SEMANIS SECAWAN KOPI YANG DICAMPUR 10 SUDU GULA :D

Saturday, 28 September 2013

berahsia.



Luka luka yang kurasakan
bertubi tubi yang kau berikan
walau cinta bertepuk sebelah tangan
tetap balas dengan senyum keindahan :)

kau terlalu berahsia
tak mampu nak baca isi hati
ambil kata putus
aku bukan dihati

jujurlah saja
aku tak mengapa
kan kuterima
walau sakit hati

pernahkah sejenak teringat tentang aku ?
pernahkan ingat walau seperti angin berlalu..

tapi tak mengapa
walau gugur satu
akan tumbuh sepuluh ribu.

ayah cakap kita mesti jadi kuat ! :')

Thursday, 26 September 2013

kertas hati.

assalamualaikum.




apa itu cinta ?
cinta itu adalah satu perasaan..
apabila perasaan cinta itu mekar
cinta itu akan semakin kuat..

mengapa ada benci ?
sebabnya ada perasaan cinta yang terlampau kuat..
- petikan kata dari mejar (k) david teo-
filem bencinta :)

bila dah dapat mengapa diabaikan ?
mengapa ada mereka yang tak tahu menghargai ?
mengapa sanggup untuk menyakiti..
mengapa dulunya memberi harapan?
mengapa dulunya bercakap manis ?
mengapa dulunya pandai berjanji ?
mengapa dulunya berusaha untuk mendapatkan bila akhirnya senang melepaskan ?!

bila tersedar baru nak menyesal..
baru terasa ruginya..
bila namanya manusia..
 ada depan mata tidak diendahkan..
tapi bila dah hilang
baru nak merangkak mencari..
tapi apa gunanya ?
hati yang retak mana boleh kembali ke bentuk asal..
sama macam kertas yang dah ronyok.. susah nak kembalikan dia ke
 bentuk asal yang cantik putih dan paling penting tak de KESAN garisan ronyok tu..
samala macam hati..
kalau sembuh pun tapi tetap ada kesan parutnya :)

 cemburu ?!
 mungkin kerana cemburu yang melampau.
sebab apa melampau?
mungkin sebab terlalu sayang..
masih adakah perasaan sayang kalau dulunya pernah menyakiti ?
sayang kah atau cemburu dengan dia yang mampu teruskan hidup ?!

kehilangan ?!
perit mungkin.. bukan mungkin tapi pasti.. 
senang cakap terima jelah walau sakit hati..
hadap jelah walau frust menonggeng..
mereka boleh..
aku boleh
dan kau pun pasti boleh :)

ada sesetengah manusia tak dapat terima hakikat bila kehilangan..
mungkin bukan sesetengah tapi semua.. ya mungkinnn~
tapi mungkin sekejap je.. rasa sakit ni tak lama cuma kalau disentuh balik je rasa tu boleh datang balik.. semuanya bergantung pada Dia :)
bila tiba masanya
insyaAllah kau mampu.. it's all about time :)
tapi mengapa perlu jadi perpisahan?
pelik kan ?! 
ahhh tak de apa yang nak dipelikkan..
sedangkan kita yang hidup ni pon satu hari nanti akan mati..
kita akan
TETAP BERPISAH ..



mula-mula kita kenal dengan seseorang mungkin kita rasa kita untuk dia dan dia untuk kita..tak
pernah terpikir untuk cari yang lain..tak rasa pon nak pandang orang lain..tak sampai hati nak
sakitkan hati dia..tak pernah nak lupakan dia..
awal perkenalan alahaii bahagianya tak terkata.. seronok nak bercerita masa bahagia.. tak lupa walau sikit pon apa yang berlaku.. setiap masa tersenyum.. tapi tak de la tak kena tempat..suka jugak tengok dia senyum.. bercerita itu ini.. tak pernah habis bersembang :) walaupun setiap hari bersembang tapi tetap je ada topik yang nak gaduh.. bila call seronok dengar suara gelak tawa :) suka dengar cara nama kita dipanggil..  suka dengar kengkawan dalam bilik dia kecoh.. suka dengar dia ada masa untuk kita.. suka bila dia bagi something kat kita.. pendek kata
suka segala-galanya tentang dia..

aku yakin ramai yang pernah rasa 
tapi aku tak kata apa yang aku tulis kat atas tu aku yang alami..
terpulang pada siapa yang membaca :)

masa duka ??
alaaa malas laa nak citer..
dah berlambak dah kita citer pasal sedih medih sebelum ni..
kadang-kadang manis jugak untuk kenang masa bahagia..
siyesly boleh buat mood kita jadi elok..
boleh tersenyum sorang-sorang tanpa sedar..
macam aku sekarang ni haaaa :) hihihi

tapi..
pelik jugak dengan sesetengah orang yang bila dah bahagia boleh pulak rasa nak mendua..
adakah sebab hanya satu pihak je yang rasa perasaan tu ?
tapi mana mungkin kalau bertepuk sebelah tangan boleh berbunyi..
take note bebeh !


kalau ikutkan hati nak cetak kemeja-T semua memori kita tiap hari supaya senang ku pakai tayang ke sana ke sini..
Waktu payah tetap indah :')
bukan macam kunyah gula-gula getah..



ku penglipur lara.. saja nak bercerita.. usahlah terasa.. jangan mudah melatah.. fikir sebelum marah.. nanti kena jual ~

Wednesday, 25 September 2013

randomly.

assalamualaikum.



mungkin kalau dilihat secara luaran nampak macam owkay..
yess macammm ~
dari suara.. mesej.. 
semuanya nampak owkay..
nak bertanya banyak-banyak takot tak selesa..
yela.. bukan semua orang sempurna..

banyak benda nak ditanya..
tapi masa pulak yang tak sesuai..
bila hari minggu takot sibok lepak dengan memember..
maklum lahh bujanggg.

kalau nampak 
malu nak tegur..
bukan apa..
takot tak berbalas..
tak pe lahh... tunggu dia dulu yang menegur.. tapi bilaaa ?!! hmmm.

sebelum ni dah pernah rasa..
tapi gatal nak rasa lagi..
nahh ambik kau! 

masalah hati memang tak pernah selesai..
masalah tu bukan datang sendiri..
kita yang pi cariii~

yes.. 
so maghi kita ramai-ramai mintak putus dengan pepakwe.. #ehhh

kahkahkah

BYE.


Monday, 23 September 2013

haihhhh.

sumpah rasa tak ready nak citer something ni..
tadi dah tulis pepanjang 
pastu delete balik..
sudahnya tulis entry ni je = =''

rupanya
tak kuat lagi zara ni :')
mungkin kena tunggu setahun lagi..
kena biasakan diri 
jangan selalu tegur..
tegas la sikit pada diri tu..

BYE.

assalamualaikum.


Saturday, 21 September 2013

cerita masa lalu :')

assalamualaikum.


Pertama kali kita berjumpa..
Aku..
Tak berapa pasti
 Rasa tak tahu
Diri bagai dipenuhi soalan
Aku dilema..

Aku keliru
Kau menjelma memberi harapan
Menghulur tangan
Aku sambut..

Ohh mudahnya
Lemah..

Hari ini..
Aku tersenyum
sambil mengimbau kembali
Semua cerita yang kerap kita kongsikan
Kini jadi bahan rindu yang aku simpan..

Aku hargai semua yang terjadi
Memang dirimu tak kan ada pengganti
Walau masih mengharap tapi
Semoga kita tak bertemu lagi

Di simpang jalan
Kita ucap kata terakhir
Kata selamat tinggal
Selamat jalan..




Terasa dengan lirik lagu yang didengar sambil sambil menulis ni.
Sekadar berkongsi rasa hati..
Tak pandai nak berjiwang sastera bagai..
Menulis ikut sesedap hati..
Heee..



Sunday, 15 September 2013

hanya di seri iskandar.

assalamualaikum .


ni pasal kejadian malam tadi.. rasanya tak basi lagi nak share citer ni.. haha.. malam tadi pegi makan kat kedai air gelas besar kat seri iskandar.. saje singgah sebab otw balik rumah lepas bercuti kat pangkor :) time sampai kedai tu tak ramai lagi orang.. lagipon mungkin ramai yang malas nak lepak sini sebab mungkin lebih prefer nak lepak kedai mamak.. well sebab ada bola m'sia ngan myanmar :) so tak kesah la.. lagi senang tak ramai orang.. cepat sikit order siap..

citer dia macam ni.. masa masuk kedai tu ada ternampak satu group student rasanya tengah tumggu order.. dorang pon baru sampai sebelum kitorang.. sekilas pandang nampak ramai lelaki.. sekali pandang je la.. segan la nak pandang bebanyak kali.. kemonlaa... kita pompuan.. haha.. poyo giler.. so tak kesah la.. kitorang pon duduk la kat sebelah meja dorang.. dalam hati dah menjerit yesss!! sebab boleh amik kesempatan nak usha2.. huahuahua.. dah duduk tu cover cover la sikit.. konon macam tak kesah la ngan mamat mamat sebelah meja ni.. haishh jual mahal la konon tak nak pandang.. haha..

tiba-tiba.. 
jeng jeng jeng....
aku rasa aku terdengar suara lelaki yang tak macam lelaki !
gila ahh.. teros aku pandang sebelah..
mak aihhhh.. rupa-rupanya ramai giler mak nyahhh !! 
yang tak boleh blahnye siap ikat tocang ekor kuda tuu = =''
sepesyen je sume gaya dorang.. 
apak ahhh.. 
sembang plak sebijik laa macam pondan.. cakap tu memang tak keras langsung.. eee sumpah geli ~
lepas tu mata ni memang tak lepas dah pandang meja sebelah.. 
bergambor la apa sume bagai.. pompuan pon tak over macam tu.. = ='' haihh kesian giler..

