SEMANIS SECAWAN KOPI YANG DICAMPUR 10 SUDU GULA :D

Tuesday, 10 December 2013

zara.

salam sayang.

haihh rasa bahagia plak taip 'sayang' ni.

wakaka.

even kita tak rapat macam dulu

tapi aku happy bila kita masih berkawan.

aku happy bila kita masih boleh bersembang.

biar pon tak semesra dulu.

aku tetap hargai.

aku nak berhentikan masa ni.

biar rasa bahagia yang dah lama hilang ni kekal lama.

dan kalau boleh selamanya.

gudnite 
aiman. 

Monday, 2 December 2013

get well soon.

assalamualaikum.

sedang fikiran 
tengah kusut dengan assignment
tetiba aku teringat kau.

maaf.

aku tau.
dah lama aku menghilang.
lama sudah tak bertukar cerita dengan kau.

janggal rasanya.
padahal dulu kemain rapat.

tak tahu kenapa.
mungkin hanya aku yang rasa macam tu.
tapi tak pe lah.

mungkin aku bukan kawan yang baik :)

ye tahu.

zara ni bukanlah kawan yang baik.
jarang bersama saat kawan-kawan dia memerlukan dia disisi.
mudah melupakan kawan lama lepas jumpa kawan yang baru.
padahal kawan dia yang lama lah yang selalu bersama saat susah dan senang dulu.

maaf.

aku bukan tinggalkan kau.
aku bukan melupakan kau
malah
jauh sekali untuk aku buang kau.

aku cuma tak tahu.
tak tahu untuk jadi mesra
lepas sekian lama tak berjumpa
lepas sekian lama berpisah.

aku rindu saat dulu.

sungguh rindu.

aku dengar kau jatuh sakit.
seminggu demam tapi tak kebah-kebah.

sungguh aku terkejut 
bila tengok gambar kau dekat wad tu.
sungguh tak bermaya.

tapi aku tahu.
aku kenal kau.

kau bukan selemah tu.
kau kuat.
hati kau kental.

aku pon kalah. hihi.

aku tak nak bagitahu aku buat entry ni untuk kau
tapi aku harap kau prasan satu hari nanti.
ikhlas ni.
hikss.

to aqilah syahiena,

get well soon bebeh. aku rindu kau. aku sayang kau.

sungguh tak tipu aku rindu. *lap air mata.

 do take care of yourself.

sorry bebanyak :')






Monday, 25 November 2013

tak duga pon.



pedih.
perit.
luka..

semuanya bersatu 
dalam hati..

mungkin tak boleh disembuhkan.

mungkin juga boleh diubati.

aku tak tahu.


kau tak pernah nampak ke?!

kau tak pernah tahu ke?! 

yang aku suka kau.
harapan aku terlalu tinggi

aku perasan 
seorang diri..

satu soalan dulu yang aku pernah tanya
tapi kau tak jawab..

satu je kau pesan

" satu hari nanti aku akan tahu.. "


aku tak keruan saat ni.
rindu tu hadir tak kena masa.
aku cuma teringat kau.

kau tahu kenapa ?! 

sebab aku jumpa someone yang mirip kau.

pandangan dgn senyuman dia sama macam kau.
aiseymannn

tapi sayang 
aku tak tahu nama dia. HAHA.

aku kenal time pergi camping.
banyak persamaan dia dengan kau.

walau dah habis camping
dan dah balik micet sehari
aku nampak bayangan dia sebagai kau.

kau hadir lagi !




BYE. 



Wednesday, 20 November 2013

hati tiga rasa.



aku rindu kau -- sebenarnya

tapi nampaknya
 kau baik-baik saja
tanpa kehadiran aku..

tetap tak ada guna
kalau hanya aku
yang cuba pertahankankan 
kisah dongeng ni..

sedangkan kau
ambil tak kisah.

Buang masa.

ya tak mengapa.
kalau kau mahu pergi
Biarkan..

walau aku tak rela.

