasar.. Siapa kita nak menilai seseorang.. 

Manusia adakala berasa senang dengan kesusahan yang menimpa seseorang.. Kita ni hanya manusia biasa.. Tak boleh lari dari sifat dengki cemburu dan sebagainya.. Apa yang kita mampu buat hanyalah melawan supaya diri kita sentiasa terhindar dari sifat buruk tu..
Dan satu lagi perkara yang penting.. Jangan pernah berhenti berharap pada Dia.. Walau seteruk mana pun kita diduga.. ingatlah bahawa itu tanda Dia masih menyayangi kita.. 




No comments:

Post a Comment