SEMANIS SECAWAN KOPI YANG DICAMPUR 10 SUDU GULA :D

Monday 1 April 2013

jangan bersedih :D

slm syg :)

apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini..
merenung jauh mereka di sana penuh keseronokan dan kegembiraan..
namun,, kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahagian sebenar-benarnya...

ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya..
selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta..
dengan faktor kekayaan..
walaupun itu boleh menjadi penyumbang tetapi itu bukan segala-galanya...

betapa ramai orang yang berada di dalam rumah yang besar..
tidur di atas katil yang empuk..
tetapi lenanya tidak nyenyak..
bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk..
kadang-kadang dia lebih lena daripada kita..

ada orang yang dihadapannya terhidang makanan yang hebat..
lauk pauk yang bagus..
tetapi lidahnya tidak enak..
lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua jenis lauk..
tapi dia lebih enak dan selesa..

kata Hamka lihatlah bagaimana Allah membahagi bahagikan nikmat 
semua orang sangka kalau orang tu ada rumah yang besar..
ada makanan yang sedap..
tentulah hidup dia bahagia dan tenang..
Belum Tentu !

tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah SWT..
jika Allah mahu memberikan kebahagiaan kepada seseorang..
Dia tidak boleh di tahan oleh apa-apa tangan sekali pun..
jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang..
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekali pun..

nak lebih feeling tengok video ni :)

No comments:

Post a Comment