SEMANIS SECAWAN KOPI YANG DICAMPUR 10 SUDU GULA :D

Sunday, 17 November 2013

sudahlahh.



tanya sama hati
benarkah kau sudah membenci
tanya sama hati
benarkah aku yang paling kau benci

kau pergi 
meninggalkan jejak kaki
yang aku perlu hapuskan
dengan gerak kaki juga..

ruang hati yang kau pernah huni
masih belum sepenuhnya dicuci
masih ada lagi saki baki daki
yang kau tinggal sebelum melangkah pergi

tolong.
aku mohon kau pergi
pergi.
dan terus pergi..

aku benci 
bila rasa itu menjengah
aku benci
bila bayang kau menjengah..

mencarik-carik serpihan mimpi
lalu diheret ke dunia realiti
masih keliru dengan apa yang dicari
masih belum bertemu jawapan yang pasti..

kau perlu tahu.
hati ini 
makin dikikis dek manisnya
senyum bahgia kau 
lalu kau pergi
membawa hati ini
sebelum kau pijak mati..

kejam ?! 
tepuk dada tanya hati

dalam kelam
terkenang kembali masa silam
yang kian jauh dan suram
dan aku tenggelam pada gelapnya malam
bersama hati yang kian berbalam.. 

kau ingat lagu-- ya sudahlah ?
dengar selalu


kita sama..

zara     









No comments:

Post a Comment