SEMANIS SECAWAN KOPI YANG DICAMPUR 10 SUDU GULA :D

Monday, 31 December 2012

you made me CRY, made me LAUGH, but its time to MOVE ON...

salam syg :)

hari ni hari terakhir bagi tahun 2012..!!
sekejap je kan rasanya masa berlalu..

tahun 2012 mempunyai kisahnya yang tersendiri untuk hidup zara :)
ada yang manis untuk di kenang,, dan pahit untuk ditelan..
tapi alhamdulillah sebab semuanya berjaya di tempuh walaupon mungkin ada beberapa perkara yang gagal di sempurnakan dengan baik,, 

awal tahun 2012,, zara menghabiskan masa selama 3 bulan di kem plkn tegas mesra,selama, perak.
kenangan kat sana terlampau banyak..! banyak pengalaman baru yang zara dapat,, yang paling berharga bila dapat berkawan dengan diorang yang berlainan kaum dan agama..(:
first time dalam hidup zara dapat kawan yang berlainan kaum dan agama sebab sebelum ni sekolah sume satu kaum..zara akui pada mulanya susah untuk bercampur, tapi lama2 jadi serasi.. dorang sangat baik..! alhamdulillah sampai sekarang masih berhubung dgn beberapa kwn dari kem..ending yang cemerlang.. tahniah untuk diri sendiri (:

lepas tu,zara masuk kolej.. zara sekarang belajar kat kolej mara kuala nerang , kedah.. jadi orang utara tahun ni..!! haha..zara amik course foundation in science and technology engineering.! insyaalah nanti sambung buat degree tahun dpn bln 4 kat unikl..!! yeay..(:
kat kolej ni pon zara dapat banyak pengalaman.. first time zara blajar kat tempat yang ramai LELAKI..!!
bayangkan dalam kelas hanya ada 5 orng perempuan,dan selebihnya 15 orng lelaki..sedikit malu dan kekok untuk membiasakan diri..tapi tu mula2 je..sekarang ni da mesra sangat..malu pon da hilang,,! haha.. dorang ni tak de la terok sngt.. sume GENTLEMAN..~ huhuhu..
pengalaman berharga yang zara dapat bila dilantik jadi bendahari utk rumah sukan..keje ni bukan mudah.. mcm2 kene uruskan.kalau dulu ade bantuan cikgu,, tp kali ni sume student yang uruskan..pergh~ nasib baik berjaya! haha..pastu abis sem 1 dan skrng da msk sem2.. sibok dgn asgnment dan silibus yang sangat padat..wish me luck!

another valuable experience is to connect with someone with more closely (:
he is my best friend forever.. i will never forget my memories with him..
thank you for everything..!
here comes goodbye..!

sweet n sour memory (:


welcome 2013..!!!
harap2 tahun baru ni zara akan lebih bernasib baik..
tak bercadang pon nak pasang azam baru sebab masih banyak yang belum tercapai .

tata~!

i am getting older = =''

welcome to the world..!

i am ready..!



No comments:

Post a Comment