so teringat dulu aiman penah citer pasal golongan-golongan ni tadi..
aiman penah citer dia kena kacau time lalu kat aras.. kalau tak pakai baju siap dapat pewwiitt lagi dari dorang.. haha.. patot la aiman cakap golongan ni menyeramkan.. lepas tengok depan mata sendiri baru boleh pahammm..

so sampai umah memang eksaited la nak pi citer kat aiman.. lepas abis tengok bola tu terus la mesej si aiman ni.. berjela la mesej tu aku citer.. yela.. pengalaman tengok dengan mata sendiri.. dulu aiman citer buat tak endah je.. pastu aiman reply yang aku kira tak hebat lagi sebab baru lepas makan sebelah meja dorang je.. kalau duduk satu blok ngan deme aiman cakap lagi nightmare.. pastu aiman ckp ada geng yang lagi terok.. siap pakai heels.. geng ni memang lagi sakit hati nengok nye = ='' kalau pegi downtown aiman cakap tempat tu dah jadi macam tempat praktikal dorang nak cari customer.. erkk = ='' ni memang seramm..

as a conclusion..
jangan jadi budak fesyen.. 
ehh silap
sepatotnya bersyukur dengan apa yang ada.. jangan buat perkara yang boleh mengaibkan diri sendiri..
kalau malu sengsorang tak pe.. ni yang jenis kaut sume kaum kerabat yang payah ni.. 

abis dah citer :D

Saturday, 7 September 2013

tak sihat 0,0

assalamualaikum.

kejam jugak kenangan ni.. buat orang terpikir pikir.. terbayang bayang.. teringat ingat.. termimpi mimpi.. silap hari bulan boleh meroyan.. owkay over..


officially a degree student :D

assalamualaikum :)

semalam dah berakhir MSR *minggu silaturrahim*
so now.. i am officially a bachelor student :) 

intake Micet tahun ni paling ramai.. pecah rekod UniKL rasanya.. batch degree intake sept 2013 ada 3 ratus lebih.. almost 400 o..o wuhuhu..

this is my first experience hidup sebagai mahasiswi.. haih.. cuak.. takot.. seram.. sume prasaan la ada.. bercampur baur.. ada yang sebaya.. ada yang lebih tua.. that's mean persaingan tu lagi tinggi !!
tapi nak buat cam mna.. lumrah la tu.. redah je la.. yang penting buat sehabis mungkin.. 4 tahun degree banyak benda boleh jadi.. pointer paling penting nak kena maintain.. 
MARA sometimes kita tak boleh nak duga.. kejap baik kejap gelong jugak..

isnin ni start kelas.. tak dapat nak bayangkan keadaan tu cam mana.. hopefully semuanya owkay.. amin~

Saturday, 31 August 2013

tak kesampaian !

assalamualaikum.


hajat nak merangkul Uefa Super Cup tak kesampaian..
malu nak komen bebanyak.. haha

apa boleh buat.
itulah bola sepak.
macam-macam boleh berlaku.
* dah kalah banyak cakap plak zara ni = ='' hihi

tapi aku tetap nak back up si Chelsea ni lagi

game semalam walaupun kalah tapi bukan memalukan.. main dengan 10 orang dan kalah plak sebab sepakan penalti je.. Bayern cuma bernasib baik sebab dapat kalahkan Chelsea..

tapi sepakan penalti dari Lukaku tu agak terkejut la jugak.. lemah betol = =''
senang je si Neuer tangkap bola tu.. Javi Martinez pon menspoilkan keadaan.. haih!! selamat Bayern !

sekian laporan hari ini. haha

*dah kalah so ulasan pon pendek-pendek je lahh. haha




Thursday, 29 August 2013

budak blog.

assalamualaikum.

kau tak tahu yang aku disini
walaupun tak pasti tapi aku tetap menanti..

kadang-kadang 
tak perlu nak ingat.
sebab kadang-kadang
tu kadang-kadang menyakitkan hati.

tak pe.
jangan terlalu salahkan diri.
dalam hal ni memang aku yang salah.
tapi dia pun ada 'bahagiannya' .
jangan cakap hanya dia yang salah. 
kadang-kadang aku kena beralah.
ya.
macam sebelum ni.

senyap tak bererti terus lupa.
diam tak bererti tak suka.
sembunyi tak bererti tak ambil peduli.
lari tak bererti mengalah.

pernah mencuba.
banyak kali
untuk melupakan.
sebenarnya boleh.
tapi kadang-kadang lemah.
bukan selalu lemah.
cuma ada masanya.

doa.
memang ada doakan untuk 'itu' .
memang untuk kebaikan sendiri.
tapi kadang-kadang ada juga doa untuk sebaliknya.
doakan agar seperti dulu.
setahun yang lalu.

Legend mana pernah mengalah.
Legend mana cepat tewas.
Legend mana pernah putus asa.
Legend.. semuanya sama..

bukan nak mengungkit.
 tak ada niat untuk itu.
cuma masa ini
aku hanya teringat.

cuma dulu
bukan senang untuk aku harungi semua ni.
tapi alhamdulillah Dia permudahkan.