SEMANIS SECAWAN KOPI YANG DICAMPUR 10 SUDU GULA :D

Tuesday, 5 November 2013

kuat sayang :')


lama aku tenung 'delete'
tak sangka aku tekad.
aku dah padam mesej-mesej lama.
ye aku tahu aku lambat.
lambat untuk bertindak.

dari hari first mesej sampai hari terakhir.
mula-mula teragak agak jugak sebab sedih nak buang kenangan
tapi
aku terpaksa.

setiap malam aku baca conversation lama
setiap malam aku teringat kenangan lama
aku dah tak larat
aku dah penat
penat asyik merindu.

kau bukan tahu.
sebab kau tak pernah nak ambik tahu

macam mana aku tahu ?!
kau lupa dulu kau yang bagitahu.

tak pe lahh.
walau menitis satu dua air mata ni
akhirnya aku lega
sebab lepas ni aku dah tak de sebab nak teringat tentang kau.
hikss :')

owhh ye.
kalau betul kau angau pada dia.
jangan pernah mainkan perasaan dia 
jangan pernah bagi harapan yang sama pada dia
kalau harapan tu tak palsu owkay tak pe go on :)

walau aku rasa sia-sia tulis pesanan ni untuk kau
tapi aku harap sangat ada someone yang tolong sampaikan 
sebab aku tahu
kau tak kan baca tulisan sampah aku ni :')

kau tetap kawan baik aku wehhh.

moga kau tak rasa apa yang aku rasa.
zara                     
assalamualaikum.

Saturday, 2 November 2013

pendam.



bukan bermakna 
kau senang dapat aku
perasaan aku murah. Bukan.

hati aku boleh terima kau
begitu cepat.. Pelik.

mungkin kau lain.

siapa tahu ?

kau layan dia
sama seperti aku

bila dia mula bergantung harap---

tahu pula 
kau gelabah tak kira masa.

sebenarnya
aku ke dia dalam hati ?

" kau dah boleh pesan kat diri sendiri "

baik kau pergi terus
hati dia bukan untuk kau
kau boleh nampak 
dari cara dia semua.

kau je yang buta.

" ingat nak ambil hati orang bukannya mudah"

sebab bukan mudahlah
 aku cuba jaga hati yang satu tu
walau hati aku tiada siapa peduli.

tiada.

Ingat !

aku bangkit dari celaka yang kau beri
celaka yang kau tinggalkan - pedih.

dan kerana celaka itu.
aku masih disini..

bukan semua pengorbanan
 itu membahagiakan. bukan.

sakit dia
kau pendam macam mana pun
akan jatuh juga setitis dua air mata tu.

ada masanya 
kita terpaksa berundur.
walau betapa sayangnya kita pada dia.

mengalah.

tak.
aku bukannya give-up
aku cuma dah penat

penat bila kau tak tahu menghargai.
semuanya sia-sia.
sampah.

orang nampak apa yang kita ada.
tapi orang tak nampak apa yang kita rasa.

sebab itu
kau lantang bersuara
kerana kau tak rasa sakit celaka tu.

silap aku juga
terlalu mengejar 
orang yang belum pasti
menyayangi dan menghargai aku.
sedangkan sudah ada
yang menanti dan menghargai aku.
janji tinggal janji.

ditipu.

aku bukan yang terbaik.
ya, aku tahu.

tapi kalau kau 
boleh dapat lagi terbaik
yang boleh sanggup hadap
karenah mengada kau semua

Pergilahh.

bila aku dah terlalu kerap
memujuk hati memujuk diri
hati aku dah lali
dah kebal
seolah sakit itu menjadi hobi

moga kau rasa -- nanti.






simpan dalam hati.




jika kau memahami 
hati seorang perindu
baru kau tahu derita hatiku.

jika suatu hari nanti giliran kau merindu
baru kau ingat derita hatiku.

jika dia bukan yang yang terbaik
hapuskanlah namanya dari hati ini.
dan...
andai dia harus hilang
biarkanlah dia hilang tanpa kenangan.

pengorbanan...
yang paling menyakitkan
apabila kau terpaksa 
melepaskan dia pergi
untuk dia cari kebahagiaan
dia... sendiri.

dan betapa...
bodohnya aku
kerana mengharap
pada orang yang dah tak sudi

bukalah mata sayang
belajar lihat dunia ini
banyak celaka dari bahagia.

kalau rindu dan cinta itu
boleh dijual beli
 aku pasti
akulah orangnya 
yang banyak menghabiskan 
duit semata rindu dan cinta itu..
sungguh.

sebenarnya 
terima kasih dah cukup
untuk rasa dihargai.

kau perlu berhenti
walaupun sekejap
jadilahh..

kalau orang tu sayang
dia akan nampak 
dia akan nampak siapa kau dimata dia..

buat apa dinanti 
pada yang tak sudi
lebih baik pergi
membawa diri memujuk hati

tak perlu ditangisi
bahagia pasti mengiringi -- nanti...

penat - sakit hati - cemburu 
semua bersatu dalam satu perasaan -- pedih

dan akhirnya
aku memilih untuk undur diri.

