SEMANIS SECAWAN KOPI YANG DICAMPUR 10 SUDU GULA :D

Friday, 1 November 2013

untung dalam malang. hihi

assalamualaikum and hai.



actually zara baru balik dari pasaraya Giant Tampin. Keluar berdua je dengan kawan zara sorang ni. kekonon keluar nak amik duit kat atm je. tudiaa pegi amik duit sampai kat giant. haha. nampak tak maksud tersirat tersurat kat situ. hihi

kawan zara ni sewa kereta viva kat sorang abang ni.. molek la kan kete kecik sebab naik berdua je..
so tak pela.. kitorang keluar la dari micet nak pegi petronas isi minyak.. dari micet nak ke tampin dekat je.. lebih kurang 15 minit..

unfortunately, something wrong happened.. cuba teka pedia ?!!

minyak kete habis !!! 
serious kitorang dua dalam kete tu mati akai teruihh..
nak dijadikan lebih tragik lagi kete kitorang habis minyak kat tengah jalan sebab time tu tengah berhenti kat traffic light.. ya Allah time tu kecut giler perut.. bayangkan la tetengah malam pastu kete plak benti tengah jalan.. risau kena hentam dari belakang je = =''
owkay then kitorang bertenang jap.. kawan zara ni kol akak kete sewa tu mintak tolong.. 
cakap punya cakap pastu akak tu cakap satgi dia datang.. fuhhh lega ! 
kalau akak tu suruh settle sendiri memang masak la kitorang.. dalam kepala dah pikir dah calon-calon bebudak laki yang mungkin kena paksa hantar minyak untuk kitorang.. hihi

kitorang tunggu je la dalam kete.. bila lori lalu kat sebelah je terasa bergoyang kete ni = =''
tawakal je la time tu.. Alhamdulillah la selamat.. dalam tengah tunggu akak tu dtng hantar minyak tetiba ada satu motor ni benti tanya.. ada dua laki.. muda lagi.. rasanya budak sekolah..hmmm..mula-mula ingatkan wakil dari akak tu rupanya bukan.. bebudak tu nak tolong tolak kete ketepi tapi kitorang cakap takpe la.. sebab ingatkan akak tu nak sampai dahh.. then dorang pon pegi laa.. rupa-rupanya akak tu lambat lagi.. tak sampai-sampai pon dari tadi kitorang menunggu T___T

zara pon reda jela.. duduk la dalam kete tu sementara kawan si zara ni main game.. bosan dia kemain lagi.. tetiba zara perasan ada satu mamat naik moto ni dia dah lalu tepi kitorang.. sampai kat traffic light depan sikit dari keta kitorang dia pusing balik.. ehh zara pon pelik la jugak.. dia datang kat kitorang.. bila ada kat depan mata ya Allah hensemnyaaa! sumpah tak tipu.. tergamam terkesima terpaku terkelu and sume prasaan la ada..muka mamat ni manis.. dah la tinggi kurus plak tu.. dia tanya keta kenapa.. kawan zara ckp la yang minyak habis.. pastu dia cakap " hmm takpela.. meh nak tolak keta ketepi " what ?!! kitorang tak mampu nak tolak pelawaan mamat ni macam yang kitorang buat kat adik-adik tadi T___T wakaka..

so mamat ni tolak la keta sesorang dia.. gila gentle nya ! owkay kitorang dalam kete lepas mamat tu pegi meroyan macam apa je.. hilang dah sifat perempuan melayu terakhir kat situ.. part paling best bila cakap thanks kat dia.. dapat cakap sepatah ayat tu kat dia pon kira macam nak pengsan.. ya Allah teruknya = ='' tapi giler terharu la tadi.. 

 kalau ada budak laki yang baca citer zara ni mesti cakap 
" alaa biasa la tu " 
ataupon 
" alaa pompuan ni cepat cair ahh " 
ataupun 
"ekeleh tu pon boleh jatuh hati ?!! "
ataupun
"huishhh gediknya = ='' "
 kannn ?!
haihh tula.. korang tak paham perasaan pompuan..
rasa terharu tu lain macam..
tak sama macam perasaan-perasaan sebelum ni..
first time rasa perasaan ni.. ceh wahh kemainn.. haha
maybe sebab jarang dihargai..laki kat luar sana bukan sumenya respect pompuan..
caye la cakap gua !

so nak highlight dari citer ni apa yang zara nak cakap 
" jangan mengeluh bila ditimpa masalah.. setiap masalah adalah ujian untuk kita dan setiap masalah ada hikmahnya.. see !! kitorang dah jumpa hikmah tadi..haha " 

second story ~

" ehh ada lagi minah ni nak citer = ='' 

HAHA. suka hati kita la..

lepas beli belah kat giant tadi zara pegi beli burger.. lapar plak berjalan satu giant tadi..
time pegi order tu prasan jugak la abang tu pandang macam tengah terpikir sesuatu.. kita buat donno je la kan.. mungkin malam ni kita ni terlebih comel ke hape.. kahkahkah.. sesuka hati je buat conclusion sendiri = = '' 
lepas tu pesan kat abang tu nanti kitorang ambik sebab nak gi beli air kat restoran depan tu.. 

lepas beli air.. kitorang pegi la balik gerai burger tu..
ehhh dah siap masakk.. cepat betol = =''
lepas abang tu bagi duit balance tetiba dia tanya " budak mana ni ? micet ehh ? "
zara pon jawab la " ha'ah "
then abang tu cakap " owhh patotla macam penah nampak :) " 
zara senyum je la.. haha..patotla pandang tadi macam pikir sesuatu..
abang tu budak micet jugak la kiranya.. maybe cari duit lebih dengan berniaga.. bagus betul :) 
tapi silap tadi tak mintak diskaun sebab malu ahh lepas dia cakap penah nampak kita..haha..

bila sampai kat kete
ehhh baru teringat zara tertinggal air kat gerai burger abang tu..
segan nak pegi balik tapi pegi jugak lahh.. haha
abang tu ngan member dia pandang pelik ahh sebab zara pegi balik gerai dia.. zara pon selamber badak je la gi amik air kat depan tu..zara tunjuk botol air tu dengan tersenyum comel.. wakaka..
dorang gelak je laa.. owkay yang ni memalukan.. mcm mne boleh jadi pelupa ni haihhh = =''

penat ahh menaip pepanjang ni..
nak menikmati burger abang tadi.. haha..

BYE
  

xoxo      
gudnight.. tata







No comments:

Post a Comment