SEMANIS SECAWAN KOPI YANG DICAMPUR 10 SUDU GULA :D

Tuesday, 6 August 2013

DON'T FALL

assalamualaikum.

Tenang..

Allah tak pernah tinggalkan aku.. Apa masalah aku nak tinggalkan Dia?! Kenapa aku cari Dia bila akhirnya aku tak mampu berdiri ?! 
Menangis T____T
Yes selama ni aku sangka hubungan aku dengan Allah dah cukup baik.. Walaupun belum cukup baik.. Tapi macam sia-sia.. ya 'macam'..
Solat penuh tapi bercinta ?! maaf jauh sekali.. Ini bukan kisah cinta.. Cuma kisah manusia yang patah  hati.. Patah hati tanda alasan yang jelas.. Aku pon tak tahu kenapa..

aku tak paham

rasa keliru

rasa ragu

apa maksud semua ni ?!

zahra fida, aku tau kau mampu.. Cuma kau tersilap langkah.. Kau tersilap sayang orang..

"Tak ! Aku tak tersilap sayang orang.. " 
again suara dalam nak mula gaduh.

haih.. macam ni la zara..
" kalau orang yang kau sayang tu tak bawak kau dekat dengan Allah, maksudnya kau dah tersilap orang "
balasan lontaran jiwa..
sepi~

ego! please pergi jauh-jauh..
yes.. aku mengaku.. Aku hanyut bila mengenali kau.. Jauh menyimpang.. Mungkin sebab ni jugak kau menjauh dari aku.. Kau lebih dulu tersedar diri :) tahniah!

#mula-mula konon nak tulis macam nak muhasabah diri.. tapi rasanya dah terjiwang. 
sorry T___T





kemon laaa -,-

assalamualaikum.

tak faham laa.. apa yang awak nak ?! tak perlu tahu siapa pengganti awak..sebab saya tak de masa nak buat sume tu.. saya bukan mcm awk.. boleh suka kat orang lain dalam sekelip mata.. boleh lupakan kenangan lama dengan senang.. haih malas la saya nak ingat dahh.

saya remove gambar sebab saya kecewa.. tapi tak bermakna saya lupakan..
dahh! pergi3x..
shuhh shuhhh shuhhhhhhhhhhh 

Thursday, 1 August 2013

pertemuan yang menyimpan hikmah.

assalamualaikum.


Allah tidak pernah lalai.. Pertemuan kita dengan dia pasti ada ibrah atau pelajaran berharga..
Allah mahu melatih mental kita untuk bersedia menghadapi realiti.

Aku yakin aku boleh !
Cuba bersikap wajar dan seimbang.. Jangan berasa lemah dan rendah walaupun seakan-akan kita kehilangan muka dan tidak berharga di depan dia.. Setiap orang melalui masa silam yang berbeza.. Ada yang menyenangkan sehingga membuatkan kita tersenyum sumbing bila terkenang.. hihi :) Ada pula yang menyakitkan sampai kita jadi resah, rendah diri, sedih, marah and geram bila teringat balik ! 

Jadikan masa silam sebagai kenangan.. Tidak perlu lagi bersedih.. Semuanya dah berlalu pergi seiring dengan bergantinya waktu.. Jadikan masa kini sebagai kesempatan bagi mengukir mimpi.. Jadikan masa depan sebagai sasaran yang menyimpan sejuta harapan :)

Kalau suatu hari nanti kita berjumpa balik dengan dia.. Walaupun ada perasaan jengkel tetap tegakkan kepala and yakin betapa setiap kejadian termasuk pertemuan kita dengan dia pasti ada hikmah yang berharga.