BYE

selamat malam.




Friday, 1 November 2013

untung dalam malang. hihi

assalamualaikum and hai.



actually zara baru balik dari pasaraya Giant Tampin. Keluar berdua je dengan kawan zara sorang ni. kekonon keluar nak amik duit kat atm je. tudiaa pegi amik duit sampai kat giant. haha. nampak tak maksud tersirat tersurat kat situ. hihi

kawan zara ni sewa kereta viva kat sorang abang ni.. molek la kan kete kecik sebab naik berdua je..
so tak pela.. kitorang keluar la dari micet nak pegi petronas isi minyak.. dari micet nak ke tampin dekat je.. lebih kurang 15 minit..

unfortunately, something wrong happened.. cuba teka pedia ?!!

minyak kete habis !!! 
serious kitorang dua dalam kete tu mati akai teruihh..
nak dijadikan lebih tragik lagi kete kitorang habis minyak kat tengah jalan sebab time tu tengah berhenti kat traffic light.. ya Allah time tu kecut giler perut.. bayangkan la tetengah malam pastu kete plak benti tengah jalan.. risau kena hentam dari belakang je = =''
owkay then kitorang bertenang jap.. kawan zara ni kol akak kete sewa tu mintak tolong.. 
cakap punya cakap pastu akak tu cakap satgi dia datang.. fuhhh lega ! 
kalau akak tu suruh settle sendiri memang masak la kitorang.. dalam kepala dah pikir dah calon-calon bebudak laki yang mungkin kena paksa hantar minyak untuk kitorang.. hihi

kitorang tunggu je la dalam kete.. bila lori lalu kat sebelah je terasa bergoyang kete ni = =''
tawakal je la time tu.. Alhamdulillah la selamat.. dalam tengah tunggu akak tu dtng hantar minyak tetiba ada satu motor ni benti tanya.. ada dua laki.. muda lagi.. rasanya budak sekolah..hmmm..mula-mula ingatkan wakil dari akak tu rupanya bukan.. bebudak tu nak tolong tolak kete ketepi tapi kitorang cakap takpe la.. sebab ingatkan akak tu nak sampai dahh.. then dorang pon pegi laa.. rupa-rupanya akak tu lambat lagi.. tak sampai-sampai pon dari tadi kitorang menunggu T___T

zara pon reda jela.. duduk la dalam kete tu sementara kawan si zara ni main game.. bosan dia kemain lagi.. tetiba zara perasan ada satu mamat naik moto ni dia dah lalu tepi kitorang.. sampai kat traffic light depan sikit dari keta kitorang dia pusing balik.. ehh zara pon pelik la jugak.. dia datang kat kitorang.. bila ada kat depan mata ya Allah hensemnyaaa! sumpah tak tipu.. tergamam terkesima terpaku terkelu and sume prasaan la ada..muka mamat ni manis.. dah la tinggi kurus plak tu.. dia tanya keta kenapa.. kawan zara ckp la yang minyak habis.. pastu dia cakap " hmm takpela.. meh nak tolak keta ketepi " what ?!! kitorang tak mampu nak tolak pelawaan mamat ni macam yang kitorang buat kat adik-adik tadi T___T wakaka..

so mamat ni tolak la keta sesorang dia.. gila gentle nya ! owkay kitorang dalam kete lepas mamat tu pegi meroyan macam apa je.. hilang dah sifat perempuan melayu terakhir kat situ.. part paling best bila cakap thanks kat dia.. dapat cakap sepatah ayat tu kat dia pon kira macam nak pengsan.. ya Allah teruknya = ='' tapi giler terharu la tadi.. 

 kalau ada budak laki yang baca citer zara ni mesti cakap 
" alaa biasa la tu " 
ataupon 
" alaa pompuan ni cepat cair ahh " 
ataupun 
"ekeleh tu pon boleh jatuh hati ?!! "
ataupun
"huishhh gediknya = ='' "
 kannn ?!
haihh tula.. korang tak paham perasaan pompuan..
rasa terharu tu lain macam..
tak sama macam perasaan-perasaan sebelum ni..
first time rasa perasaan ni.. ceh wahh kemainn.. haha
maybe sebab jarang dihargai..laki kat luar sana bukan sumenya respect pompuan..
caye la cakap gua !

