SEMANIS SECAWAN KOPI YANG DICAMPUR 10 SUDU GULA :D

Saturday, 16 August 2014

mungkin yang ini.


Pada awalnya aku ingin begini,

Jatuh cinta pada engkau,

Cinta pada yang sederhana,

Yang tak perlu sempurna.



Tapi bila lama,

Bila rasa dah bahagia,

Aku lupa asal usul,

Aku buta pada sejarah lama,

Aku alpa yang aku pernah terluka.



Bila teringat,

Baru tersedar,

Yang aku dah terlalu tinggi,

Dan yang paling pasti,

Kalau jatuh aku mesti mati.



Aku tak sanggup nak hadapi,

Seperti dulu yang setengah mati,

Aku belajar berdiri sendiri.

Ahh buntu aku akal mati.



Kenapa kau hadir.

Selalu birukan hari aku.

Kau balut luka lama,

Kau buat aku rasa sempurna.










No comments:

Post a Comment