SEMANIS SECAWAN KOPI YANG DICAMPUR 10 SUDU GULA :D

Sunday, 14 July 2013

remove !

assalamualaikum.

done remove his pictures from my blog !
that feelings....
HUHH !
satisfied. 

Saturday, 13 July 2013

cerita kosong :)

assalamualaikum :)

6 petang.
petang ni tak turun main volley.
tak tau nape rasa tak de mood nak gi main.
kalau turun main pon ada syer ngan kak ju je.
yang lain sume budak laki.
kitorang memang dah biasa main ngan budak laki.
satu team satu perempuan. yang lain budak laki.
tu la. budak pompuan yang lain busy memasak agaknya. haih.
mungkin penangan tengok running man seharian dalam bilik hari ni sampai malas nak gerak.
melingkar je macam ular sawa  atas katil. hhee

tapi disebabkan bilik ni bertentangan dengan court takraw petang-petang kene la tutup langsir ni.
kalau tak satgi kene skodeng plak.
time nak tutup langsir tu tetibe angin datang
kuat sangat
macam nak ribut
pergh takot!
selipar selipar dorang kat court takraw tu abis terbang.
dasyat sangat.
tak penah tengok keadaan cam ni.
dorang yang main volley kat court sebelah pon bising.
tak boleh nak main la tu.
patut la rasa malas sangat nak main petang ni. 

6.15
siap siap nak pegi beli makanan kat cafe.
turun ngan kak long n mira.
sampai kat cafe je budak-budak volley pon pegi cafe gak.
give up la tu nak main.
aku jalan cepat-cepat sebab nanti nak kene berebut dengan budak-budak laki ni.
tak selesa nak pilih lauk nanti. haha
tapi dorang jalan laju.
aku sampai dorang pon sampai.
semua tegur aku
eh zara! nape tak turun main?!
aku jawab la malas !
haha. semangat sume sebab nampak kite. *owh perasan kejap! haha
tak pe2. esok zara turun main. kite main volley sama2 ye. 

sampai bilik terus on balik lappy.
kita chat ngan ayah kat facebook.
ayah cakap berbuka makan nasi beriani.
SYOKNYA!
anak dia kat sini makan nasi putih, ayam goreng dengan telur masin je T____T
tp bersyukur je la.
ayah cakap nak tunggu anak die ni balik
nak berbuka puasa bersama.
alahai tak sabarnya nak balik.

owkay tata :)







in what ?!

assalamualaikum :)

guest what ?!
LOVE !
i think that feelings come again.
wahahaha.
who's the boy ?
that's secret.

me ?!
just let the past go away :)
it's become a history. 
just a nice story.
i'm better right now.

this is the PERFECT time for me to move on.
but please, after this don't you dare to come again.
i'm tired ;)
you deserve a better girl.
and me too deserve a better life.

one last thing,
knowing you was such a sweet thing that I ever have :)
thankyou my dear friend.

sincere,
zara.
bye.






Friday, 12 July 2013

sometime.

salam syg :)

SOMETIME
saya tak tau apa yang saya rasa sekarang.
saya macam dah tak kisah pasal awak.
dulu ya maybe saya hilang arah.
tapi sekarang saya rasa saya dah makin jauh dari awak.
sangat jaauhhh.
hmmm..

kadang-kadang saya rindu.
kadang-kadang saya lupa.
kadang-kadang saya sedih.
kadang-kadang saya kuat.

saya pon tak faham dengan perasaan ni.
apa yang saya nak.
awak?
atau yang lain..

karma.
boleh percaya ke karma ni bolej terjadi?
hmmmmm...
entah laa.
tapi saya rasa saya sedang alami benda ni.

Thursday, 11 July 2013

mood.

salam syg :)

tetibe rasa nak bercerita pasal roomate kat micet ni :)
roomate cik zara wanie, eg and kak long!
sume comel-comel. heee~

wanie.
hmmm nampak je ayu.
tapi sebenarnya kepoh. haha. sorry wanie :p
wanie ni lembut je orangnya.
ayu-ayu gitu.
kalau kuar dengan wanie duit habis beli makanan je.
pi DOMINOS, SECRET RECIPE, BURGER, CUCUR UDANG, KFC, KENNY ROGERS.
sume nak makan tapi badan kecik je = =''
tapi zara suka gak sebenarnye. haha.. yela sape yang tak suka makan kannn.
dah kenal sangat perangai masing-masing :D

eg.
nama sebenar fazira.
orangnya manis.
banyak peminat ni. jangan main-main. haha
berpendirian tegas n pandai!
eg ni pon perangai gila-gila jugak.
kalau bosan dalam bilik mula la menyanyi lagu korea.
menari siap.
pendek kata bilik ni tak penah sunyi la.
ada je bahan nak gelak = =''

kak long.
nama sebenar najiah.
orangnya comel :)
baik hati dan matured sikit daripada kitorang.
sudah berpunya :) haha
orang terengganu.
sokmo cakap ganu ngan wanie.
seronok dengar loghat-loghat negeri lain ni.