so nak highlight dari citer ni apa yang zara nak cakap 
" jangan mengeluh bila ditimpa masalah.. setiap masalah adalah ujian untuk kita dan setiap masalah ada hikmahnya.. see !! kitorang dah jumpa hikmah tadi..haha " 

second story ~

" ehh ada lagi minah ni nak citer = ='' 

HAHA. suka hati kita la..

lepas beli belah kat giant tadi zara pegi beli burger.. lapar plak berjalan satu giant tadi..
time pegi order tu prasan jugak la abang tu pandang macam tengah terpikir sesuatu.. kita buat donno je la kan.. mungkin malam ni kita ni terlebih comel ke hape.. kahkahkah.. sesuka hati je buat conclusion sendiri = = '' 
lepas tu pesan kat abang tu nanti kitorang ambik sebab nak gi beli air kat restoran depan tu.. 

lepas beli air.. kitorang pegi la balik gerai burger tu..
ehhh dah siap masakk.. cepat betol = =''
lepas abang tu bagi duit balance tetiba dia tanya " budak mana ni ? micet ehh ? "
zara pon jawab la " ha'ah "
then abang tu cakap " owhh patotla macam penah nampak :) " 
zara senyum je la.. haha..patotla pandang tadi macam pikir sesuatu..
abang tu budak micet jugak la kiranya.. maybe cari duit lebih dengan berniaga.. bagus betul :) 
tapi silap tadi tak mintak diskaun sebab malu ahh lepas dia cakap penah nampak kita..haha..

bila sampai kat kete
ehhh baru teringat zara tertinggal air kat gerai burger abang tu..
segan nak pegi balik tapi pegi jugak lahh.. haha
abang tu ngan member dia pandang pelik ahh sebab zara pegi balik gerai dia.. zara pon selamber badak je la gi amik air kat depan tu..zara tunjuk botol air tu dengan tersenyum comel.. wakaka..
dorang gelak je laa.. owkay yang ni memalukan.. mcm mne boleh jadi pelupa ni haihhh = =''

penat ahh menaip pepanjang ni..
nak menikmati burger abang tadi.. haha..

BYE
  

xoxo      
gudnight.. tata







Wednesday, 30 October 2013

kau pergi jua.





kau pergi jua.

dari hidupku.

kini sendiri.

di hari-hariku...



pulang ke dakapanku.

aku ingin kau selalunya di sini

hanya hadirmu bisa menyatukan masa kita berdua

hanya hadirmu bisa melenyapkan segala sunyi disini...





Saturday, 19 October 2013

dulu buang. sekarang cari.

hai. assalamualaikum.

dulu dulu entah bila.

rasanya enam tahun yang lalu.

ruginya melepaskan.

sebab kejarkan sesuatu yang tak pasti.


sigh.


dulu dulu.

dia sentiasa ada disaat diperlukan.

sentiasa membantu saat dirayu.

dia tak pernah bagitahu isi hati 

tak tahu sama ada dia terasa hati

tak pernah tahu kalau dia makan hati

dan tak pernah tahu kalau dia sakit hati

walaupun ini kawan baik dia.


sigh.


sampai satu saat

dia berhenti ambik peduli.

dia berhenti mencari.

dia menghilang diri.



sigh lagi.


sekarang entah bila.

aku baru tersedar.

kehadiran dia.

mula tercari-cari.

barang dulu yang aku tak pandang.

'' teruknya aku ''



sighhh.


sekarang ni macam mana ?!

aku dah terjatuh hati.

hehehe.

tu laa.

dulu ada kau tak pandang.

ni la manusia.

aku dok cakap kat orang lain.

last-last terkena kat batang hidung sendiri = =''

huarghh.









Thursday, 17 October 2013

begini ceritanya.

hai. assalamualaikum.



psstt.. pernah nangis dalam tidur tak ?

masa mandi dalam shower ke ?

emm time solat ?

how about masa tengah cuci muka ?

HAH. merepek apa  = =''

do you know that feeling bilamana satu perasaan 'aku je yang kena jaga perasaan orang lain' melanda?

sadis bukan ?!
As one of the Ulama' said : orang akan nampak satu zarah kejahatan kita rather than sebesar dinosaur kebaikan yang pernah kita lakukan.

well i guess itulah manusia kan ?!
jujur aku cakap penat nak jaga hati orang ni. 
penat nak jaga sampai tak sedar dalam hati sendiri dah penuh tumbuh dek lalang sebab tak terjaga.
macam rumah usang.
tau kan rumah usang cam mana.

Ha cam tu laa.

