SEMANIS SECAWAN KOPI YANG DICAMPUR 10 SUDU GULA :D

Thursday 11 April 2013

naluri ingin bercinta :D

salam syg :)

tak dapat dinafikan perasaan kasih, cinta dan sayang dalam diri manusia..
ia diterima sebagai perkara normal dalam kehidupan seharian..


kita boleh mengambil panduan daripada kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha..Allah berfirman yang bermaksud: "Dan sebenarnya perempuan itu berkeinginan sangat kepadanya dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginan pada perempuan itu jika dia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina) .. (surah Yusuf ayat 24)

Nabi Yusuf berjaya mengawal dirinya daripada terjerumus dalam cinta yang membawa jenayah zina..Islam menggariskan beberapa garis panduan dalam tatasusila terutama dalam hubungan lelaki dan perempuan..

antaranya : 
-tidak dibenarkan pergaulan bebas
-tidak duduk berdua-duaan tanpa mahram
-menjaga adab pertuturan dan berpakaian
-menjaga pandangan mata
-ikhlas untuk mengambil sebagai isteri

jika dalam keadaan demikian maka berpasangan dan percintaan dibenarkan..perasaan kasih dan sayang termasuk dalam prinsip dan nilai yang terbaik dalam islam..

islam membahagikan perasaan kasih sayang manusia kepada beberapa peringkat termasuk kepada keluarga, ibu bapa , anak, jiran, bangsa dan negara..

bagaimanapun budaya bercinta tanpa panduan agama dan hanya meniru budaya dan gaya hidup orang barat yang bebas dilarang kerana hanya akan membawa kerosakan moral dan akhlak individu..

No comments:

Post a Comment