#note untuk diri cik zara :)


Wednesday, 31 July 2013

my six word :)


Hye :)


Why ?
Because I know you love someone else :)
otherwise I'll be hurting myself

BYE

hati

assalamualaikum.

sukar nak ditafsirkan apa yang sedang di alami.. Kadang-kadang takut nak bercerita.. Risau dengan pandangan orang lain.. Tapi kalau dipendam sampai bila tak selesai.. Tapi nak bercerita tu pon satu hal.. Macam mana nak mulakan ayat.. Macam mana nak suruh orang tu dengar.. and macam mana nak buat orang tu tak bosan dengar kisah kita ni.. Tak semua orang kita boleh bercerita dengan dia.. Kadang-kadang bercerita dengan kawan tu lebih baik daripada ibu bapa.. Bukan bermakna kita membelakangkan mereka cuma kawan mungkin lebih memahami.. Dengan kawan mungkin kita lebih mesra,.. Lebih rapat.. Lebih mudah..
alahai rumitnyaaa..

mungkin terlebih risau.. Banyak sangat fikirkan benda yang tak sepatotnya.. sampai aku yang kini bukan aku yang dulu.. Susah nak bagi tau.. Bukan di sini tempatnya untuk bercerita.. bukan tak bersedia.. cuma tak wajar di sini.. 






Friday, 26 July 2013

bacalah wahai ANAK :)

assalamualaikum :)

Kita mungkin belum melalui saat-saat ini.. Malah emak dan ayah masih ada di sisi.. Tapi ada yang tidak prihatin dengan mereka.. ada yang mensia-siakan mereka.. Kepada yang khilaf bila menganggap hanya kiriman wang sudah memadai bagi menggantikan diri insaf lahh.. Ada waktu tidak perlu wang ringgitmu.. Tapi perlu ada ucapan kasih sayang rindu akan mereka ;)

" peluk dan ciumlah mereka selagi mereka masih mampu membalas rangkulanmu.. Andai mereka telah kaku, bahasa hanya ungkapan kata yang tiada lagi makna kepada jasad yang tidak mampu lagi untuk menerima .."

satu kisah ini :
* gambar hiasan 
Terjadi suatu kemalangan dahsyat di lebuh raya yang melibatkan sebuah kereta sepasang suami isteri bersama seorang bayi.. Kereta yang dinaiki mereka telah hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan dengan hentakan maksimum.. Kereta remuk keseluruhannya..

Di tempat duduk pemandu.. si suami telah terkulai.. badannya terlungkup pada stering..Dia mati dengan kecederaan yang teruk di tubuh dan kepalanya.. Di sebelahnya pula si isteri sedang bergelut dengan kematian.. Tubuhnya tersepit di situ.. Terkapit di antara tempat duduk dengan keluli pejal kemek seperti ragum maut yang menggigit rapat..

Alangkah sukarnya saat itu.. pada pipinya tertusuk-tusuk kaca cermin hadapan yang pecah.. Sedang kulit dahinya terkoyak sehingga menampakkan putih tulang tengkoraknya kesan tujahan keras dan hentaman kuat.. Tulang bahunya kanannya pula patah.. Tulang itu tercungkil keluar mengoyakkan daging dan kulit bahunya.. Tangannya terkulai..

Pada saat ini dengan darah merah pekat mengalir keluar dari tubuhnya dan kesakitan yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata.. Dengan isyarat longlai dia meminta anggota bomba untuk diberikan padanya anaknya yang terselamat.. Anak itu menangis kuat tidak mengerti apa-apa..

Si ibu dengan lelehan air mata bercampur darah.. Dalam tangisan pilu penuh sayu mendakap anaknya seakan tidak mahu berpisah dengan jantung hatinya.. Dalam seribu kepayahan si ibu pada ketika itu menyingkap bajunya lalu menyusukan anaknya.. Dalam saki baki nafasnya itu dia memeluk anaknya, merangkul erat dan disuapkan lautan kasih sayang dalam air susunya kepada mulut comel yang rakus menyusu..

Kasih ibu.. Seputih susu sebening firdausi.. Dalam nafas sukar itu dada si ibu berombak ombak .. Nafasnya tersekat-sekat.. Sesaat kemudian dia memejamkan matanya yang menangis.. Rohnya berangkat pergi selama-lamanya..

Meninggalkan anaknya bersama tangisan memanjang dalam episod kasih yang tidak kesampaian..

Berapa nilai kasihnya ibu.. Berapa berat kasihnya ayah.. Sebagai anak, tugas yang di galas tidak akan pernah usai walau diganti dengan nyawa sendiri.. Belum sebesar zarah dapat membayar atau menyamai pengorbanan ibu mengandung serta melahirkan dan ayah yang bertanggungjawab membesarkan.. 

