SEMANIS SECAWAN KOPI YANG DICAMPUR 10 SUDU GULA :D

Friday 26 July 2013

bacalah wahai ANAK :)

assalamualaikum :)

Kita mungkin belum melalui saat-saat ini.. Malah emak dan ayah masih ada di sisi.. Tapi ada yang tidak prihatin dengan mereka.. ada yang mensia-siakan mereka.. Kepada yang khilaf bila menganggap hanya kiriman wang sudah memadai bagi menggantikan diri insaf lahh.. Ada waktu tidak perlu wang ringgitmu.. Tapi perlu ada ucapan kasih sayang rindu akan mereka ;)

" peluk dan ciumlah mereka selagi mereka masih mampu membalas rangkulanmu.. Andai mereka telah kaku, bahasa hanya ungkapan kata yang tiada lagi makna kepada jasad yang tidak mampu lagi untuk menerima .."

satu kisah ini :
* gambar hiasan 
Terjadi suatu kemalangan dahsyat di lebuh raya yang melibatkan sebuah kereta sepasang suami isteri bersama seorang bayi.. Kereta yang dinaiki mereka telah hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan dengan hentakan maksimum.. Kereta remuk keseluruhannya..

Di tempat duduk pemandu.. si suami telah terkulai.. badannya terlungkup pada stering..Dia mati dengan kecederaan yang teruk di tubuh dan kepalanya.. Di sebelahnya pula si isteri sedang bergelut dengan kematian.. Tubuhnya tersepit di situ.. Terkapit di antara tempat duduk dengan keluli pejal kemek seperti ragum maut yang menggigit rapat..

Alangkah sukarnya saat itu.. pada pipinya tertusuk-tusuk kaca cermin hadapan yang pecah.. Sedang kulit dahinya terkoyak sehingga menampakkan putih tulang tengkoraknya kesan tujahan keras dan hentaman kuat.. Tulang bahunya kanannya pula patah.. Tulang itu tercungkil keluar mengoyakkan daging dan kulit bahunya.. Tangannya terkulai..

Pada saat ini dengan darah merah pekat mengalir keluar dari tubuhnya dan kesakitan yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata.. Dengan isyarat longlai dia meminta anggota bomba untuk diberikan padanya anaknya yang terselamat.. Anak itu menangis kuat tidak mengerti apa-apa..

Si ibu dengan lelehan air mata bercampur darah.. Dalam tangisan pilu penuh sayu mendakap anaknya seakan tidak mahu berpisah dengan jantung hatinya.. Dalam seribu kepayahan si ibu pada ketika itu menyingkap bajunya lalu menyusukan anaknya.. Dalam saki baki nafasnya itu dia memeluk anaknya, merangkul erat dan disuapkan lautan kasih sayang dalam air susunya kepada mulut comel yang rakus menyusu..

Kasih ibu.. Seputih susu sebening firdausi.. Dalam nafas sukar itu dada si ibu berombak ombak .. Nafasnya tersekat-sekat.. Sesaat kemudian dia memejamkan matanya yang menangis.. Rohnya berangkat pergi selama-lamanya..

Meninggalkan anaknya bersama tangisan memanjang dalam episod kasih yang tidak kesampaian..

Berapa nilai kasihnya ibu.. Berapa berat kasihnya ayah.. Sebagai anak, tugas yang di galas tidak akan pernah usai walau diganti dengan nyawa sendiri.. Belum sebesar zarah dapat membayar atau menyamai pengorbanan ibu mengandung serta melahirkan dan ayah yang bertanggungjawab membesarkan.. 

Dan bila suatu hari nanti mereka sudah tiada jangan pernah lupa segala pengorbanan yang dicurahkan.. Panjatkanlah doa semoga mereka sentiasa dirahmati dan di sayangi oleh-Nya..


mom, dad you are the best among the best ! I don't know how to tell you guys but I feel so glad to have both of you as my parents..
#PROUD TO BE YOUR DAUGHTER ! HEHE..

No comments:

Post a Comment