hi..zara nak share sesuatu yang mungkin seseorng sangat memerlukan di saat ni.. :)
tentang solat sunat istikharah :D
Solat Sunat Istikharah
Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama
bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara
yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil
keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau
menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah
melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya..yang penting solat ni bukan hanya dilakukan bila time nak cari jodoh je..
benda lain pon bole :)
Tata Cara Shalat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat
subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah.
dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam
mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab
itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.
Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana
Allah Ta’ala
Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun
Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin
diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal
ini….(sebutkan namanya)”
Doa istikharah
Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh
Rasulullah SAW:
Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka
biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru,
wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii
diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii
wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra
syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa
aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma
ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam
pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku
mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang
dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha
Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik
bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang,
takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana
bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang
ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku
daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau
Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”
Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan
pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan
pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan
sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah
salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah
berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan
terbaik dari yang Maha Kuasa.
Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang
dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah
yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan
mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap
mempunyai husnuz-zan kepada Allah.
No comments:
Post a Comment