Dan bila suatu hari nanti mereka sudah tiada jangan pernah lupa segala pengorbanan yang dicurahkan.. Panjatkanlah doa semoga mereka sentiasa dirahmati dan di sayangi oleh-Nya..


mom, dad you are the best among the best ! I don't know how to tell you guys but I feel so glad to have both of you as my parents..
#PROUD TO BE YOUR DAUGHTER ! HEHE..

perlukah kesempurnaan ?

assalamualaikum :)

Setiap manusia yang lahir di muka bumi Allah ini dianugerahkan dengan pelbagai kelebihan.. Sama ada luaran mahu pun dalaman.. Tapi manusia sekarang lebih suka membanding beza mengikut fizikal dan dalaman mereka.. Membezakan manusia dengan cantik luar sehingga menimbulkan perasaan rendah diri.. Bagi yang dilahirkan sempurna bersyukur kepadaNya.. Bagi yang tidak bernasib baik, anda bukan bernasib malang.. Sesungguhnya setiap satu kejadian yang Dia ciptakan ada hikmah disebaliknya.. Jangan pernah rasa diri ini tidak berguna kerna kelebihan masing-masing tiada siapa yang tahu :)

"Jangan kerana ingin mengejar cinta yang sempurna, kita meninggalkan cinta sederhana yang membahagiakan "


Tolonglah diri sendiri.. Jangan biarkan orang lain pijak-pijak kepala kita.. Setiap orang berhak memberi pendapat.. Jangan pandang luaran sebelum kita menenrima pandangan dia.. Kadang-kadang pendapat orang yang lebih muda tu lebih bernas daripada mereka yang perasan sudah cukup matang ataupun terlebih dulu makan garam.. Menuntut ilmu tak kenal usia.. Yang penting, jadi orang berilmu kalau nak orang lain hormat :)

just sharing :)

Tuesday, 23 July 2013

cinta Dia :)

Cinta Allah sangat luas..Bila diuji itulah tanda cinta..
Bila diberi derita..itulah tanda kasih diterima..
Bersangka baiklah dengan Allah..
InsyaAllah syurgaNya menanti disana :)


kadang-kadang walaupun nampak gembira tetapi hati di dalam bagai nak dirobek-robek..Sedih dan duka.. Mesti semua pernah rasa kan? memang tak boleh lari dalam kehidupan yang penuh pencaroba ni.. Selalunya kita akan menangis atau pun menyendiri ataupun diam kan saja.

selepas dah owkay baru rasa ceria balik kan ? Baru boleh cerita dekat kawan-kawan.. Baru boleh mula tersenyum.. Tetapi dalam kita bercerita kita kena berhati-hati.. Jangan sampai membuka pekung di dada.. Sebab manusia ni tak sama.. Kadang-kadang yang putih tu tak semestinya suci dan kadang-kadang yang hitam tu tak semestinya busuk.. Jangan menilai seseorang hanya dari pandangan mata kasar.. Siapa kita nak menilai seseorang.. 

Manusia adakala berasa senang dengan kesusahan yang menimpa seseorang.. Kita ni hanya manusia biasa.. Tak boleh lari dari sifat dengki cemburu dan sebagainya.. Apa yang kita mampu buat hanyalah melawan supaya diri kita sentiasa terhindar dari sifat buruk tu..
Dan satu lagi perkara yang penting.. Jangan pernah berhenti berharap pada Dia.. Walau seteruk mana pun kita diduga.. ingatlah bahawa itu tanda Dia masih menyayangi kita.. 




