SEMANIS SECAWAN KOPI YANG DICAMPUR 10 SUDU GULA :D

Saturday 17 August 2013

sebab kadang-kadang..

assalamualaikum.

Kadang-kadang hati ni kita tak boleh jangka.
kadang-kadang dia okay.. Kadang-kadang dia tak.
Banyak benda yang kita rasa kita tahu tapi sebenarnya Allah lebih tahu..
Kadang-kadang kita rasa pening sangat nak buat keputusan..
Pening sangat nak menunggu keputusan..
Pening sangat nak memilih keputusan..
sebab kita lupa..
kadang-kadang perjalanan takdir.. Perjalanan hidup dah tertulis dari alam roh kita lagi.
Alam roh dicipta-Nya.
Dia yang ada.. Senantiasa ada.
Kita lupa kita boleh berdoa pada Dia..
Kita lupa doa juga boleh mengubah takdir.
merubah perjalanan.
ya kita lupa..

Kadang-kadang jiwa kita tak pernah bergerak..
Statik kerana pernah tercalar.
Kita juga lupa.
calar itu mengajar kita supaya lebih mengingati Dia..
cuma kita kadang-kadang buta..
atau sengaja buta.
mengatakan banyak lagi perkara yang perlu diberi deria.
jiwa yang tak pernah bergerak boleh berubah.
dengan bantuan Dia..
sebab kadang-kadang kita lupa pencipta jiwa siapa dia..

sebab kadang-kadang kita lupa..
yang memberi perasaan juga Dia..


2 comments: