SEMANIS SECAWAN KOPI YANG DICAMPUR 10 SUDU GULA :D

Tuesday, 17 December 2013

mirror.


Aku tengok 'dia'

Diam.

Tak tahu nak respons apa.

Aku belai rambut.

Keluhan berat.

Dalam masa yang sama, dahi berkerut seribu.

Mata dah tak sanggup nak pandang 'dia' lagi.

Kepala ditundukkan.

Sibuk fikir macam-macam.

Fikir menu makan malam ni.

Perut berkeroncong ala-ala lagu justin timberlake. hamek kau.

Tapi bila ingat tengah on diet,  lupa jelah menu tu.

Aku pandang 'dia' balik.

Rasa nak tumbuk je.

Geram !

Bengang betol.

Aku pusing belakang.

Menuju tempat aku selalu lepak malam-malam.

Yeap, katil.

Cari selimut.

Aku tutup 'justin timberlake' dengan selimut.

Hebat tak cermin aku ada nama.

Justin Timberlake pulak tu. Eishh ! Hensem.

Aku baring atas katil.

Empuk.

Bukan empuk sangat pon.

Tapi badan dah penat. Tidur atas jalan tar pon boleh lena.

Gaya macam buruh kasar kerja siang malam je aku ni = =''

Aku pandang siling.

Kosong.

Kononnya nak feel tidur dekat padang pandang langit malam-malam

Kononnya nak dekat dengan Allah bila tidur.

Banyaknya konon.

Automatik tangan kanan tampor pipi kanan.

Perit.

Tapi tak cukup nak sedarkan diri.

Tangan kiri ada niat nak tampor pipi kiri tapi terbantut niat,

Bila fikir balik

Aku ni bertampar-tampar ni dah apasal ?

Aku tersenyum.

Sebijik macam orang gila.

Apa taknya, dari tadi cakap sorang-sorang.

Nasib baik roomate tak nampak. Kang sedih pulak kawan dia dah 'weng-weng' muda-muda.

Aku bangun dari katil. Kaki menuju ke arah 'Justin Timberlake' tercinta.

Aku pandang 'dia'

Yeap, 'dia' tu aku.

Selama ni aku pandang diri sendiri.

Diri yang tak sempurna. Penuh dengan ragam.

Aku senyum.

'Dia' sekarang ni kena berubah.

Kena mula jaga mak ayah.

kena mula tunjuk teladan yang baik kat adik-adik.

Kena jaga 'hati' Allah juga :)

Dan tak lupa juga kena mula hidup baru.

isk. Aku hanya mampu tersenyum malu depan 'Justin Timberlake'

Aku bagi flying kiss paling menyampah kat 'dia'

Kaki menuju ke pintu, ambil towel.

Niat aku nak pergi mandi.

Eheh.

Aku menuju ke tandas dengan mulut berdondang sayang lagu 'MIRROR'

Senang hati nampak.

Muka tersenyum sampai depan pintu tandas.

Tapi senyuman aku mati lepas nampak lipas main-main dengan anak dia tepi singki .

Erk !

zara.         













No comments:

Post a Comment