Tuesday, 16 July 2013

balas surat.

salam sayang :)

ceh tajuk kemain lagi kau.
tak tau la kot kita perasan.. tapi rasanya entry 'anda' tu untuk kita kann ?!!
hehe

memang kita tak kuat pada mulanya nak remove gambar tu.
tapi bila dipikir balik yang kita ni hanya mengharap pada yang tak sudi,
buat apa nak menanti.
memang letih pon setiap hari nak bersedih.
murung tak tentu pasal.
moody tak kene masa.
sebab benda ni bukan sehari dua.
setahun kenal
tapi akhirnya berbulan menanggung galau.
haih.
penat sangat!

entah mana datang kekuatan ni tak tau la..
doa termakbul mungkin..
tapi bersyukur sangat sebab DIA izinkan :)

baca entry 'anda' tadi buat kita teringat balik kat dia.
beberapa hari ni mungkin kita dah owkay.
dapat pengganti ke?
haih entahlaaa.
masih awal untuk bercerita pasal 'pengganti' tuu.
kita nak cakap yang kita betol-betol da MOVE ON.
hati ni dah kebal. dah nekad nak pergiii :)
memang betol.
bila difikir balik lebih banyak peritnya.
mengenal si dia tak semanis seawal dulu.

dulu bila nampak tweet dia
memang tak tenteram rasa hati.
mesti nak stalk.
tapi sekarang rasa tu dah hilang.
bukan kita yang paksa. tapi mungkin sebab hati dah dapat menerima :)
alhamdulillah sebab sekarang kita dah better
lebih baik dari dulu.
happy sangat :)
serious kita jujur..

lebih baik kita menerima orang yang sudi terima kita kann ?!
pasal someone ni nanti-nanti la kita cerita.
tak guna nak terburu-buru.


sincere,
zara.
bye.





pabila engineer buat cupcake :D

salam sayang :)

gambar sekadar hiasan..
cupcake kitorang tak secantik nii !

hari ni hari yang agak mencabar.
benda ni terasa lagi mencabar sebab buat dalam bulan puasa !
hari ni bebudak FIST pegi lawat lab food.
yes of course. ni la course yang aku amik.
syok weh. boleh makan slalu. hahaha

lab start pukul 9 sebenarnya. tapi aku , wani ngan eg pukul 9 baru nak gerak dari bilik.hehe
sampai kat depan lab ada berapa orang je tak masuk lagi.. tgh tunggu turn..
ingatkan kitorang yang paling lambat..
rupa-rupanya ada segerombolan group lelaki kat belakang kitorang. haha
kumpul-kumpul budak pompuan ada 9 orang je tak masuk lab lagi.
sume muka lambat datang. haish apa nak jadi tak tau. 
so..mula mula group kitorang pegi lab microbiology.
biology ?!! nasib badan la kene belajar bio balik.
dulu  aku amik course engin ni sebab nak lari dari bio tapi last2 jumpa balik. = =''
terpaksa hadap jugak laaa.
sesi lab ni best. dapat tau pasal bakteria *owkay tipu je.
yang bestnye sebab sembang pasal makanan. giler sape yang tak teruja.
perut pon sibok je nak menyanyi nyanyi.
lecturer tu cakap dia selalu bawak student food pegi lawat kilang yogurt , coklat sebab nak tengok cara-cara benda tu dibuat..
hmmm agak excited :D 
eh lupe nak citer.. tadi lecturer tu tanya sape dok perak.. sudahhh! aku dah glabah da ni.. kalau kene soal takot tak terjawab.. haha
rupa-rupanya madam tu nak tanya pasal TEMPOYAK je pon..huh.. kus semangat!
aku rasa budak laki mesti ada yang dr perak.. kenapa mesti aku yang kena target ?! = =''
madam tanya makan tempoyak tak ? aku cakap la makan.. aku tolak batu ngan kayu je.. haha