zara.
tak comel mana pon.
biasa-biasa je orangnya.
baik pon tak de la sangat.
matured?! 
huahuahua TAK LANGSUNG.
orang lain terkejut kalau zara bagitau zara anak sulung.
sume tak nak caye.
ada yang lagi teruk bila ckp zara anak bongsu = =''
teruk sangat tuu~
zara tau la zara pendek tapi tak bermakna zara bukan anak sulung. 
haih nasib si budak pendek!
ketara sangat ke perangai budak-budak aku ni?!!
tak boleh kawen lagi la cam ni. 
hhheee ^^

PICTURE TIME !


tu la wanie ngan eg.
wanie yang pakai tudung kuning tu.
sebelah die eg la :)
semangat bergambar depan bilik.



yang ni gambar time berjimba kat cowboy town, melaka.
satu roomate berfoya kat sane.
makan burger ngan fries.
dah lama mengidam. haha


tu je gambar yang ada. 
malas nak upload banyak-banyak.
nanti ada plak yang berkenan.
haha kidding.

LAB SESSION :)

salam syg :)

hari ni klas abis awal :) yihaaa!
klas petang tak de.
dari lab tadi da senyum lebar sebab petang ni boleh rileks :)
duduk dalam lab time petang2 panas.
dengan jaket tebal pastu tudung masuk kat dalam jaket plak. haih~ lemas rasenye.

sesi lab pagi tadi so far so good.
dapat tangok equipment-equipment yang tak pernah tengok sebelum ni.
berkaitan dengan heat transfer , heat exchanger , water distillation , evaporation sume bagai.
besar-besar equipment dia.
kalau betol-betol kat industri nanti lagi besar gedabak.
haih tak sabar nak keje! haha.
i am engineer to be! insyaAllah :)



dear sweety :D


salam sayang :)

sempena 11 Julai ni,
cik zara nak ucapkan HAPPY BIRTHDAY untuk cik win :)
semoga cik win happy and bahagia dunia akhirat.
result upu kuar esok eh?!
all the best :)

entry ni simple je.
kite tak reti nak sweet sweet :)

hai cik win.
dulu sekolah rendah kite selalu bersama kan.
kite mule rapat since darjah 5. ingat tak ?!
time tu same2 jadi pengawas pusat sumber.
naik darjah 6 pegi bertugas same2 kat pusat sumber *ceh pusat sumber = ='' skema nak mati.
time rehat tu kene mkn cepat2 sebab nanti terlambat nak pegi bertugas.
time tu baik lagi.
jaga kaunter,
balut buku
susun buku
sume benda buat. haha
time darjah 6 tu kamu suka sangat cubit kite.
konon cubit cubit manje la tu.
cubit kat lengan smpai terasa kat tulang. 
pergh~ perit tau tak..haha
tapi bende tu la yang jadi kenangan manis.
kalau tak.. tak de la kite ingat sampai sekarang.
haha

tapi lepas abis darjah 6 tu kite terpisah.
lama tak contact.
kite try cari nombor kamu.
tapi tak dapat.
dan bertambah malangnya bila kene dok asrama.
time tu mane boleh bawak fon lagi.
so, kite pon sepi tanpa berita.

then..entah bile kita start contact balik.
sorry tak ingat.
tapi seronok :)
sembang kat fb macam-macam
maybe sblm spm kot.
kite bace msj2 lame kat fb bnyk bnde kamu ckp pasal malas blaja. hehe

lepas tu lepas tu lepas tu..
bila dah masuk zaman remaja tua ni
kongsi masalah perasaan plak. haha
bila teringat balik rasa kelakar plak.

tapi normal la kan sume tu.
kite suka bercerita dengan kamu.
last word kita nak ckp
 
i'm so glad to found you!






Wednesday, 10 July 2013

10 julai

assalamualaikum..

Hari ni seharian aku penat berfikir.
hati masih was was. patutkah aku teruskan coretan ni ?!
apa yang aku dapat kalau aku coretkan sesuatu untuk dia ?!
apa yang patut aku tulis ?!
macam mana nak susun ayat ayat untuk dia ?!
apa yang perlu aku buat sekarang ni ?!

Then, baru je sekejap tadi aku baca blog mat luthfi.
Entry yang 9 Julai.
mat luthfi tulis entry tu untuk someone special laa.
sweet sangat ayat ayat dia.
orang sastera la katakann.
aku tak reti nak tulis ayat ayat comel cam tu.
aku bukan orang sastera yang pandai susun susun ayat ni.
mat luthfi cerita kenangan lama dengan si gadis tu.
aku ??!
kenangan lama memang banyak :)
tapi aku tak reti nak bercerita.
aku tak reti nak luahkan kat sini.
aku tak reti nak gambarkan kenangan manis tu.
kenangan lama tu masih segar.
bagi aku, kenangan lama tu tak boleh nak dikongsi dengan sesape.

gelang tangan pemberian awak tu saya bawak kemana saje saya pergi.

sudah besar kan ?

Selamat Hari Lahir ke 19.

Semoga baik-baik saja di sana :)

zara,
Melaka.
bye.






tipu tak pernah rasa ;)

salam syg :)



normal perasaan sayang pada seseorang berlainan jantina hadir dalam usia remaja ni..eh remaja?!
dah dewasa la kann :) memang normal rasa macam macam..nak tau tak sebenarnya benda ni la yang banyak mengajar kita.. disebabkan perasaan yang asing tu la kita boleh belajar macam macam..sakit, kecewa, sedih, seronok, bahagia, marah, sayang and many else..

kalau cinta bertepuk sebelah tangan memang sakit la.. nak2 bile dah lama menaruh hati..kepada si lelaki atau si perempuan jangan la bagi harapan kat someone..ni tak.. dulu layan macam sayang sangat..bagi harapan setinggi gunung..last2 tinggal macam tu je..ini manusia kayy.. ada perasaan jugak.. at least bagi la peluang.. haha..penuh emosi plak..

tapi tapi tapi....

kalau cinta tu bertepuk dua belah tangan?!! fulamak bahagia tak terkata laa.. cik zara tak de pengalaman lagi tapi rasanya dapat bayangkan rasa tu macam mana..ala just tengok orang sekeliling yang angau dilamun cinta.. 24 jam texting, on the phone sume bagai.. haha..untunglaaa bahagia..

ala tapi tak kisah la sekarang ni kita single ke atau dah berpunya ke.. yang penting hidup mesti ceria.. kalau hati sedih pon cuba la happy2 kan sendiri..haha..

Tuesday, 9 July 2013

saya kembali.

salam syg :)



sekian lama tak tulis kat belog tercinta ni ! rindu sangat nak taip taip taip taip taip.. heee..
owh ya..esok 10 JULAI ! selamat menunaikan ibadah puasa untuk semua umat islam :)
alhamdulillah sebab tahun ni berkesempatan lagi nak berpuasa di bulan ramadan..

ada satu lagi event penting.. esok birthday aiman asyrani laa.. teringat tahun lepas :( kalau diberi kesempatan nak je ulang balik kenangan tahun lepas.. tapi apakan daya.. nama pun dah tinggal kenangan.. biar je la benda tu pergi..dah STOP!

kita nak bagitau yang kita sihat je kat melaka ni.. * mcm la ada orng nak amik tau = =''
sekarang ni da masuk minggu ke 5 hidup sebagai seorng mahasiswi kat sini.. so far so good :)
tinggal 3minggu je lagi nak abis praktikal.. wuuhooo! lepas tu masuk degree! i am soooo excited!

hmm,, esok nak sahur ape eh?! haha.. first day puasa mmg la semangat bangun sahur.. lepas tu sorry la nak bangun.. paling sian pon teguk sky juice je :) tadi mak tepon.. risau la tu kat anak dia esok nak sahur pe.. haha.. alaa mak along dah besar la.. dah 7 tahun terbiasa hidup berjauhan..dah 7 tahun first day ramadan tak puasa kat rumah.. i'am owkay..ceh wah! macam duduk kat oversea je.. padahal dekat je.. seberang beberapa buah negeri je sampai la taman perpaduan tu..haha..

owkay tak tau macam mana nak abiskan entry ni..tak tau nak citer pe lagi..banyak sebenarnye citer yang nak citer tp tak tau nak taip ayat cam mane.. eh peningla.. owkay tata..

eh terlupa nak wish..

to AIMAN ASYRANI ;

hye birthday boy :)

"wishing you great beginnings and happy endings"



ni simple je..esok kita buat yang special punye :)