SEMANIS SECAWAN KOPI YANG DICAMPUR 10 SUDU GULA :D

Thursday 25 April 2013

keep on waiting. hoping . praying.

assalamualaikum.


mungkin hanya aku sahaja yang membaca coretan ku sendiri atau mungkin juga tidak.
tapi tidak mengapa, disini tempat aku meluah perasaan selain pada Dia di atas.
aku mula terpikir akan sesuatu perkara.
sebenarnya sudah lama sedar cuma mungkin hati masih tidak dapat menerima kenyataan.
mengapa aku menjadi semakin lemah sejak kebelakangan ini ? mengapa dan mengapa?
mungkin benar aku sudah terleka dan lalai.
terlalu asyik melayan perasaan sedih ini. sungguh ia sebenarnya menyakitkan.

"cinta adalah seberkas cahaya terang dalam kegelapan malam"

"mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu."

"cinta sejati mendengar apa yang tidak dikatakan,
mengerti apa yang tidak dijelaskan,
sebab cinta tidak datang dari bibir lidah atau fikiran
melainkan HATI."

Pasti ramai yang fikir aku sudah putus cinta. Sebenarnya tidaklah begitu. Sebab sungguh aku tak pernah bercinta dengannya. Tapi jujur , aku sangat menyukainya. Sayangnya, mungkin benar dia tidak pernah ada sekelumit perasaan terhadapku. Aku keliru dengan layanannya. Tapi itulah manusia. Suka membuat konklusi tanpa berfikir sedalam dalamnya. Dan tatkala ini, aku tersedar, mungkin dia bukan untukku. Tetapi insyaAllah, i keep on waiting , hoping and praying for him.








No comments:

Post a Comment