then.. kitorang gerak pegi lab sebelah..
lab ni paling best !
lab food processing :)
kat sini la kitorang buat cupcake tu.. masuk je lab dah bau kedai kek.. pergh~ bayangkan je la.
aku prasan big asyik kuar masuk je. tak tahan la tu.. hahaha
lecturer tu bagi talk sikit sebelum buat cupcake.. dengar jelaa walaupon tak sabar-sabar dah nak buat cupcake :)
lecturer tu panggil itik.. itik ni bukan haiwan tu. ni nama gelaran. hahaha
itik kene masukkan bahan-bahan nak buat kek tu ke dalam mixer..
kecoh-kecoh dalam lab bila laki buat keje = =' yang aku ingat mula-mula masukkan 6 biji telur, masukkan tepung *tak ingat sukatan hehe , 250g gula, ovelet, butter.. rasanye ni je la kot..
haha.. sumpah zara ni tak boleh harap..
bila dah siap mix sume tu, turn budak pompuan plak nak tunjukkan kepakaran = =''
ni yang lemah sikit ni.. kalau buat sengsorang kat umah boleh la nak bedal je sesuka ati..
tapi masalahnya ni buat depan member-member..orang lain buat steady je.. tapi bila time zara nak masukkan adunan tu dalam acuan pergh !! terketar-tekar = ='' sumpah malu gua kata sama luuu..
nak masukkan adunan dalam plastik tu satu hal.. abis comot tangan-tangan..yang tak boleh tahannya yang lain gelakkan aku.. huaarghhh! pok ley tak habis-habis ngan saiko nye..dari court volley lagi.. zaraa!3x.. terjerit-jerit panggil nama aku = ='' pok ley cakap zara nak main bola tampar la tu..silap aku tak tampar kau pok ley.. mengganggu kosentrasi aku.. huahuahua..aku pon jadi tergelak sebab dengar dorang gelakkan aku..so,, time nak picit plastik tu dalam acuan terketar-ketar la tangan..eg cakap dia takot tengok aku buat tu.. risau katanyaaaa! hahahaha..
eh aku baru teringat aku tak basuh tangannn!! haha. nasib kome laa..

time nak tunngu cupcake tu masak,, kitorang gerak pegi lab sebelah lagi..
lab food packaging :)
dalam lab tu kitorang tengok cara-cara makanan dibungkus..
lecturer tu tunjuk kat kitorang cara-cara kacang shantong dibungkus.
tak sangka kacang-kacang tu dah kuar kat pasaran..
so kitorang tak boleh nak amik sebab nanti tak cukup nak anta kat pasaran..
hmmm sedih ahhh cenggini.. haha gedikk!
sekejap je kitorang dalam lab ni..
lepas tengok kacang-kacang tu dibungkus, kitorang pegi balik lab food processing tu.
nak tuntut cupcake laa. apa lagiii.. hahaha

masa sampai dalam lab tu,,cupcake tak siap masak lagi.. so kene tunggu..
sambil tu sempat la tengok lecturer tu nak buat kek lapis coklat pisang.. syoknyaa! :D
ralik tengok madam masukkan bahan-bahan tu..
kitorang dalam tu macam anak-anak yang tengah tengok mak dia masak kek :) baik je sume.. haha
tapi budak-budak laki macam biasa laa.. mana tau duduk diam.. risau cupcake tu hangit sampai sanggup berdiri kat depan pembakar tu. alahai :D
 sambil tunggu-tunggu tu mad apik sempat ajak bergambar skali ngan dia.
zara pon owkay je la..mula-mula nak pegi bergambar kat cupcake yang group lain masak.. tapi ramai plak kat situ.. so kitorang pegi kat blakang.. mula-mula line clear je.. tetibe group mana ntah masuk kacau.. macam kete api lalu.. panjang ! dah macam tunggul plak tunggu dorang abis lalu kat situ..
lepas dah clear.. kitorang pon amik la gambar.. first time bergambar ngan mad apik.. sebelum ni tak rapat pon.. sejak main volley sama-sama terus kenal..terkejut la jugak bile die ajak bergambar sama-sama..berdua plak tu.. owkay macam dah gedik ang ni zara = ='' aku terkejut je.. tapi cover lagi.. haha.. entah macam mana la rupa aku dalam gambar tu.. haih lantak kome la..kot-kot ada budak FIST yang terbaca entry ni jangan salah anggap plak.. aku tak de prasaan lain pon kat dia.. owkayy :D haahah .. gedik3x!

owkay penat tunggu at last cupcake pon masak.. yeay!
naik gebu kot cupcake ni.. bau dia harum sangat..
syok sangat.. puas hati :)
lepas amik cupcake teros balik..
hilmi amik sampai tiga.. ada yang sampai penuh dua belah tangan pegang cupcake..pergh memang nak melantak ni = =''
malas la nak tengok kek lapis tu..
ngantok bila lapar-lapar ni.. cupcake dah dapat senang hati.. *macam budak-budak.

bye-bye :)