SEMANIS SECAWAN KOPI YANG DICAMPUR 10 SUDU GULA :D

Thursday 26 September 2013

kertas hati.

assalamualaikum.




apa itu cinta ?
cinta itu adalah satu perasaan..
apabila perasaan cinta itu mekar
cinta itu akan semakin kuat..

mengapa ada benci ?
sebabnya ada perasaan cinta yang terlampau kuat..
- petikan kata dari mejar (k) david teo-
filem bencinta :)

bila dah dapat mengapa diabaikan ?
mengapa ada mereka yang tak tahu menghargai ?
mengapa sanggup untuk menyakiti..
mengapa dulunya memberi harapan?
mengapa dulunya bercakap manis ?
mengapa dulunya pandai berjanji ?
mengapa dulunya berusaha untuk mendapatkan bila akhirnya senang melepaskan ?!

bila tersedar baru nak menyesal..
baru terasa ruginya..
bila namanya manusia..
 ada depan mata tidak diendahkan..
tapi bila dah hilang
baru nak merangkak mencari..
tapi apa gunanya ?
hati yang retak mana boleh kembali ke bentuk asal..
sama macam kertas yang dah ronyok.. susah nak kembalikan dia ke
 bentuk asal yang cantik putih dan paling penting tak de KESAN garisan ronyok tu..
samala macam hati..
kalau sembuh pun tapi tetap ada kesan parutnya :)

 cemburu ?!
 mungkin kerana cemburu yang melampau.
sebab apa melampau?
mungkin sebab terlalu sayang..
masih adakah perasaan sayang kalau dulunya pernah menyakiti ?
sayang kah atau cemburu dengan dia yang mampu teruskan hidup ?!

kehilangan ?!
perit mungkin.. bukan mungkin tapi pasti.. 
senang cakap terima jelah walau sakit hati..
hadap jelah walau frust menonggeng..
mereka boleh..
aku boleh
dan kau pun pasti boleh :)

ada sesetengah manusia tak dapat terima hakikat bila kehilangan..
mungkin bukan sesetengah tapi semua.. ya mungkinnn~
tapi mungkin sekejap je.. rasa sakit ni tak lama cuma kalau disentuh balik je rasa tu boleh datang balik.. semuanya bergantung pada Dia :)
bila tiba masanya
insyaAllah kau mampu.. it's all about time :)
tapi mengapa perlu jadi perpisahan?
pelik kan ?! 
ahhh tak de apa yang nak dipelikkan..
sedangkan kita yang hidup ni pon satu hari nanti akan mati..
kita akan
TETAP BERPISAH ..



mula-mula kita kenal dengan seseorang mungkin kita rasa kita untuk dia dan dia untuk kita..tak
pernah terpikir untuk cari yang lain..tak rasa pon nak pandang orang lain..tak sampai hati nak
sakitkan hati dia..tak pernah nak lupakan dia..
awal perkenalan alahaii bahagianya tak terkata.. seronok nak bercerita masa bahagia.. tak lupa walau sikit pon apa yang berlaku.. setiap masa tersenyum.. tapi tak de la tak kena tempat..suka jugak tengok dia senyum.. bercerita itu ini.. tak pernah habis bersembang :) walaupun setiap hari bersembang tapi tetap je ada topik yang nak gaduh.. bila call seronok dengar suara gelak tawa :) suka dengar cara nama kita dipanggil..  suka dengar kengkawan dalam bilik dia kecoh.. suka dengar dia ada masa untuk kita.. suka bila dia bagi something kat kita.. pendek kata
suka segala-galanya tentang dia..

aku yakin ramai yang pernah rasa 
tapi aku tak kata apa yang aku tulis kat atas tu aku yang alami..
terpulang pada siapa yang membaca :)

masa duka ??
alaaa malas laa nak citer..
dah berlambak dah kita citer pasal sedih medih sebelum ni..
kadang-kadang manis jugak untuk kenang masa bahagia..
siyesly boleh buat mood kita jadi elok..
boleh tersenyum sorang-sorang tanpa sedar..
macam aku sekarang ni haaaa :) hihihi

tapi..
pelik jugak dengan sesetengah orang yang bila dah bahagia boleh pulak rasa nak mendua..
adakah sebab hanya satu pihak je yang rasa perasaan tu ?
tapi mana mungkin kalau bertepuk sebelah tangan boleh berbunyi..
take note bebeh !


kalau ikutkan hati nak cetak kemeja-T semua memori kita tiap hari supaya senang ku pakai tayang ke sana ke sini..
Waktu payah tetap indah :')
bukan macam kunyah gula-gula getah..



ku penglipur lara.. saja nak bercerita.. usahlah terasa.. jangan mudah melatah.. fikir sebelum marah.. nanti kena jual ~

2 comments: