SEMANIS SECAWAN KOPI YANG DICAMPUR 10 SUDU GULA :D

Monday 25 March 2013

optimis pada janji-Nya :D

salam syg :)

Takdir cinta, takdir itu adalah hujung usaha. berserah sahaja pada-Nya.
kerana takdir Allah bukan untuk di duga, tetapi dicipta. tiada siapa mampu menolak takdir yang ditentukan olah-Nya :) . kita hanya mampu merancang, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang.
apa yang Dia tentukan, itulah yang terbaik untuk kita. walau kita menolak, ia pasti tetap terjadi,
kerana Allah Maha Mengetahui :)

begitu juga dengan cinta. Dia pertemukan kita dengan orang yang salah, supaya kita lebih belajar untuk menghargai. mesti da selalu dengar ayat cam tu kan :) memang betol la tu. Apa yang berlaku, dan apa yang terjadi, pasti ada hikmah yang tersembunyi. jangan bersedih, Allah tau apa yang terbuku di hati.

Jangan risau jika masih tidak punya cinta, kerana cintamu yang sebenar Dia sudah aturkan.
sabar dan tenang. berdoa dan terus memperbaiki diri. mungkin belom tiba masanya lagi, suatu hari nanti, kita pun tak pasti apa yang akan terjadi.
Yang penting, kesedihan itu tak kan berlarutan, sebab ada bahagia menanti kita di hadapan.
yeay!!

" bila Dia tidak beri, bukan bermakna Dia membenci,
Tapi mungkin ada sesuatu hal yang Dia mahu kita mengerti. "





No comments:

Post a Comment