Sigh.

hey inche hati.
aku kesiankan kau.
mereka hancurkan kau.
mereka sakiti kau.
mereka tak pedulikan kau.

tapi kau.
tetap gembira sebab dapat tolong dorang.
tetap nak jaga hati dan perasaan dorang.
tetap pikirkan tengtang masalah dorang.

cuci muka sambil menangis.

'usah la nangis '

aku nangis bukan sebab benda ni.. aku nangis sebab pencuci muka termasuk mata.

Eheh.

cover cun lettuw.

okay.. aku mintak maaf kalau ada yang terasa hati.
suppose to be kena mintak maaf depan depan
but well macam ni pon dah okay kot.
aku tak tahu kalau aku yang ada buat salah.
tapi as long as kita yang mintak maaf dulu 
ni pon dah kira legend la tahu ! haha

aku cuma penat.

orang tak faham.. dia ingatkan kita gelak doplohpat jam ni macam takde perasaan.

pasaipa kak ?!

Haih. pape je lah wehh. asalkan kau bahagia.

pasaipa ?!

sebab kebahagiaan kau adalah kebahagiaan aku.


selamat malam. moga bahagia.
cik zara.






Sunday, 13 October 2013

merungut all the time.

assalamualaikum.


hai.
 sekian lama tak mencoret di sini :)

semakin hari semakin sibuk 
sibuk dengan kehidupan yang hanya sementara.
yaa !
semua orang tahu ini hanya sementara.
tapi masih dikejar penuh rakus.
masih dicari tanpa henti.
masih dipuja tanpa lelah.
masih di idam tanpa jemu.

sibuk.
tapi masih tak nampak hala tuju.
ini bagi diri aku
aku sibuk tiap hari menyiapkan sesuatu.
seperti hamba abdi.
mengabdikan diri pada tugasan.
setiap hari diberi tugasan.
bukan merungut tapi benda ni lumrah.
mengadu la pada sesiapa pun.
jawapannya tetap sama
'' kau student ''
''normal la banyak keje''
''mana boleh tinggal buku''
''hadap je''
''jangan banyak merungut''
see ~

what ?!
bukan nak protes la.
sebenarnya benda ni betul jugak
kalau sehari tak de tugasan
amboi buat benda lagha kemain suka
24 jam penuh buat benda tak de faedah.
lagi dasyat dari belajar.
tapi ada yang pernah merungut ?!
tak penah dan tak akan ada orang yang merungut kecuali 
CIKGU/ LECTURER or sebagainya.. hihi

so untuk student student kat luar sana
tak kira la yang masih sekolah ataupun bukan
nak merungut tu tak salah
tapi yang malangnya bila korang merungut kerja tu tak kan hilang.
korang tetap kena buat sampai siap.haha

so
enjoy the holidays with the homework/ assignment.. 
haihhh.

buku dah panggil.
BYE.


Friday, 4 October 2013

just to inform :)

assalamualaikum :)


I have a new blog !
blog baru ni fully english..
kalau berminat nak baca boleh la tengok-tengok :)

blog ni sebenarnya tugasan dari subjek fundamental english.
and yang paling penting bukan sorang je yang handle.
ni blog kongsi.
ada 3 orang and termasuk la zara :)

blog ni nak improve english writing kitorang.
so kalau ada salah dan silap boleh komen-komen kat blog tu ye :)

klik link yang bawah ni :) thank you..

rasa yang sama.

assalamualaikum.




yes.
rasa tu menjengah lagi.
rasa rindu.
sometimes rasa rindu nak bercerita macam dulu.
rindu nak rasa excited tunggu mesej.
bercerita itu ini setiap benda yang jadi setiap hari kat kita :)
ini yang aku alami sekarang ni.
tolonglahhh = =''

rindu nak rasa bahagia macam dulu.
yup.
walaupun lebih banyak sedih yang aku rasa
tapi aku tetap hargai rasa suka yang dulu.
aku tetap hargai kau yang hadir dalam hidup.
ya Allah poyonya !

sekarang,
mungkin aku bercerita kisah hari-hari aku pada orang lain.
tiap kali bercerita tu lah aku teringat kau.
setiap benda yang aku buat sekarang
semuanya sama macam yang pernah aku lalui dengan kau dulu.

rasa yang aku rasa sekarang tak sama macam dulu.
dulu lagi bahagia.
sekarang aku susah.
susah nak terima.
terima macam-macam.
perasaan.

aku tahu.
aku tak patut rasa macam ni
aku tak patut teringat
aku tak patut membandingkan yang lama dengan yang baru.
baru ?!!
gila merepek = =''
tak ada yang baru.
yang lama ?!
lagi la tak ada.



perasaan sebenar aku sekarang ni......

AKU LAPAR SEBENARNYA !
MOHON MAKANAN SESEDAP JATUH DARI LANGIT SEKARANG !
haiyaakkkk.