SEMANIS SECAWAN KOPI YANG DICAMPUR 10 SUDU GULA :D

Tuesday, 26 March 2013

tersurat dan tersirat..

salam syg :)

kepada yang lelaki,, kalau perempuan cakap macam ni, so korang paham-paham la apa 
yang dorang maksudkan ye..
perempuan ni penuh dengan ayat yang tersurat dan tersiratnya :)
yelah..perempuan kann :)

kalau perempuan tanya : lawa ke budak perempuan tu ?
makna tersembunyi : siapa yang paling lawa ? saya ke budak perempuan tu ?

kalau perempuan tanya : awak dah makan ke belum ?
makna tersembunyi : jom pegi makan. lapar ni!

kalau perempuan tanya : lawa-lawa la baju kat sini kann ?
makna tersembunyi : belikan la untuk saya satu .. hehe :)

kalau perempuan kata : kita lebih sesuai berkawan saja
makna tersembunyi : saya tak nak kat awak

kalau perempuan kata : saya suka berkawan dengan awak.. awak baik, memahami bla ba bla..
makna tersembunyi : saya suka sangat kat awak. kalau bole nak jadi awek awak la~

kalau perempuan kata : awak pernah tak teringatkan awek awak yang dulu ?
makna tersembunyi : kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

kalau perempuan kata : saya sanggup berkorban demi kebahagiaan awak
makna tersembunyi : amboi ! aku kene berkorban..habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok = =''

kalau perempuan kata : saya tak kisah kalau awak nak berkawin lagi satu..asalkan awak jujur dan adil bla bla bla
makna tersembunyi : sapa kata aku tak kisah ? adil ke tak adil, aku tak kira! langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu..

#saja suka-suka nak abiskan masa lapang kat rumah :3


5 tanda dia suka kita :D

salam syg :)

tadi baca sesuatu kat blog tentangcinta.com..
pastu terasa nak share :D


bagaimana kita nak tau kalau seseorang tu suka kat kita? terdapat 5 tanda lazim yang orang akan buat.
tapi setiap orang sebenarnya ada cara mereka tersendiri..

berpeluh
kita akan dapat tengok orang tu berpeluh peluh kecil di sekitar dahi dan di tangan mereka..seperti dia sedang gemuruh walaupun cuaca waktu tu biasa-biasa.

senyum sorang-sorang
setiap kali kita lalu dekat dia je, dia mesti senyum-senyum..walaupon time tu dy tgh buat benda lain, dy tetap senyum sorang-sorang.

sweet talker


bila dia bercakap dengan kita, dia akan cakap perkara baik-baik je. kita pon rasa selesa sangat-sangat bila bercakap dengan dia. Orang melayu kata, orang macam ni adalah orang 'mulut manis'. daripada kempis sehingga jadi besar la punggung kita bila asyik kene puji je dengan dia.hahaha = ='

jantung berdegup kencang


jantung kita akan berdegup kencang bila setiap kali berjumpa dengan dia..penah rasa tak? hehehe..
nervous? bukannnya sebaba kita nervous tapi disebabkan dia menghantar satu aura yang membuatkan diri dalaman kita terasa getaran aura yang dia pancarkan..haha.. yeke ?

mudah berangan


dia mudah berangan bila bercakap dengan kita..bila kita bercakap dengan dia,, tiba-tiba mata dia asyik tengok muka kita.. ecece~ haha..bila kita tanya tak menyahut..kita lambai-lambai depan mata pon tak berkelip.. maybe, tu tanda dia suka kita kot 0_o... hohoho


Monday, 25 March 2013

get well soon~ XD

salam syg :)

semoga cepat sembuh, capital A !

entry ni khas untuk mr sweet talker saya sahaja. 




Ku Tetap Menanti..


Nikita Willy-ku tetap menanti..


Meski dirimu bukan milikku
Namun hatiku tetap untukmu
Berjuta pilihan disisiku
Takkan bisa mengantikanmu

Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu menjadi yang terbaik
Dan masih menjadi yang terbaik

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu jadi yang terbaik
Dan masih jadi yang terbaik

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Penantian panjang

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Cintaku padamu..
Ku tetap menanti

Meski dirimu bukan milikku
Namun hatiku tetap untukmu





zaranamia..

zaranamia

aku hilang arah harus melangkah
inginku berlari sampai pagi
ingin ku kejar binar matahari
aku masih terdiam di sini
aku bisu.
terpaku dalam lembaran mimpi
aku tersentak
ketika waktu memanggilku
aku terbangun,gelisah,hatiku resah....
ku cari-cari sesuatu
hanya ada boneka...
ketika ku sedari
ada sesuatu yang hilang
kucuba bertanya...
ketika cinta hilang makna,
apa mungkin kasih setia itu masih ada ?!

25/3/2013-zaranamia







suka hati la~

salam syg :)

melupakan seseorang yang telah banyak memberi kenangan indah adalah perkara yang amat sukar.
tapi jika itu yang terbaik,
relakanlah...

optimis pada janji-Nya :D

salam syg :)

Takdir cinta, takdir itu adalah hujung usaha. berserah sahaja pada-Nya.
kerana takdir Allah bukan untuk di duga, tetapi dicipta. tiada siapa mampu menolak takdir yang ditentukan olah-Nya :) . kita hanya mampu merancang, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang.
apa yang Dia tentukan, itulah yang terbaik untuk kita. walau kita menolak, ia pasti tetap terjadi,
kerana Allah Maha Mengetahui :)

begitu juga dengan cinta. Dia pertemukan kita dengan orang yang salah, supaya kita lebih belajar untuk menghargai. mesti da selalu dengar ayat cam tu kan :) memang betol la tu. Apa yang berlaku, dan apa yang terjadi, pasti ada hikmah yang tersembunyi. jangan bersedih, Allah tau apa yang terbuku di hati.

Jangan risau jika masih tidak punya cinta, kerana cintamu yang sebenar Dia sudah aturkan.
sabar dan tenang. berdoa dan terus memperbaiki diri. mungkin belom tiba masanya lagi, suatu hari nanti, kita pun tak pasti apa yang akan terjadi.
Yang penting, kesedihan itu tak kan berlarutan, sebab ada bahagia menanti kita di hadapan.
yeay!!

" bila Dia tidak beri, bukan bermakna Dia membenci,
Tapi mungkin ada sesuatu hal yang Dia mahu kita mengerti. "





welcome syasya :)

salam syg :)

baru terperasan la tadi. dapat new follower :)
syasya follow saya laa~ wuuu.hahaha
thank you syasya XD

Friday, 22 March 2013

kesempurnaan.

salam syg :)

jika hadirnya seseorang itu hanya untuk "menghadiahkan" air mata,
sebenarnya waktu itulah Allah sedang mendidikmu,
supaya bersifat SABAR dAN REDHA..

CINTA tak seharusnya sempurna.
CINTA yang kekurangan adalah CINTA yang terbaik.
KAU yang tidak sempurna diciptakan untuk sempurnakan Dia.
CINTA, kemanisannya terlalu sulit untuk dirasa.
bila ada hati yang terluka...
kesempurnaan bukan penentu kebahagiaan CINTA.




nota CINTA.



salam syg :)

MENCINTAI seseorang itu umpama mengejar pelangi petang, 
sungguh cantik dipandang, tapi tak mampu untuk dipegang.

MERINDUI seseorang pula umpama pelangi yang sungguh cantik,
bisa dipandang, tak mampu dipetik...