'' andai dia kau punya
Tuhan pasti pulangkan dia
untuk kau kembali -- nanti ''

kerana kita semua berhak berbahagia
cuma dalam cara yang berbeza

bahagia itu subjektif
terpulang samada kau mahu
gapai bahagia tersebut atau tak.

memaafkan dan melupakan
itu dua perkara yang berbeza

aku mungkin boleh maafkan
kau dan dia

kesan yang kau dan dia tinggalkan

tapi untuk aku lupakan
Jauh sekali..

mungkin--

hadirnya aku
dalam hidup kau 
sekadar watak pelengkap cerita kau
sekadar mengisi sunyi dalam kekosongan hati

bukan untuk didampingi 
apatah lagi untuk membahagiakan.

Mimpi.

aku tahu
aku bukan yang pertama
bertakhta dalam hati kau
hidup kau..
tapi tak salahkan
kalau aku mahu jadi yang terakhir ?!

itu pun kalau kau sudi -- HAHA.

cakap memang mudah.
tapi yang rasa sakit celaka 
itu aku yang tanggung seorang.

kau nampak 
aku seolah tak kisah
tapi hakikatnya
kau tahu ?!

kalau bukan aku yang di hati
tak mengapa andai aku pergi

Merindulah kau pada yang sudi
Moga ada yang menanti nanti.

selamat malam.

BYE.

ZARA     

Sunday, 17 November 2013

cari pasal ;)



memang mengundang rindu
bila malam begini
dengar lagu saat bahagia

dulu...

memang mengundang air mata
bila malam begini 
ternampak bayang kenangan silam..

ada kalanya aku kuat
 ada kalanya aku lemah

aku juga manusia biasa
yang diberi rasa 
oleh Dia.

entah kenapa.

hati mencari-cari.

macam tak percaya
 kuat pulak aku nak korek kisah silam
yang aku dah tanam.


lagu apa ?!

lagu yang sering aku dengar
saat bersama kau.

dulu lagu ni
aku nyanyi sambil tersenyum
tapi malam ni 
aku nyanyi sambil termenung..

ingat lagi conversation kita?!

aahhhh..
 aku pasti kau dah lupa ;)

kawan sebilik dulu pernah bertanya
pelik dengan sikap aku
yang suka dengan satu lagu ni.
lagu yang aku mainkan berulang-ulang kali
tak pernah jemu
tak pernah bosan
tak pernah benci

ingin saja aku bagitau.

tapi tak pe lahh.

biar aku pendam.

biar aku simpan.

biar jadi kenangan yang berbunga di ranting usia :)













sudahlahh.



tanya sama hati
benarkah kau sudah membenci
tanya sama hati
benarkah aku yang paling kau benci

kau pergi 
meninggalkan jejak kaki
yang aku perlu hapuskan
dengan gerak kaki juga..

ruang hati yang kau pernah huni
masih belum sepenuhnya dicuci
masih ada lagi saki baki daki
yang kau tinggal sebelum melangkah pergi

tolong.
aku mohon kau pergi
pergi.
dan terus pergi..

aku benci 
bila rasa itu menjengah
aku benci
bila bayang kau menjengah..

mencarik-carik serpihan mimpi
lalu diheret ke dunia realiti
masih keliru dengan apa yang dicari
masih belum bertemu jawapan yang pasti..

kau perlu tahu.
hati ini 
makin dikikis dek manisnya
senyum bahgia kau 
lalu kau pergi
membawa hati ini
sebelum kau pijak mati..

kejam ?! 
tepuk dada tanya hati

dalam kelam
terkenang kembali masa silam
yang kian jauh dan suram
dan aku tenggelam pada gelapnya malam
bersama hati yang kian berbalam.. 

kau ingat lagu-- ya sudahlah ?
dengar selalu


kita sama..

zara     









move on is to grow up.




aku seperti sampah 
yang di campak di luar tong sampah
di sepak hancur
bersepah-sepah.

aku bukakan pintu hati
seluas-luasnya
agar kau bisa terbang tinggi
dan terus pergi.
janji jangan kembali.

mungkin mengenalimu satu kesilapan
tapi aku harus terima apa saja keputusan
dan pada sebuah ketentuan
kita mungkin tidak saling memerlukan..

kau tak kan pernah terganti
tak semudah aku memetik jari
ramai yang menghampiri
kau punya misteri
yang hanya aku selalu rasai

akhir waktu ini
aku lebih selesa menyendiri
mencari jalan menuju realiti
agar tidak terperangkap dalam mimpi

aku
mencari sebutir bintang
dalam gelapnya malam 
cahayanya hilang-- kelam

cerita kita
aku masih belum tamatkan
biarpun watak kau 
sudah lama mati..

 malam ; 
zara     


Sunday, 10 November 2013

sirap bandung bersoda.



ini terjadi bila bancuh sirap bandung bersoda.

satu point kosong.

bila segala aksara dah hampir polos dari kelongsong minda
ada satu pertiga zarah yang yang masih lagi menjana nyawa.

jejaka gadis dan cinta.

takkan ada satu kuasa pun yang mampu runtuhkan dia.
takkan pernah wujud satu akta pun mampu penjarakan dia.
takkan pernah datang satu cara pun mampu musnahkan dia.

Gila.

layu dah mata.  Layu.
cuba pandang atas langit kalau ada bintang tapi
haih..
tak mampu.
ada bumbung. HAHA.

 hambar  = =''

Datang dia.  Datang.
senyum gusar tapi tenang
segala gundah tak jadi datang
buat jiwa lelap hati tenang .

inikah cinta ?! 

HAHA. merepek apa.

itu dia.
pari-pari bertongkat sakti
minta sikit abu kelip
untuk taburkan sikit pada jiwa-jiwa runsing 
taburkan jugak pada jiwa-jiwa pening 
minta bacakan mantera.

salam chelsea,
 zara..hikss  






Thursday, 7 November 2013

hati masak merah.




bila hati mula kuat untuk berdikari.

sakit tu tak payah cakap lahh.

perasaan yang diletakkan pada tapak kaki
dan disepak sepak macam guli.
keji , tahu ?!

makin aku cuba jadi kuat
makin lemah aku melayan 
makin aku cuba jadi tegar
makin lemah aku merebah.
apa ni ?!

tak mengapa.
ini pengajaran buat diri.
jangan pernah gelojoh dengan emosi.

Lelaki..
tak semua seperti apa yang kau cari
kebanyakannya memang mintak maki.

sabar.
bukan dendam.
penentunya cuma masa.
dan
kosa katanya mudah

-sudah-

malam,    
zara      



Tuesday, 5 November 2013

kuat sayang :')


lama aku tenung 'delete'
tak sangka aku tekad.
aku dah padam mesej-mesej lama.
ye aku tahu aku lambat.
lambat untuk bertindak.

dari hari first mesej sampai hari terakhir.
mula-mula teragak agak jugak sebab sedih nak buang kenangan
tapi
aku terpaksa.

setiap malam aku baca conversation lama
setiap malam aku teringat kenangan lama
aku dah tak larat
aku dah penat
penat asyik merindu.

kau bukan tahu.
sebab kau tak pernah nak ambik tahu

macam mana aku tahu ?!
kau lupa dulu kau yang bagitahu.

tak pe lahh.
walau menitis satu dua air mata ni
akhirnya aku lega
sebab lepas ni aku dah tak de sebab nak teringat tentang kau.
hikss :')

owhh ye.
kalau betul kau angau pada dia.
jangan pernah mainkan perasaan dia 
jangan pernah bagi harapan yang sama pada dia
kalau harapan tu tak palsu owkay tak pe go on :)

walau aku rasa sia-sia tulis pesanan ni untuk kau
tapi aku harap sangat ada someone yang tolong sampaikan 
sebab aku tahu
kau tak kan baca tulisan sampah aku ni :')

kau tetap kawan baik aku wehhh.

moga kau tak rasa apa yang aku rasa.
zara                     
assalamualaikum.